harini babysitter Musfira minta cuti, sebab nak amik report card sekolah anak-anaknya.
makanya peluang yang ada ni, aku mintak tolong encik yayang bawak anak-anak pegi klinik gigi.
cek gigi deme. macam maritza, gigi geraham dia dah ada yang berlubang. sebab suka minum susu waktu tido. musfira pulak setakat ni alhamdulillah elok lagi. tapi aku suruh jela dia cek. prevent awal-awal. taknak la dah lubang macam maritza. risau kot doctor nak gerudi gigi dia tu..Allahu. seram la mak.
jadi pagi-pagi tadi lagi encik yayang dah pergi klinik..amik nombor. aku kat ofis ni yang dok seriau seriau. harap-harap anak-anak aku ok la. jangan la diorang fobia ke ape ke kan. harap-harap doctor pun buat gigi diorang pun elok-elok la..aku berserah je ni.
sebelum bawak gi klinik ni, adela dekat seminggu aku dok cakap kat diorang nak bawak gi jumpe dentist. kebetulan maritza pun ade download game kat phone ayah dia. game dentist2.so aku gunekan modal tu la cakap kat dia camne doktor tu nak cek gigi dia nanti. doktor nak bersihkan semua camne. dia pun macam excited time aku cakap tu. tapi time jumpe dentist sebenar...tak tau la nak cakap..huhu
Ingatnya kalau diorang ok, aku nak jadikan rutin untuk cek gigi ni. tapi tula. tunggu update live dari encik yayang kejap lagi...ibu doakan anak-anak ibu dari kejauhan ni...semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..amminnn.
seronok main sementara nak tunggu turn |
No comments:
Post a Comment