Friday, 12 October 2018

Selera anak-anak

Assalammualaikum..
Lame dah sebenarnye buat benda ni dgn anak-anak..saje bagi diorg seronok makan..hahha
sate spageti ke? sebelum masak, sesuai la panggil sate, lepas masak tak de rupe sate dah. kihkih
*warna cerah faktor lampu tu*


Thursday, 11 October 2018

Almari Baju Anak-Anak

Assalammualaikum...
hai hai.. sorry lama tak mengupdate blog. kehidupan fulltime bekerja tanpa belajar lagi sibuk rupenye, beberapa bulan yang lepas.. tapi actually kehidupan sebagai ibu masih lagi berjalan lancar. banyak jugak aktiviti dengan budak-budak berdua tu. salah satunya kita dok mengemas lemari baju diorang tu. biasa la budak-budak kan, mana boleh kekal lama almari berkemas. kejap je.. bila dia pilih baju, mulala baju bersepah. pening gak aku dengan encik yayang pikir, camne la nak bagi baju diorang ni kekal kemas. bukanlah  nak kemas bebenor pun, tapi at least takde la serabut mata memandang. selain dari kemas, memudahkan untuk diorang ambil baju diorang sendiri jugak. takde la asyik-asyik panggil ibu/ayah amikkan baju. asyik-asyik tak jumpa baju. asyik-asyik pakai baju yang sama.. jadi tak silap aku masa puasa ke masa raya haritu, kami nekad selesaikan masalah lemari baju anak-anak ni.
Apa yang kami buat? jeng jeng jeng.... nak ikut konsep konmari macam tak sesuai. sebab lemari baju budak-budak ni tak berlaci. plus, aku pun tak rajin sangat nak menengok video konmari tu lama-lama. makanya terhasil lah konmarimari cara aku sendiri..
korang jangan pening ek tengok lemari sebelum kemas tu.hehehe
sebelum kemas..tengok yg berterabur tu...pening mak oi..

After...kemas la sikit kan..hihi

Almari kemas, anak-anak pun senang nak amik baju diorang. caranya kami hanya gunakan rak kasut dalam almari tu, then susun ikut kategori baju.. untuk underwaer, tudung, stokin, kita guna rak lain.kalau tak serabut gak anak-anak nak mencari baju sendiri...kan? kan?
Tapi...walaupun dah buat kaedah macam ni, aku still gak monitor and kena selalu gak apply 5s konsep. baju-baju lama, baju-baju kecik, baju-baju yang macam anak tak pakai-pakai tu, kite sisihkan aja.. kurangkan bilangan baju, lagi senang anak-anak nak maintain kekemasan baju diorang..
sekian cerita lemari baju anak-anak.hehhee

Saturday, 21 April 2018

Meniru aksi Stylist

Assalamualaikum..
sejak seminggu sebelum sukan haritu, maritza asyik bising-bising nak potong rambut. dia dah rimas kot rambut panjang sangat..
aku sebenarnya sayang la rambut budak-budak ni. aku suka diorang berambut panjang. tapi tula, encik yayang pun suka lagi kalau budak-budak ni berambut pendek. nampak kemas kot..tapi tak dapat la nak bervariasi ikat rambut lagi.huhu
so lepas dari sukan sekolah tu, kami pun ke kedai untuk potong rambut anak-anak...
masa maritza potong rambut, musfira tengok je. masa musfira potong rambut, maritza pulak tengok.
last-last..balik rumah, malam tu.. diorang pulak jadi tukang gunting rambut.hahahah..tapi masa maritza jadi stylist aku tak sempat nak snap gambar. kikikiki

Seronok sangat dia, akhirnya ibu kene dengar cakap dia

Nak uruskan rambut dia memang satu cabaran,sebab kepala dia tak reti duduk diam

Musfira tenung je kakak dia..masa ni aku tak paham lagi kenapa dia fokus sangat

Masa potong rambut dia, dia pun dok tengok je cermin tu

kedai ni sediakan tab, pastu dia bukak cerita kartun.

balik rumah....haa dia pulak jadi tukang gunting rambut.hahahha

patut la dok fokus je, rupanyya dia tiru sebijik gaya stylist tu.hahaha

akhirnya barula aku paham..dia fokus kenapa.dalam kepala dah ada plan nak beraktiviti.haha

Friday, 20 April 2018

Hari Sukan Sekolah

Assalamualaikum..
wah bulan ni banyak update ye dari blog aku..hehe. di kesempatan yang ada ni, kite gunakan sepenuhnya..
tapi arini macam tak banyak nak carita..nak letak gambar je banyak sikit bersempena dengan sukan sekolah maritza 15hb lepas.. dia masuk acara perbarisan, wakil daripada 125 orang pelajar pra. dan dia jugak masuk acara sukaneka. rumah kuning. dapat pingat emas ye. semangat sangat dia dapat gold medal. keje dia dok pakai tu je. sampaikan dah malam nak teman ayah gi cuci kereta pun dia sarung jugak medal dia tu. balik rumah, dia gantung elok-elok dalam almari baju dia..hhehehe
sampai awal, duduk berehat dulu..berkumpul ramai-ramai

Acara perbarisan. wakil pra

fokus sangat berkawad.haha

ibu panggil nama baru nak pandang

cuaca dah mula panas

kene berbaris nak tunggu perasmian majlis

rumah merah dengan rumah biru.rumah hijau ngn kuning aku lupe nak snap.haha

kite teman kakak dulu k. next 2 weeks, kakak pulak teman adik k

maritza dengan aksi terbang dia

fokus maritza, fokus!

dah ada bau gold medal dah ni

dah panas, nak balik. tapi kene tunggu giliran

akhirnya cikgu sebut pun nama saya...hehhe

dengan bangganya...pingat emas dalam genggaman

nak kuar malam tu pun nak sarung gak pingat dia..alahai
















Thursday, 19 April 2018

Sewa Costum

Assalamualaikum...
Selingan lagi..minggu lepas maritza demam. kami bawak ke klinik..sekali nampak pulak pamplet ni.. so bole la simpan sini..kot-kot ada aktiviti nak bercostum ke budak-budak ni nanti kan..tak pun ibu ade dinner nak kene melaram ke?
kikiki..berangan je..haha

Wednesday, 18 April 2018

Hari Murah Rereki

Assalammualaikum..
cerita ni dah lama dah berlaku.. bulan lepas. tapi alang-alang nak bercerita..kita recall segala cerita lama..kikiki
bulan lepas kan ada tayangan Didi kat panggung-panggung wayang semua.. family friendly lagi. tapi kami tak pergi tengok pun cerita tu. rasa macam kalau setakat dengar lagu, kat youtube tu pun boleh dengar..hehe.tapi tak tau la kalau tengok wayang feel dia lain ke kan..
Actually bukan lah nak tengok sangat, tapi sebab aku ada 3 tiket free tgv. 2 akan expired hujung bulan 3, satu lagi expired bulan 6. so dari biar kan expired gitu saje, ada baiknya kami tengok. panggung wayang pun tak sampai 15 minit je dari rumah.
Amik tiket kul 11 pagi, kul 10.45 keluar rumah. pagi sempat jogging, main badminton, keluar makan, basuh kasut sekolah, then baru bersiap gi wayang.haha.eksyen tak? kikiki
kami tengok cerita peter rabbit..best jugak cerita tu. ibu ayah anak-anak semua bleh layan.
then rezeki lagi dapat pop corn ngn soft drink free. so bagi anak-anak jela. diorang suke sangat pop corn tu.
lepas dah keluar panggung, ada pulak Didi's activity untuk kanak-kanak. kami bagi jela maritza dengan musfira main..free je pun. aktiviti pun not bad. susun blok, kenatics sand tu, then coloring..
nampak diorang enjoy main dari satu mainan ke satu mainan. dari orang ramai, sampai tinggal diorang berdua je.hihihi.
lepas main, kami pegi makan. dalam shopping tu jugak. best tempat tu, makanan dia portion besar, aiskrim free, indoor games pun free. rezeki kan..masa main tu maritza dapat pulak patung free..wah...syok bangat ni. kalau la hari-hari camni kan best! hehe

bestt..ramai budak-budak

Eh, mana semua orang ni??

Cantik tak kite kaler?

Comel tak saya kaler?

Tuesday, 17 April 2018

Selingan je

Assalamualaikum..
hai hai..hari-hari update cerita anak-anak je. harini kita share cerita ibu dia pulak..
hahhaha.. takde apa sangat, cume nak share aritu buat ayam grill ni haa...bestla..teringat ni rase terliur balik. nak buat lagi la esok-esok.



First trial, tak de aluminium foil, tp dah geram nak buat, so layankan aja...sedap..garing

Hasil berbudi pada tanah...banyak dapat. ada daun limau, daun kari, serai dan daun pandan

Monday, 16 April 2018

Parent Meet Teacher (PMT Day)

Assalammualaikum..
kalau dulu, PMT untuk Maritza, sekarang untuk Musfira pulak. cepatnya masa berlalu, tua dah ibu..sob sob
7 hari bulan April, giliran kami pukul 9.10 pagi..awal kan? hehe..standard!
So masuk-masuk, parent sebelum kami tu cancel last minute. tak dan nak kejar masa kot.. hehe. Little caliph peruntukkan 10 minit je untuk setiap session. So kene plan lah kan ape nak bincang ngan ticer awal-awal. aku macam ada banyak je benda nak tanya, sebab musfira ni kalau kat rumah manja sesangat. jadi nak tau la sisi lain dia di sekolah macam mana.. tapi masa 10 minit tu, macam tak dan aku nak bertanya sangat..tak pe la..tunggu sem 2 nanti la.
Sampai-sampai je, ticer dia terus buka buku laporan Musfira.. boleh dikatakan semua gred dia ialah S (Satisfied) kalau excellent dpt gred G (Good). So aku kira bersyukur la kira dia ni dapat gak gred yang baik.hihi.
Ticer cakap musfira ni antara budak yang advance dalam kelas dia, sepatutnya target diorang hanya sampai "Ta" je, tapi dia dah advance sampai "Za".. wah macam tak caya ibu dik..tapi maritza dlu lagi advance la, dia dah masuk buku siri 2 dlu..hehe. tp takpe. ibu ok je..pada aku dah habis baik dah ni. sebab masa maritza dlu dia masuk LC dengan dia dah tahu kenal ABC semua, musfira masuk LC, zero..sebab dia manja sangat. taknak belajar ngan ibu.hehe
Lain-lain ticer dia puji dia ni anak yang sangat behave (ibu setuju), sangat pemalu (ibu setuju), pandai berkawan (ibu terkejut - sebab suke berkepit ngan ibu je, taknak berkawan kalau aku ada), boleh bertolak ansur dan berkongsi (ibu terkejut - sebab biasa barang dia tak bagi kakak usik..hmmm), cepat belajar (ibu terharu - sebab ngan aku dia taknak aku ajar..main-main je weh).
pastu ticer cakap dalam kelas ni, dia ada best friend, kayla nama dia...haa..ni memang aku tau. sebab ela ni kawan dari dia baby lagi..sama-sama dok rumah kak ina.. membesar sama-sama..dah biasa. so dia rasa dia secure la tu ngan ela..
lepas dah explain progress card dia, dah cite personality dia, ticer tunjuk hasil craft dia..alahai...comel dik. tak sangka adik bole buat semua tu. ticer cakap masa buat kraft ni, memang ticer lepaskan je dia buat sendiri. takde guide pun..alhamdulillah..anak ibu berseni..cantik hasil kerja dia..tapi tula, lupe nak snap.tapi takpe. aku simpan dah buku kraft tu.ingat nak simpan, nanti diorang dah besar, nak tunjuk kat diorang.hahhaha. Maritza punye pun aku simpan lagi tau..hmm

Budak banyak akal

manja kemain


Sunday, 15 April 2018

Rutin Harian Terkini

Assalammualaikum..
Hihi..tajuk macam la orang heran sangat dengan rutin kami ni..hhihihi..
rutin tak rutin sangat la, kalau ibu rajin baru ibu bagi..kalau tak, kite berehat-rehat aje lah dalam rumah..lagi damai. kan?
hehee..
sekarang ni, asal balik dari sekolah je mesti request kt ibu nak main taman. kadang pikir kesian jugak.sebab kalau dah duduk dalam rumah, keje diorang tengok tv je, tengok youtube. macam tak berkembang. kalau main pun, jap je. pastu gado. kenapa lah anak-anak?
so untuk elakkan kusut kepala sendiri, aku layankan lah diorang pergi taman..
tapi sebenarnya bagus jugak la pegi taman ni, selain diri sendiri pun dapat berehat (mata je memerhati), budak-budak ni pun boleh develop new skill tau. contohnya macam maritza, dia dah pandai main panjat-panjat tu. esok-esok leh wakil negara untuk aktiviti rock climbing.heheh
Musfira pun dulu kalau nak main buai, mesti aku kene ayunkan..sekarang dah pandai ayun sendiri.
kira okla kan..sebab musfira ni memang jenis berhati-hati sikit, dia takut nak cube benda extreme.

Selain dari tu, diorang dah makin banyak kawan. main taman sama-sama, jumpa muka yang sama, maka berkawan lah diorang.. jap-jap berlari sama-sama. jap- jap main sorok-sorok. jap-jap lumba panjat. macam-macam lah idea diorang nak memvariasikan taman yang kecik coet tu.

Musfira pun aku tgk dia dah kurang takut sikit ngan orang. kalau dulu, dia nak main buai, dia tengok je orang sebelah dia. kalau orang tu tengok je dia balik, dan-dan dia turun dari buai, berkepit ngan aku. sekarang, dia confident dah meredah orang ramai sebab nak pilih mainan apa dia nak main. confident dah dia dok tawaf taman tu sorang-sorang. sebab maritza dah busy dengan kawan-kawan baru dia..

Malam pun senang nak tido kot, sebab dah penat berpeluh-peluh di petang hari kan..

so...win win situation untuk ibu dan anak-anak :)
Masa awal-awal, nak main mesti ibu kene teman, sekarang ibu boleh duduk je jadi mando.haha

Musfira tengah tawaf kawasan

Maritza panjat berulang-ulang kali..sampaikan aku rasa, kalau dia pejam mata pun dah takde masalah dah :p

Saturday, 14 April 2018

Jualan Murah Baju Kanak-Kanak

Assalamualaikum...
Hai...bulan lepas aku ke UPM nak settlekan urusan konvo..eh lupe nak bagitau, aku dah abis belajar.Yey! InsyaAllah bulan 10 nanti baru konvo..sape nak bagi bunge siap-siap simpan duit dari sekarang tau.hahah

masa g sana, tujuan nak ke beberapa tempat la, sebab nak g jumpe bendahari, pastu nak ke library, last sekali baru kene pegi SGS. dah settle urusan bendahari ngan library, on the way nak ke sgs, aku nampak orang pacak khemah..eh nak buat ape ni..sambil drive tu, ternampak orang jual teh ais cincau...mak aih aku dah la lapo dahaga sume ade ni. terus rasa nak singgah japla...
dah parking, tengok peniaga tu masing-masing dah mula gantung baju la, cadar la, kasut la..macam-macam la..
aku pun beli air tu, ternampak orang jual nasi lemak daun pisang..hmm..lapar kan.beli la..dah beli makan dlm kereta je. sebab ingat nak cuci mata jap la ape yang diorang jual ni..
lepas makan, jalan-jalan..belek-belek baju budak budak, tanya harga..sekali harga..mak aih...betul ke ni? napa harga camni? hari-hari ke ada pasar ni? hahhaa..excited mak budak.kekeke

tapi excited tak lama. sebab pasar tu ada sebulan sekali je, setiap rabu lepas gomen gaji. huh!
nasib masa tu aku pun da gaji.hahha. sebab gomen gaji Khamis minggu sebelum..jadi sempat la aku gaji...kakaka..
jalan-jalan memang rambang mata.. set baju siang budak-budak ni RM10 je. seluar tight RM5. baju tido 2 set RM15. aku borong la berpada pada..alang-alang kan..hehe

balik tu, hampar baju diorang atas kerusi..konon nak buat surprise la nanti..hehe..best tak? nak tanya gitu la kononnya nanti..hahha. poyo sangat maknye pun.hihi

lepas da lepak-lepak, aku keluar amik budak-budak ni..seperti yang dijangka...diorang memang hepi sangat dapat baju baru..terutama musfira. maklumla, dia banyak dapat baju maritza je kan..tak merasa sangat baju baru.. so bila aku tunjuk baju tu, berebut-rebut nak peluk nak cium ibu..

lepas tu berakujanji bagai nak jadi anak baik..hihi
lepas tu maritza mood sedih "nape ibu jalan-jalan tak bawak kite ngn adik?"
Adehh..payah nak jawab.huhu
kalau bawak korang, tak dapat la ibu menyoping. mesti kejenya asik nak tengok korang, kejar korang..ade pahemmm?
hehehe

Tak banyak pun aku beli..tapi ok la..utk budak-budak ni pakai kat daycare diorg

Nak menyelit jugak..hehehe...

Friday, 13 April 2018

Projek Bilik Anak: Katil Size Kanak-Kanak

Assalamualaikum...
Sementara ada masa, ada idea, ada gambar, ada projek kita update dulu..nanti dah takde semua tu, alamatnya sunyi balik blog ni tanpa update..hehhe

Next, katil..
katil ni beli kat Ikea je, katil ni saiz dia kecik je tau. rasa-rasanya sampai budak berdua ni darjah 6 je kot bole guna..kira ok la kan..6 hingga 7 tahun lagi. so kira berbaloi la kot.

Saiz katil ni tak silap aku lebar 70cm, panjang 160cm je..so tilam dia cadar dia memang kene beli kat ikea jugak la. sebab katil lain takde saiz gini.

kami memang target nak beli katil kecik je kat budak-budak ni, sebab consider ruang yang terhad.
Mula-mula macam terfikir nak beli katil queen je, so kalau katakan orang datang, boleh tetamu tido bilik diorang.. tapi cam sian pulak kan..takde privacy anak-anak ibu..pastu Encik Yayang pun berkeras nak katil single kat budak-budak berdua ni, sebab nak diorang ada rasa ownership sikit. pandai jaga barang sendiri, pandai kemas katil sendiri..maka aku pun setuju la. sebab hujah tu agak strong gak tu. bila lagi nak ajar anak-anak pasal ownership ni kan. selalu dok ajar sharing je..heheh

Tapi pastu pikir lagi..kot la beli katil single, diorang ni tak nak tido bilik sendiri.. rugi, membazir..frust ibu ayah nanti..camni ni??? Encik yayang dengan confidentnya sekali lagi cakap, anak-anak mesti kene tido sendiri. kene jugak.takde pilihan..huhu..aku dok pikir la, bole ke musfira ni nak tido sendiri, tido pun berbantalkan lengan ibu. alahai... bukan takat tak confident, nak lepaskan diorang pun berat nih..huhu

Once da decide, kami pun ke ikea, beli katil, tilam, cadar, guilt sumela lengkap. balik terus pasang..
excited budak-budak ni. aku dok la berulang kali pesan kat diorang.. nanti tido bilik sendiri tau. adik tido sendiri tau..berkali-kali sampai diorang hafal dah kot, lekat dalam otak.hahhaha

bila dah siap pasang, dah letak dalam bilik, malam tu terus suruh diorang tido sendiri..Alhamdulillah..
syukur sangat.tak de drama langsung. terus tido, takde pujuk rayu ibu ayah nak tido sama-sama lagi..
Alhamdulillah.tak bazir duit ibu ayah.hahhaa..sekarang dah dekat 2 bulan jugak la diorang tido sendiri... betulla, mungkin diorang dah besar, dah ready untuk berdikari..ibu je tak perasan.huhu

Lepas siap je pasang, excited budak berdua nak test katil memasing

Ok, dah position, boleh pikir nak katil mana satu
Ok...ready to sleepppp...ZzzzZZzz


Thursday, 12 April 2018

Projek Bilik Anak: Ampaian Tuala Anak-Anak

Assalamualaikum..
Hai..lama tak update kan..alih-alih tajuk ampai tuala untuk budak pulak.hehhee..
maafkan hamba. tengah nak cari mood and idea menulis. lama tak menulis ni. hilang dah segala skill.
so berbalik pada tajuk, sebenarnya aku pun macam tak plan pun nak beli ampai camni untuk budak budak ni. kami dah terbeli yang lain pun untuk diorang sebenarnya. tapi disebabkan saiznya panjang, tak lepas pulak nak letak kat bilik budak-budak berdua tu. maklumla, bilik tu kecik comey je..so barang-barang pun kene cari yang kecil, comel, jimat space dan praktikal.
Masa jalan-jalan dekat DIY (plan nak beli benda lain), Encik Yayang ternampak ampai ni. so dia pun suggest la kat Mrs.Yayang dia..hehe..sekali tengok "eh, ok la. beli jom!"
haha..maka, balik tu test-test, ngam-ngam tempat dia..ngam-ngam jugak untuk towel diorang yang bersaiz kanak-kanak itu...
simple je.tapi memenuhi segala kriteria yang kami nak.. nora bagi 5 bintang!

Monday, 8 January 2018

Update 2nd week sekolah

Assalammualaikum...
dipagi 8 Januari 2018, second week of sechool. So far Maritza ok..dia dah biasa, alhamdulillah.
bangun pagi macam biasa, dia memang kene take time sikit. termenung-menung sikit dalam bilik air. tapi ok. dia boleh settle mandi. takde moody-moody.
cabaran sekarang ialah Musfira pulak. dia tak biasa kan bangun-bangun terus mandi. so lama jugakla nak kejutkan cik kak sorang tu. elok aku dah kejut baik-baik dah dukung sampai depan pintu toilet, dia boleh lari balik naik atas katil, baring atas pangku ayah..ewaahh..
so aku suruh encik yayang jela settlekan anak dia sorang tu. tah ape encik yayang pujuk. dia setuju nak mandi.. ayah dukung sampai toilet, lepas tu request ayah mandikan..
harini dia excited sikit, sebab harini first day pakai uniform sekolah. lepas siap, dia malu-malu pulak sebab ibu nak amik gambar..hehe
sebbaik ade kak lija dia. lepas tengok maritza posing, baru dia berani sikit..
perjalanan nak ke sekolah dari rumah agak jauh jugak la, so aku intai-intai la tgk apela anak-anak buat diam je kat belakang ni. tengok-tengok musfira dah terlentok..alahai cian dia.. tido duduk gitu. bese nak tido mesti nak baring kat ibu. ni sebab dah pakai baju sekolah, da terasa diri dah besar kot. so nak tido sendiri je kt belakang kot..
tengah-tengah kami dok kesian kat dia, dia sergah semua orang..ceh! pandai adik berlakon buat-buat tido ek..bijak betul. terpedaya semua orang. maritza kat sebelah pun betul-betul ingatkan dia tido tau..hahhaa
then, dah on the way pegi sekolah, ayah singgah 7e jap. beli roti.. dia makan comot pulak, abis kene baju..huuhu..takpe la dik.balik nanti ibu basuh ye.
dah kenyang dua-dua tu, kami hantar maritza dulu. minggu ni parent dah tak boleh teman sampai dalam. so aku hantar maritza kat pagar je.. syahdu pulak tengok maritza jalan sendiri gi kelas dia. saing-saing dengan budak-budak sekolah ramai-ramai tu.hmm.. tapi yang ni memang aku akui la.. maritza agak matured. ibu dah boleh harap kat dia, jalan sendiri, jaga adik, order makan, tolong bayarkan..dah besar anak ibu..macam ibu tak perasan je..huhuu. harini jugak maritza akan ditukarkan kelas 6 cemerlang dari kelas 6 yakin. sebabnya 6 yakin tu untuk budak-budak 5y. mungkin cikgu masukkan dia kelas tu sebab dia lahir hujung tahun kot. cikgu expected dia still 5y kot. tapi since ade assessment aritu, dan maritza pun memang dah boleh membaca, cikgu masukkan dia kelas 6y..alhamdulillah..
berbalik pada musfira, lepas hantar maritza, kami hantar musfira pulak. sampai awal dalam 7.20 camtu kot. pintu sekolah dia bukak 7.30.. so kami pun bergambar-gambar la lagi..since takde orang pun sampai lagi time tu. hehe..
lepas je teacher bukak lampu, aku perasan muke musfira terus berubah..siap cakap lagi, "nak ibu ayah teman" alahai dik..jangan camtu ye dik. susah ati ibu nanti..
balik nanti kita jumpe ya sayang-sayang ibu..



Tuesday, 2 January 2018

Happy New Year 2018




Assalamualaikum...
harini dah 2 jan dah. semalam bizi ke sana ke sini..tak dan nak log in jap untuk wish new year..
malam new year aritu kami tgk bunga api kat area-area sini je.. tak mampu nak redah jem sume tu.. okla, anak-anak pun enjoy dah dapat tengok bunga api tu. meriah jugak. first time ni celebrate new year kt N9.hahaha
ok, harini hari pertama persekolahan anak-anak. aku dari awal pun rase seram sejuk je. sebabnya Musfira tu. boleh ke dia tinggal ngn orang dia tak kenal. daripada baby dok tinggal ngn kak ina..
hari-hari aku aku bagitau dia, " adik, tahun depan adik dah sekolah tau". dia iye-iye kan aje..
asal lalu je sekolah dia, aku mesti tunjuk, "adik, ni sekolah adik tau". dia angguk-angguk saje.
Maritza, aku tak risau sangat. sebab dia dah ada experience sekolah sebelum ni..tapi tula, sebab sekolah baru kan. so belum ada kawan. harapnya cepat la dia dapat kawan nanti..harapnya jugak dia suka la sekolah baru ni dia ni..amin.
Pagi-pagi tadi kul 5.30 musfira dah bangun. so alang-alang dah bangun tu, aku ajak terus mandi.elokla dia bangun (harapnya berterusan ye dik). lepas dia mandi, aku siapkan dia then bagi dia main jap. lepas tu baru kejut maritza. mek ni aku kene remind dia yang harini dia dah mula pra-sekolah, barula dia semangat sikit nak bangun..sebabnya hari-hari dia countdown nak masuk pra-sekolah ni.. dari 15 hari kot. setiap hari dia kira, 15...14...13...sampaila 3hari lagi..dah bersalam-salam ngn teacher kat daycare lama. makin la dia excited nak masuk pra tu.hehe
so, dah bersiap semua..pagi-pagi kul 6.30 kami dah keluar rumah..takut jem.jadi kena la awal sikit.huhu.
Encik Yayang anta aku dengan musfira dulu, then dia hantar maritza.. lepas aku settlekan musfira, baru encik yayang pickup aku, then pegi tengok maritza & hantar barang-barang daycare maritza kat tadika daycare dia..
so, setakat waktu ni semuanya masih ontrack plan kami lagi..harapnya esok, esok, esok dan seterusnya pun okla mcam ni...aamiiinnn..
Beberapa hari sblm kejadian masuk sekolah..haha..buruk ek tulisan maknye pun

Tampal nametag ikut post viral (pakai gam uhu)

Carik bekfes kat petronas dulu..ibu xsempat la nak masak pagi2..heheh

Saye dah sedia! saya dah sedia!

Syok sgt ralit main..ibu lalu depan mata pun dipandang sepi..hehe..semoga istiqomah..amiin

Tergendala semangat nak studi final exam 4 & 5 hb ni..sebab dok pikirkan budak berdua ni

Ayah pun tergendala nak cuci umah baru dia, sebab layankan emosi ibu.hehhee