Assalamualaikum wahai pembaca...
Sebelum ni agak banyak jugak try usha-usha breastpump..InsyaAllah, kalau ade rezeki, teringin nak breasfeed anak sendiri.. banyak advantage breastfeed ni..
- Baby sihat, antibodi kuat
- Baby confirm takkan alah dengan susu ibu
- Ibu pun tak pening nak pikir susu formula ape yang terbaik untuk babynya..sebab susu ibu adalah yang terbaik
- Kuatkan bonding antara ibu dengan anak
- Ibu boleh cepat kurus, banyak kalori terbakar bila bf, sama macam joging tu
- Mempercepatkan pengecutan rahim
- Boleh menjarakkan next child..yang ni wallahualam..tak brapa sure.
- Last but not least;
- Jimat duit mummy n daddy..heheheh
Dalam banyak-banyak breastpump, memang ramai orang memperkatakan tentang kehebatan medela freestyle. aku pun dalam sebulan survey ni memang dah macam tersangkut hati untuk beli medela ni.
maklumla, boleh pumping tanpa perlunya kita dok pegang-pegang.just attached kat nursing bra tu, then 10 minit, siap. bagus. tapi harganya sangat mahal. RM1400. siap ade yang offer bayar 2kali..
memang menarik.
Tapi, malam ni..berkat survey-survey..tak kira punggung da kebas, nak teruskan jugak aktiviti survey ni. makanya terjumpa la aku dengan satu produk ni "Rumble Tuff Duo Breast Pump".
stakat pembacaan aku, Rumble Tuff ni okay jugak.
Kalau nak cerita pengalaman sendiri, memang tak boleh la..sebab aku belum guna. tapi macam memenuhi kriteria yang aku nak:
- Electric pumping - benda ni aku rasa perlu.pada aku tak reasonable nak manual pumping. sebab aku bekerja, takkan nak lama-lama pump susu kan
- Battery - boleh guna bettary juga, kalau korang drive sendiri and stuck dalam jem. tapi payah sikit, sebab still nak kene pegang.
- Manual operation - kalau takde api bolehla korang pump manual..ke dalam kereta nak balik kampung jauh-jauh ke. manual pump je la
- Double pumping - ni pun sebab yang sama cam point no 1. lagi satu, based on experiance aku tengok adik/kakak aku yang pakai single pumping, diorang kelam kabut nak cover breast lagi sebelah sebab susu keluar skali masa kita pump breast yang sebelah tu.
- Motor ringan - ofis aku ngan parking sangatla jauh, penat aku kalau kene angkat berat-berat. 0.35kg je.
- Control vacuum system - ni pun sama. agak-agak kalau sakit masuk suck tu, kita boleh adjust speed dia. takde la sakit, pedih bagai
- Tak bising - ni memang penting, sebab kalau aku nak pump kat ofis, aku nak g surau. kalau bising, kan dah ganggu jemaah lain.
- Murah - yehaaa..ye, murah. paling aku suke...hehe RM315 je. kalau nak package complete siap ada bag, ade icepack, ade extra 4 botol, harga dia cuma RM388. aku rasa memang berbaloi-baloi.
untuk beli secara online: korang boleh pergi kat link ni enjoybreastfeed. Tapi kene jadi member dulu, baru boleh dapat special price macam aku cakap tadi.
kepada siapa-siapa yang dok area bangi, korang leh gi kedai kidsmodehouse, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
p/s: ada kawan aku suggest First Year. yang ni aku blum study.sebab hati rasa macam dah terpaut kat Rumble Tuff..ehhee
Sekian, wassalam
tumpang baca ni.. dah beli ke? ok tak?
ReplyDeleteSalam Rozita,
Deletemaaf lambat reply, saya dah beli lepas buat review aritu,
stakat ni baby dah 5bulan, masih lagi menggunakan RT. :)
nak tanya jugak..awak dh beli & guna tak rumble tuff ni?mmg set ni ade bg utk double pumping ke?mcm berminat sbb xla mahal sgt..=)
ReplyDeletesalam Ismi Ami,
Deleteyup..memang RT double pump.
rasenye stakat ni, RT je pump yg murah, double pumping..
salam rozita, nak tanya beli kat mana ya? saya berminat jua.
ReplyDeletebeli kat enjoybreastfeed..beli online je
Deletesalam sis..sy td nak cr review RT gak..sebab br nak beli..just nk share..skang kat kedai baby seksyen 8 bangi ade sale 359 kot..kedai dia sederet butik tateh tgkt 1..sy lom pegi..name kedai xigt
ReplyDeletesalam..
Deletebagusnye ade sale..
pada saya xperlu kita nak beli pam mahal-mahal tu,
ReplyDeleteRT dah cukup bagus..
yg penting rajin pam.. stakat ni baby dah nak masuk 9bulan, pam still ok. xpenah ada masalah apa-apa..hasil pun alhamdulillah lumayan.
bulan-bulan puasa ni pun susu masih mencukupi untuk anak..
tengok kat web enjoy breastfeed tu, da naik harge eh?rm619...huuuuaaa
ReplyDeletetp mmg berbaloi beli.. saya anak ke2 ni pun guna pam yg same. takde masalh langsung stakat ni...insyaAllah nak simpan untuk anak seterusnya nanti
Deleteala..yeke? mungkin sbb bisness baik.cepat je naik harga
ReplyDelete