Hihi..tajuk macam la orang heran sangat dengan rutin kami ni..hhihihi..
rutin tak rutin sangat la, kalau ibu rajin baru ibu bagi..kalau tak, kite berehat-rehat aje lah dalam rumah..lagi damai. kan?
hehee..
sekarang ni, asal balik dari sekolah je mesti request kt ibu nak main taman. kadang pikir kesian jugak.sebab kalau dah duduk dalam rumah, keje diorang tengok tv je, tengok youtube. macam tak berkembang. kalau main pun, jap je. pastu gado. kenapa lah anak-anak?
so untuk elakkan kusut kepala sendiri, aku layankan lah diorang pergi taman..
tapi sebenarnya bagus jugak la pegi taman ni, selain diri sendiri pun dapat berehat (mata je memerhati), budak-budak ni pun boleh develop new skill tau. contohnya macam maritza, dia dah pandai main panjat-panjat tu. esok-esok leh wakil negara untuk aktiviti rock climbing.heheh
Musfira pun dulu kalau nak main buai, mesti aku kene ayunkan..sekarang dah pandai ayun sendiri.
kira okla kan..sebab musfira ni memang jenis berhati-hati sikit, dia takut nak cube benda extreme.
Selain dari tu, diorang dah makin banyak kawan. main taman sama-sama, jumpa muka yang sama, maka berkawan lah diorang.. jap-jap berlari sama-sama. jap- jap main sorok-sorok. jap-jap lumba panjat. macam-macam lah idea diorang nak memvariasikan taman yang kecik coet tu.
Musfira pun aku tgk dia dah kurang takut sikit ngan orang. kalau dulu, dia nak main buai, dia tengok je orang sebelah dia. kalau orang tu tengok je dia balik, dan-dan dia turun dari buai, berkepit ngan aku. sekarang, dia confident dah meredah orang ramai sebab nak pilih mainan apa dia nak main. confident dah dia dok tawaf taman tu sorang-sorang. sebab maritza dah busy dengan kawan-kawan baru dia..
Malam pun senang nak tido kot, sebab dah penat berpeluh-peluh di petang hari kan..
so...win win situation untuk ibu dan anak-anak :)
Masa awal-awal, nak main mesti ibu kene teman, sekarang ibu boleh duduk je jadi mando.haha |
Musfira tengah tawaf kawasan |
Maritza panjat berulang-ulang kali..sampaikan aku rasa, kalau dia pejam mata pun dah takde masalah dah :p |
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q