Friday, 21 April 2017

Kelas renang baru Ezi 2 Swim untuk maritza

Assalammualaikum..
hai, aku dah tukarkan maritza kelas renang lain.. sebabnya haritu, aku cuti..so aku pun ikut la maritza time kelas renang dia yang under sekolah dia tu. aku tengok macam tak berapa puas ati sikit la.. sebabnya bayar boleh tahan mahal RM120, tapi macam takde pun nampak cara budak belajar berenang..
masuk-masuk kolam, budak buat latihan paut-paut tepi kolam tu..aku tanya sir dia, dia cakap untuk latihan tangan, bagi kuat tangan..oo..ok la kan..
lepas dah seround buat latihan paut-paut tu, dia bagi budak sorang satu papan pelampung tu untuk budak-budak berenang-renang..
masa ni, aku seronok la gak tengok..wahh anak aku berani.. tapi tak lama pastu, maritza lepaskan papan tu, dia gi paut-paut lagi..berapa round aku pun tak tau la..tapi lama buat bendealah tu je..
so aku bising sikit la, suruh maritza g berenang balik.. so sir dia pun bagi balik papan tu, tak lama berenang, dia paut balik.. aku dah macam frust sikit la..yela kalau ikut-ikutkan 1 kelas tu dah RM30, tapi dia macam takde belajar ape pun. bila aku tanya sir dia, agak-agak bila dia boleh swimming? sebab dah 2 bulan kelas, tapi macam tak berapa nampak progress dia. sir dia jawab, " ikut kemampuan student tu sendiri"..hmm..so aku target, weekend bawak dia swimming lagi la. tak pun hari khamis time ayah main futsal, kite gi swimming. berlatih.

So disebabkan semangat dah membara, khamis tu kami pun swimming anak beranak semantara encik yayang main futsal. dok la maritza ni gigih nak swimming. tapi buat aku gelak je lebih. dia terjun dalam kolam habis air merecik..mana taknya, terjun pakai kaki dulu..lahai sayang ibu oi, nak berenang kenela masuk kepala dulu. pastu, berenang sambil berjalan kaki kat dasar kolam..memang kelakar la kan..tangan kuak sampai aku dengan musfira basah mcam kene timpa hujan..hahahha..lawakla anak ibu oi..

lepas encik yayang siap main, dia datang kat kolam kami.. so aku pun terus update report kat encik yayang..pikir punya pikir, kami decide nak survey kelas swimming lain..sebab susah ati aku tengok maritza takde skill langsung walaupun dah belajar 8kali kelas.

Hujung bulan 3 haritu aku terus contact kelas renang Ezi 2 Swim ni, aku tanya kalau nak masukkan maritza, mcam mana procedure. then, awal bulan 4 terus daftarkan maritza and mulalah kelas pertama.. disebabkan kelas hari sabtu, dan waktu tu aku tengah cuti midterm dapatla aku tengok kelas pertama dia.

sampai-sampai, dia asingkan student baru dengan student lama.. student lama semua berkumpul dan belajar teknik bernafas dalam air dulu.. buat bubble sume tu.. berapa kiraan aku tak sure la pulak..10 ke 20 kot.. lepas tu, diorang berlatih kayuh kaki dalam air..separuh badan atas simen tepi pool tu, kaki dalam air berkayuh.. aku tengok tu aku rase impress sikit la, sama macam aku belajar dulu, step by step. lepas tu baru budak-budak masuk dalam air.. trainer attend sorang-sorang student..

Maritza dan student-student baru duduk tepi dulu..sementara tunggu trainer dia. lepas tu tc dia pun mula kan kelas diorang. sama gak, berlatih bernafas, then turun sorang-sorang masuk dalam air..ditemani trainer...takdela budak tu berenang syok sendiri..hehe. sambil-sambil tu, aku pun menyibuk masuk dalam tu, nak follow..haha
aku dengar la bila masa tc dia suruh tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan dalam air.. then tc dia suruh dia berenang, tc dia pegangkan kaki dia, buat frog style.. 2 kali ke 3 kali round, lepas tu dia duduk balik tepi kolam, tc dia attend student lain pulak.. sampai abis 7 org student. lepas tu tc dia ulang balik dengan student pertama tadi..
duduk tepi tunggu trainer. kat tepi sana student lama tengah berkayuh kaki dalam air

kaki buat frog style

tarik nafas..hembus nafas
bila sekali lagi time maritza, aku tengok dia buat benda yang sama untuk round pertama. round kedua aku tengok dia dah bagi arahan je pada maritza.. suruh tarik nafas, lepas nafas.. untuk kaki pun sama, dia just bagi arahan bukak kaki, rapat kaki..ke ape tah. aku tak dengar sangat.. tapinya nampakla sikit ade belajar skill berenang tu..huhu
last sekali, depa suruh budak-budak ni pergi kat tempat dalam dan terjun masuk dalam air..untuk built water confident diorang...
so, masa nk pergi ke tempat dalam tu, aku sempat la borak ngan tc dia, camne pandangan dia tentang maritza.. dia komen maritza tak takut air..walaupun dalam (sebab ada papan pelampung dia memang berani) lepas tu, masa tc bwak dia berenang, kaki dia kayun free style. tc tak galakkan budak baru belajar terus buat free style. so tc dia akan ajar frog style dulu.. aku setuju je..sebab frog style lagi relax aku rasa.. free style ni penat.haha.. nak-nak maritza..abis berkocak air..kikiki...
so far baru dua kelas, insyaAllah esok kelas ketiga dia, tapi aku dah tak dapat teman dah..ayah je teman..sebab aku  kene g kelas..sobsob..ibu doakan maritza cepat belajar ye..nanti pandai berenang leh main lumbe-lumbe ngn ibu... lepas tu boleh tolong ibu ajar musfira pulak..kan kan kan
aku pun sibuk nak masuk kolam ngn musfira..haha