Wednesday, 19 July 2017

Setahun sudah

Assalamualaikum...
pagi ni tgk kt fb, keluar memories setahun lepas.. musfira warded. dia memang weak sangat masa tu. main tak lalu. makan tak lalu.
kene neb dia rela je. baring je tido. dia demam masa tu.
semoga musfira terus sihat dan membesar dengan kesihatan yang baik.

masa ni, maritza sayang sungguh kat adik dia. nak baring sama. nak jaga adik la kononnya..haha
musfira kene neb, dia yang nangis beria..hehehe

lama jugak rasanya musfira warded rasanya. gilir-gilir aku dengan encik yayang jaga dia.
siap kene fisio masa tu. sebab selsema dia macam dah kacau paru-paru..mujur tak kene pneumonia je.

masa fisio


Friday, 14 July 2017

Cek Gigi Anak-Anak

Assalamualaikum..
harini babysitter Musfira minta cuti, sebab nak amik report card sekolah anak-anaknya.
makanya peluang yang ada ni, aku mintak tolong encik yayang bawak anak-anak pegi klinik gigi.
cek gigi deme. macam maritza, gigi geraham dia dah ada yang berlubang. sebab suka minum susu waktu tido. musfira pulak setakat ni alhamdulillah elok lagi. tapi aku suruh jela dia cek. prevent awal-awal. taknak la dah lubang macam maritza. risau kot doctor nak gerudi gigi dia tu..Allahu. seram la mak.
jadi pagi-pagi tadi lagi encik yayang dah pergi klinik..amik nombor. aku kat ofis ni yang dok seriau seriau. harap-harap anak-anak aku ok la. jangan la diorang fobia ke ape ke kan. harap-harap doctor pun buat gigi diorang pun elok-elok la..aku berserah je ni.
sebelum bawak gi klinik ni, adela dekat seminggu aku dok cakap kat diorang nak bawak gi jumpe dentist. kebetulan maritza pun ade download game kat phone ayah dia. game dentist2.so aku gunekan modal tu la cakap kat dia camne doktor tu nak cek gigi dia nanti. doktor nak bersihkan semua camne. dia pun macam excited time aku cakap tu. tapi time jumpe dentist sebenar...tak tau la nak cakap..huhu
Ingatnya kalau diorang ok, aku nak jadikan rutin untuk cek gigi ni. tapi tula. tunggu update live dari encik yayang kejap lagi...ibu doakan anak-anak ibu dari kejauhan ni...semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..amminnn.
seronok main sementara nak tunggu turn


Wednesday, 5 July 2017

Little Caliphs - Booking Slot 2018

Assalamualaikum...
kitaran hidup ni memang macam roda kan..nak-nak zaman dah ada anak ni. masa anak first dulu (maritza) time-time camni sibuk dia mintak nak sekolah (2015) sekarang giliran musfira pulak..
macam alarm pulak anak-anak ni aku rase. paham je diorg time-time ni dah kene alert kalau-kalau nak booking or nak daftar sekolah dah kan.
so semalam dah release sikit hal-hal berkaitan duniawi aku, jadi aku pun mula la call sekolah little caliph ni. lambat kang penuh. sekolah sekarang kalah pisang goreng panas. cepat je full.
plan aku tahun ni nak masukkan musfira dekat little caliph. maritza pulak nak masukkan pra sekolah.
tapi kalau maritza tak dapat pra-sekolah, aku masukkan little caliph jugak la. so, disebabkan result pra-sekolah tu boleh tau bulan 8 nanti, makanya aku booking jela dulu tempat untuk maritza next year kat little caliph tu. mana-mana pun ok kot. cumenya kami kene plan la spending camne...huhu.
dah sekolah dua-dua tu, koman-koman 500 sorang kot yuran diorang. pengsan mak nak..
camne mak nak bagi korang adik ni??? hahha
so semalam dah call sekolah, dah daftar online, dah bayar full booking. sorang RM200. full structure fees belum ready lagi. jadinya tak tau la berapa pulak monthly yuran diorang, ragistrastion fee berapa.
nak bagi maritza pakai baju lama, macam tak sampai hati pulak..dah dua tahun baju dia tu..hehe
beli baju kat musfira jela, pastu, sepasang baju musfira tu aku alter kecikkn sikit, sepasang lagi aku bagi maritza pakai la kot kan. hmm..
tak tau macam mana perasaan. seronok ada, perasaan tak sedia pun lagi ade.nak-nak musfira tu. aku rase macam dia kecik je sangat lagi tapi dah dok mintak sekolah..layankan jela.
maritza pulak, aku rase macam kesian. sebab dia dah ramai kawan kat LC sekarang. tapi untuk kemudahan kami semua, maka aku terpaksa pilih samaada pra-sekolah atau pun LC baru ni..hmm..semoga semuanya diapermudahkan olehNya..aminn