Friday, 23 June 2017

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya

Assalammualaikum...
harini dah 23-Jun bersamaan 28-Ramadhan.. lambat ucapan berpuasa. masa tak berapa mengizinkan untuk wish awal-awal..hehe.. awal ramadhan kelam kabut dengan exam, ujung ramadhan kelam kabut submit draft tesis, seminggu lepas raya nak present dissertation 1 pulak..
apa-apa pun alhamdulillah, dapat tempoh dengan jayanya setakat ni. :) semoga terus diberi kekuatan dan ketenangan untuk menempuh fasa seterusnya..aminn


So, anak-anak korang puasa tak tahun ni..bebudak 2012?
Maritza, hari pertama puasa dia excited sangat..sebab kat sekolah dia ada bagi jurnal berpuasa, sehari puasa boleh kalerkan jurnal tu. jadi dia berkobar-kobar sangat nak puasa. kami pun excited jugak. first time anak nak puasa ni. hehe.. gigih ayah kejutkan dia bangun pagi untuk bersahur. terkebil-kebil mata, bangun-bangun terus makan nasi kan..hehe
tapi lepas makan je, laju dia pegi kat depan tv, aku terkejut gak. apsal la budak sorang ni. rupe-rupenya dia nak amik jurnal tu, nak kaler dah...tengah syok kaler ayah tegur, "buat ape tu maritza?" dia jawab, " kite nak kaler ni, teacher kata, kalau dah puasa boleh kaler".haha..ikut suke dia je. lepas tu ayah bgtau "kaler lepas dah abis 1 hari berpuasa la maritza, bukan lepas sahur"."oo..yeke" dan dan dia terus stop kaler.haha..
sebenarnya hari pertama tu pun tak cukup 1 hari dia puasa, sampai pukul 2 ke 3 tah. aku takde ngn diorang masa first day tu. aku masih ade kelas lagi. kelas terakhir untuk sem lepas. so, aku bergantung harap pada encik yayang je monitor puasa maritza ni. dalam masa yang sama, sorok-sorokkan musfira dari maritza kalau musfira nak makan.
lepas tak berjaya hari pertama, aku kejut sahur untuk hari kedua, langsung dia taknak bangun dah. alasan dia, nanti dia lapar..dia taknak puasa.huhuhuu..takpelah anak. tahun depan cuba lagi ye.. kesian pun kecik sangat lagi, baru 4tahun7bulan.. bagi can la.
so cerita puasa tak berapa nak berwarna warni, sebab kekangan masa ibu..insyaAllah, tahun depan ibu cube warna-warnikan puasa kite ye anak-anak.

dan semalam, aku balik awal sikit, cadangnya nak bawak maritza pegi klinik, tapi klinik favorite dah tutup. dah mula cuti raya kot. so kenela pegi klinik tak berapa nak suke. nape tak suke? sebab staff dia macam tak pandai nak hormatkan orang. macam dia owner klinik pulak..tak suke! tak suke!

lepas dah pegi klinik, aku bawak budak budak ni g salon. ingat nak trim je rambut diorang. tapi maritza beria-ia nak potong rambut..huhu..ibu yang sedih tau. ibu ingat nak biar rambut tu panjang dulu. nanti nak masuk darjah satu baru nak potong pendek. tapi dia confident nak jugak potong..maka kuturutkan jebat. hampir separuh gak rambut dia kene potong..aku tenung je rambut-rambut tu..sobsss...
muke puas ati giler dapat potong rambut
lepas maritza, musfira plak. dia ni rambut comel, aku tak tau nak advice potong camne. aku serahkan pada tukang tu jela..pandai-pandaila ko handle rambut anak aku yang sorang ni..hehee.. musfira ni kecik lagi, dia berani tengok kakak dia berani..tapi bila time dia, terkudut-kudut gak takut..hehe. memang payah gak la orang tu nak potong semalam..mencabar uols..hahha
hehhee..yang ni pulak versi cuak potong rambut..kekeke
lepas siap potong rambut, aku g kedai emas...buat pe? nak beli emas menimbun-nimbun la..nak raya kan..hahhaha
takla, aku g tindik telinga anak-anak aku ni.. bagi nampak berseri sikit dengan rambut pendek diorang tu. maritza steady lagi time tindik tu, tapi muke macam nak menahan tangis la.. tengok maritza steady, musfira offer diri dia pulak untuk ditindik. tapi baru lepas tembak satu telinga, nak menangis dah dia...heheh..ape ni kak ngah..steady la sikit.haha
nak tindik lagi sebelah, dia dah tak rela.."sakitttt...sakitttt" tapi takkan nak tindik sebelah je kan? aku peluk la dia...lepas tembak, lagi berjujuran air mata..terus tak larat nak jalan..hehe..drama sangat dik.
malam tadi dah ilang dah sakit dia, dia pun macam dah lupe je kene tindik petang tu.haha
so harapnya, berseri la sikit kome di hari raya nanti ye.. rambut dah pendek, dah terurus sikit..

dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin. insyaAllah jumpa lagi lepas present a.k.a lepas raya jugak! bye