Tuesday, 14 March 2017

Young Living EO

Asssalamualaikum...
korang penah dengar pasar young living EO ni? aku pun baru beli bulan 2 haritu.. kawan aku buat kutu. main 3 orang je..ok la kan..nak bayar segedebuk memang tak la...mahal weh RM284 dapat diffuser, EO lavender dengan lemon 5ml.
So far, aku pakai ni, aku rase puas ati la. penah ade satu malam tu, maritza dengan musfira liat betul nak tido. aku dah tido depa tak tido-tido. sekali musfira terbatuk-batuk and muntah atas katil. sebabnya dok tergelak-gelak menjerit-jerit berdua dengan maritza. aku kene bangun bersihkan tempat tido, encik yayang kene bersihkan musfira..rasanya hati kami ni same panas, sebab dah tido kene bangun balik nak bersihkan muntah dia..suruh tido taknak tido..nak main je keje dia.
lepas dah bersihkan semua tu, aku diffuse lavender, sebab sakit hati kan..nak bagi calm sikit la kononnya..sekali hati memang agak tenang, dan budak-budak pun diam terus tido..hehe..berkesan jugak la lavender ni ngan diorang..
yang lemon pulak, haritu kan maritza masuk spital, dia tak demam pun.tapi musfira selsema. balik tu, aku diffuse lemon...bilik bau segar, selsema pun cepat je baik...alhamdulillah..
setakat ni aku takde la mengumpul sangat EO ni lagi..tapi yang terbaru, aku beli RC.sebab hidung aku selalu tersumbat..macam resdung ke ape ke tak tau la. aritu dah rase nak g refer pakar dah.. tapi ni rase mcam nak ok dahj pun..postpone dulu la mintak refer pakar tu..hehe..
alhamdulillah..
ni aku post ni, bukan sebab aku agent ke ape ke eh..aku just berkongsi pengalaman setakat ni..kot la esok-esok aku lupe, leh aku tengok balik post sendiri..haha
k..bai

No comments:

Post a Comment