Monday, 8 January 2018

Update 2nd week sekolah

Assalammualaikum...
dipagi 8 Januari 2018, second week of sechool. So far Maritza ok..dia dah biasa, alhamdulillah.
bangun pagi macam biasa, dia memang kene take time sikit. termenung-menung sikit dalam bilik air. tapi ok. dia boleh settle mandi. takde moody-moody.
cabaran sekarang ialah Musfira pulak. dia tak biasa kan bangun-bangun terus mandi. so lama jugakla nak kejutkan cik kak sorang tu. elok aku dah kejut baik-baik dah dukung sampai depan pintu toilet, dia boleh lari balik naik atas katil, baring atas pangku ayah..ewaahh..
so aku suruh encik yayang jela settlekan anak dia sorang tu. tah ape encik yayang pujuk. dia setuju nak mandi.. ayah dukung sampai toilet, lepas tu request ayah mandikan..
harini dia excited sikit, sebab harini first day pakai uniform sekolah. lepas siap, dia malu-malu pulak sebab ibu nak amik gambar..hehe
sebbaik ade kak lija dia. lepas tengok maritza posing, baru dia berani sikit..
perjalanan nak ke sekolah dari rumah agak jauh jugak la, so aku intai-intai la tgk apela anak-anak buat diam je kat belakang ni. tengok-tengok musfira dah terlentok..alahai cian dia.. tido duduk gitu. bese nak tido mesti nak baring kat ibu. ni sebab dah pakai baju sekolah, da terasa diri dah besar kot. so nak tido sendiri je kt belakang kot..
tengah-tengah kami dok kesian kat dia, dia sergah semua orang..ceh! pandai adik berlakon buat-buat tido ek..bijak betul. terpedaya semua orang. maritza kat sebelah pun betul-betul ingatkan dia tido tau..hahhaa
then, dah on the way pegi sekolah, ayah singgah 7e jap. beli roti.. dia makan comot pulak, abis kene baju..huuhu..takpe la dik.balik nanti ibu basuh ye.
dah kenyang dua-dua tu, kami hantar maritza dulu. minggu ni parent dah tak boleh teman sampai dalam. so aku hantar maritza kat pagar je.. syahdu pulak tengok maritza jalan sendiri gi kelas dia. saing-saing dengan budak-budak sekolah ramai-ramai tu.hmm.. tapi yang ni memang aku akui la.. maritza agak matured. ibu dah boleh harap kat dia, jalan sendiri, jaga adik, order makan, tolong bayarkan..dah besar anak ibu..macam ibu tak perasan je..huhuu. harini jugak maritza akan ditukarkan kelas 6 cemerlang dari kelas 6 yakin. sebabnya 6 yakin tu untuk budak-budak 5y. mungkin cikgu masukkan dia kelas tu sebab dia lahir hujung tahun kot. cikgu expected dia still 5y kot. tapi since ade assessment aritu, dan maritza pun memang dah boleh membaca, cikgu masukkan dia kelas 6y..alhamdulillah..
berbalik pada musfira, lepas hantar maritza, kami hantar musfira pulak. sampai awal dalam 7.20 camtu kot. pintu sekolah dia bukak 7.30.. so kami pun bergambar-gambar la lagi..since takde orang pun sampai lagi time tu. hehe..
lepas je teacher bukak lampu, aku perasan muke musfira terus berubah..siap cakap lagi, "nak ibu ayah teman" alahai dik..jangan camtu ye dik. susah ati ibu nanti..
balik nanti kita jumpe ya sayang-sayang ibu..



Tuesday, 2 January 2018

Happy New Year 2018




Assalamualaikum...
harini dah 2 jan dah. semalam bizi ke sana ke sini..tak dan nak log in jap untuk wish new year..
malam new year aritu kami tgk bunga api kat area-area sini je.. tak mampu nak redah jem sume tu.. okla, anak-anak pun enjoy dah dapat tengok bunga api tu. meriah jugak. first time ni celebrate new year kt N9.hahaha
ok, harini hari pertama persekolahan anak-anak. aku dari awal pun rase seram sejuk je. sebabnya Musfira tu. boleh ke dia tinggal ngn orang dia tak kenal. daripada baby dok tinggal ngn kak ina..
hari-hari aku aku bagitau dia, " adik, tahun depan adik dah sekolah tau". dia iye-iye kan aje..
asal lalu je sekolah dia, aku mesti tunjuk, "adik, ni sekolah adik tau". dia angguk-angguk saje.
Maritza, aku tak risau sangat. sebab dia dah ada experience sekolah sebelum ni..tapi tula, sebab sekolah baru kan. so belum ada kawan. harapnya cepat la dia dapat kawan nanti..harapnya jugak dia suka la sekolah baru ni dia ni..amin.
Pagi-pagi tadi kul 5.30 musfira dah bangun. so alang-alang dah bangun tu, aku ajak terus mandi.elokla dia bangun (harapnya berterusan ye dik). lepas dia mandi, aku siapkan dia then bagi dia main jap. lepas tu baru kejut maritza. mek ni aku kene remind dia yang harini dia dah mula pra-sekolah, barula dia semangat sikit nak bangun..sebabnya hari-hari dia countdown nak masuk pra-sekolah ni.. dari 15 hari kot. setiap hari dia kira, 15...14...13...sampaila 3hari lagi..dah bersalam-salam ngn teacher kat daycare lama. makin la dia excited nak masuk pra tu.hehe
so, dah bersiap semua..pagi-pagi kul 6.30 kami dah keluar rumah..takut jem.jadi kena la awal sikit.huhu.
Encik Yayang anta aku dengan musfira dulu, then dia hantar maritza.. lepas aku settlekan musfira, baru encik yayang pickup aku, then pegi tengok maritza & hantar barang-barang daycare maritza kat tadika daycare dia..
so, setakat waktu ni semuanya masih ontrack plan kami lagi..harapnya esok, esok, esok dan seterusnya pun okla mcam ni...aamiiinnn..
Beberapa hari sblm kejadian masuk sekolah..haha..buruk ek tulisan maknye pun

Tampal nametag ikut post viral (pakai gam uhu)

Carik bekfes kat petronas dulu..ibu xsempat la nak masak pagi2..heheh

Saye dah sedia! saya dah sedia!

Syok sgt ralit main..ibu lalu depan mata pun dipandang sepi..hehe..semoga istiqomah..amiin

Tergendala semangat nak studi final exam 4 & 5 hb ni..sebab dok pikirkan budak berdua ni

Ayah pun tergendala nak cuci umah baru dia, sebab layankan emosi ibu.hehhee