Wednesday, 18 April 2018

Hari Murah Rereki

Assalammualaikum..
cerita ni dah lama dah berlaku.. bulan lepas. tapi alang-alang nak bercerita..kita recall segala cerita lama..kikiki
bulan lepas kan ada tayangan Didi kat panggung-panggung wayang semua.. family friendly lagi. tapi kami tak pergi tengok pun cerita tu. rasa macam kalau setakat dengar lagu, kat youtube tu pun boleh dengar..hehe.tapi tak tau la kalau tengok wayang feel dia lain ke kan..
Actually bukan lah nak tengok sangat, tapi sebab aku ada 3 tiket free tgv. 2 akan expired hujung bulan 3, satu lagi expired bulan 6. so dari biar kan expired gitu saje, ada baiknya kami tengok. panggung wayang pun tak sampai 15 minit je dari rumah.
Amik tiket kul 11 pagi, kul 10.45 keluar rumah. pagi sempat jogging, main badminton, keluar makan, basuh kasut sekolah, then baru bersiap gi wayang.haha.eksyen tak? kikiki
kami tengok cerita peter rabbit..best jugak cerita tu. ibu ayah anak-anak semua bleh layan.
then rezeki lagi dapat pop corn ngn soft drink free. so bagi anak-anak jela. diorang suke sangat pop corn tu.
lepas dah keluar panggung, ada pulak Didi's activity untuk kanak-kanak. kami bagi jela maritza dengan musfira main..free je pun. aktiviti pun not bad. susun blok, kenatics sand tu, then coloring..
nampak diorang enjoy main dari satu mainan ke satu mainan. dari orang ramai, sampai tinggal diorang berdua je.hihihi.
lepas main, kami pegi makan. dalam shopping tu jugak. best tempat tu, makanan dia portion besar, aiskrim free, indoor games pun free. rezeki kan..masa main tu maritza dapat pulak patung free..wah...syok bangat ni. kalau la hari-hari camni kan best! hehe

bestt..ramai budak-budak

Eh, mana semua orang ni??

Cantik tak kite kaler?

Comel tak saya kaler?

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.CC ....:)

    ReplyDelete