Wednesday, 7 November 2012

31 October 2012

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum...........

Hai kawan-kawan...entry live telah muncul kembali.
alhamdulillah, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan, secara normal pada 2:45 petang rabu yang lalu, bersamaan 31 october 2012.

dengan berbekalkan berat badan terakhir 56kg, aku telah melahirkan bayi seberat 3.42kg.
setelah ditolak berat bayi, air ketuban dan uri, berat aku cume berkurangan 6kg.
sebab sekarang berat aku 50kg.
adoi...nak kene turunkan lg 5kg, untuk aku mendapatkan  berat yang aku nak..hehe

sakit camne bersalin tu?
sakit yang amat. serius.
tapi kalau orang tanya mana lagi sakit, contraction ke sakit bersalin?
aku akan jawab sakit contraction adalah yang paling sakit..huuhhu

tapi ikut-ikutkan memang semua sakit. contraction, bersalin, dijahit..semua sakit dan menjadikan aku keletihan yang teramat.
paling terharu, aku melihat suami aku mengalirkan air mata masa aku menahan sakit contraction dalam labour room. thanks sayang, sebab cuba menyelami dan merasai kesakitan aku.
kesakitan yang tak pernah aku alami...sungguh aku rase takut menghadapi lagi senario tu.

syukur, setelah berhempas pulas melebihi 12jam sakit contraction (5 minit sekali) dan berjuang 6jam dalam labour room, aku akhirnya mendapat habuan paling bermakna, iaitu anak aku..Maritza.

i luv u my doter and my husband

Sunday, 4 November 2012

Baby aku

Assalamualaikum semua..
korang sihat? baby-baby korang sihat? baby aku sihat? insyaAllah sihat..
semoga anak-anak kita gembira jadi anak-anak kita.... :)

ni pun schedule post..jangan terkejut ek..hehe

ok, nak bagitau

semenjak couple, aku ngn husband teringin nak baby boy sebenarnya..nak jadikan anak kitorg sebagai cucu lelaki yang pertama untuk mak abah..
tapi lepas ada rayyan & adam (anak kakak aku ngn adik aku) ktorg dah redha je dapat baby ape pun...
asalkan anak kami sihat dan sempurna kejadiannya...amin

masa awal-awal mengandung (maybe masa kandungan 3bulan kot) aku ngn husband excited cari nama...tapi ktorg cari nama untuk baby boy je..boleh camtu? hahaa...
nama yang kitorang pilih ialah Amir Harith maksudnya pemimpin yang bijaksana tak silap aku..kalau salah, cube korang google sat. hehee

tapi lepas scan berkali-kali, baby aku still tak tunjukkan gendernya..maka pada suatu malam, aku terfikir satu nama...

" yang yang..ape makna maritza?"

hehe..malam-malam yang dah nak pagi, husband aku kene menggoogle maksud nama Maritza. tiba-tiba je aku teringat nama tu.. :)
kalau boleh nama anak perempuan aku nak dimulakan dengan huruf "M". same macam ayahnye :)

then husband aku ternampak satu lagi nama; Musfira (yg berseri kot maksud dia), Maritza pulak yang diberkati...
aku lagi prefer Maritza. ada makna dan jarang dengar nama tu..kan3?

Thursday, 1 November 2012

Selamat sudahkah aku bersalin?

Bismillahirrahmanirahim....
Assalamualaikum semua..actually aku tulis post ni masa aku pregnant 36minggu2hari.
kalau ikutkan perkiraan sepatutnya aku dah bersalin selewat-lewatnya pada 31Oct2012..

tapi disebabkan ini adalah schedule post, maka aku pun tak leh nak jawab aku dah bersalin ke belum ni..tolong jawabkan woii..

haha..insyaAllah aku dah selamat bersalin.
comel tak baby aku kawan-kawan?
gurl ke boy ek. last check up aku masa 2/10 aritu doktor kata insyaAllah baby girl..
ehhehe...so nama dia......jeng jeng jeng ;p

nanti la ye aku bgtau nama dia

Thursday, 25 October 2012

Check up 39 minggu

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..hehehe..aku masih belum bersalin kawan-kawan.
masih enjoy life as mak buyung.
InsyaAllah baby dan aku sihat setakat 25.10.2012 jam 5pm ni..
cewah

petua? aku selalu pujuk baby lahir waktu ayah dia ada same-same.
InsyaAllah, malam nanti suami aku sampai.untuk bercuti raya dan bercuti menunggu isterinya bersalin... :)
sweet

untuk pengetahuan, semalam adalah check up aku yang terakhir. nurse pun macam da tak tau nak advice ape lagi kat aku..hahaha
berat semalam 57.4kg (turun 0.6kg dari minggu lepas)
dan yang paling best, berat first time aku check up (minggu ke 12) ialah 47.4kg. semalam 57.4. total 10kg increase sepanjang check up. hehe
berat baby? tak tau. sebab diorg tak refer aku jumpe doktor.
jantung baby 131. normal.
Alhamdulillah...

semalam, aku sakit lagi. asal masuk magrib je aku mula sakit contraction yang tak teratur..fuhh..berpeluh-peluh menahan sakit.
hmm...dah dekat kul 10mlm, aku decide mandi, kot-kot la nak terbesalin dah ke.
tapi aku monitor-monitor, pas solat aku ngaji surah maryam..lepas tu terus ilang sakit tu.
Alhamdulillah

memang baby mendengar kata ibu," tunggu ayah balik ye sayang" hehe... Syukur-syukur.
masih dalam perut pun dah baik mendengar kata.
semoga menjadi anak yang baik, mendengar kata, soleh dan memiliki sifat-sifat mahmudah sehingga ke akhir hayat kamu, anak ibu :)

semoga urusan melahirkan dipermudahkan.
start malam ni, aku dah ready 100% untuk berjumpa bayi dalam kandungan aku...

ayah..cepat sampai ye

Tuesday, 23 October 2012

39 minggu pregnancy

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum..hai..tak sangka esok genap mengandung 39 minggu. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya..
aku telah ke sana ke mari bersama baby yang tersayang ni selama 39 minggu.
oohhhh....i miss u baby.

agaknya bila la agaknya baby nak keluar ye?
esok ke lusa ke?
sekarang aku dah tak kisah bila-bila pun baby nak keluar. sebabnya aku dah mula bercuti...
yahoooo..
tadi hari last aku bekerja.
esok sampai new year aku akan bercuti.
2 Jan 2013 baru aku akan menjejakkan kaki di tempat kerja aku.
lame kan?
sebab harini baru permulaan, so rasa macam lama.
tapi bila dah cuti nanti mesti kejap je.
tup tup dah kene naik keje.
dah kene tinggalkan baby..huhu..

ecececeh...belum pape dah berangan ek.

esok check up yang tah ke berapa tah. harap-harap semua ok.

oh, kenapa tiba-tiba aku apply cuti ni?
sebabnya start dari semalam aku dah mula rasa sakit-sakit badan.
rasa tak selesa kat bawah ni..
tapi aku relax je..cewah

and then, harini pagi-pagi lagi baby lambat bangun.biasanya pukul 7 dia dah start aktif.
tapi harini dia kurang aktif, sampai la pukul 9 baru dia hint sikit-sikit.
tengah busy-busy buat keje (sambil duduk), bila bangun je..opsss..rase lain macam kat bawah ni.
mungkin dia tengah masuk laluan.
bila nak berjalan lagi la..rasa macam lain macam sangat. aku tak tau nak describe macam mana.
tapi rasa lain dari yang lain la...

masa makan, aku tak lalu nak makan. rase macam nak balik, nak gi spital je.
sampai pukul 3ptg, aku rase mengigil pulak. hmm..ape lagi, aku pun isi leave form.
cuti sampai tahun depan. yeay!!

balik rumah, terus kemas-kemas rumah. maklum la, lepas check up esok aku nak berdesup balik kampung. 2 bulan rumah kene tinggal.

sat lagi nak mandi, standby siap-siap. kalau ada rasa sakit malam ni, aku akan berdesup ke spital. tapi kalau ok, esok as per plan aku check up then balik kampung. Alhamdulillah. nampaknya stakat ni urusan aku masih on-track.

da sampai kampung, bila-bila pun aku ready untuk melahirkan..
tapi kalau boleh jangan la hari raya ye cayang ibu.
doktor ngn nurse ramai nak cuti, nanti diorang taknak layan kita..huuhuhu

okla, dah panjang lebar ni. semoga urusan melahirkan dipermudahkan..Amin

Wednesday, 17 October 2012

Check up minggu ke 38

Bismillahirrahmanirahim....
hye kawan-kawan..Assalamualaikum. yeay! aku masih bertahan sampai minggu ke 38.
tahniah untuk diri sendiri. walaupun seksa nak tido malam, seksa nak berjalan time perut mengeras, seksa nak duduk lama-lama kat kerusi opis ni tapi syukur. aku masih berjaya membawa perut yang doktor anggarkan dah seberat 3.2kg ni.

bab nak kene jalan jauh ngn duduk dalam bilik meeting lama-lama memang benda paling menyukarkan keadaan aku.

contoh macam nak gi check up pagi ni, parking punyelah jauh, pastu nak berjalan ke KKIA tu, mak aih, rase nak terbesalin kat tepi jalan tu. tambah-tambah lagi aku berjalan ngan suami aku. dia jalan laju je. lupe isteri dah sarat kot.huhuu..
tapi jap-jap dia slow balik, hehee...igtla tu, bini tak larat. tercungap-cungap.

sejak minggu ke 37, aku perasan perut aku kerap mengeras waktu tido. takut jugak.
malam tadi plak, perut mengeras plus pinggang sakit plus kelangkang rase sakit jugak plus aku rase kaki ngn tangan aku dah membengkak.
tapi bile bangun pagi, sume tu ilang, pelik kan?..hmmm

tadi mase check up, ingatkan nurse nak suruh aku refer doktor, maklumla minggu lepas tak scan pun. cian cuami aku, tak dapat tgk baby lagi..huhu..aku frust.

nurse cume cek urine aku je. hb pun tak amik, dia kata next week baru buat hb.
ikut suke la. kalau dah besalin, selamat aku..haha

hasil check up tadi:

berat aku: 58kg (gile la...aku dah naik 12kg weh)
urine: normal (tektik biasa, aku xsarap seblm urine..hewhewhew)
blood pressure aku: 96/63 (ni normal la ni. dari dulu low je)
degupan jantung baby: 138

Alhamdulillah semua ok. semoga dipermudahkan urusan aku untuk melahirkan sikecil dalam perut ni nanti..doakan aku. amin

ops..dikesesempatan ini, aku nak mohon maaf kepada semua..tak kira yang kenal atau pun tak kenal aku.
doakan aku bersalin normal ye

nota kaki: kebanyakkan blog-blog yang aku bace (yg saing-saing ngandung la) sume dah bersalin ni..
ade yg on-time, ade yg cepat 3 minggu, ade yg tak update-update blognye..mungkinkah sudah bersalin?
aku tak brape sure nak bersalin cepat ke tak. kalau cepat, lum ready. aku start cuti lepas raye haji, kalau lambat lak, aku takut kene induce..aku just follow the flow je la. aku tau Allah dah rencanakan yang terbaik untuk aku dan baby aku..

Thursday, 11 October 2012

Check up 37 minggu

Bismillahirrahmanirahim....

sedar tak sedar aku dah mengandung 37 minggu...alhamdulillah.
apa yang aku rasa sekrang?
perut yang semakin padat,
pinggang yang selalu sengal-sengal
tulang belakang yang tak boleh bongkok-bongkok
kaki yang kerap lenguh
baring, serba tak kene..terlentang memang tak boleh la
mengiring tak boleh port satu pose tu lame-lame..kene berubah-ubah.
masa nak tukar kiri ke kanan or kanan ke kiri, amatlah azab.
bernafas, kadang-kadang sesak nafas...mungkin baby dah besar sangat kot.

tapi takpe. aku redha..asalkan baby aku bahagia dalam perut aku..hehe

macammana pulak dengan check up kali ni?
untuk minggu ke 37 aku check up kat hospital, tapi doktor tak scan perut pun..cian encik yayang aku. first time teman check up perut, doktor taknak scan lak.

berat ibu : 56.4kg
urine : normal

berat baby (doktor assume) : 3 ~ 3.2kg
kedudukan baby: ceph (masuk laluan sikit je)

lain-lain, doktor menasihatkan utk admit ke hospital pada 30 oct 2012 kalau masih belum bersalin lagi.
doktor ajar cara-cara nak mempercepatkan contraction....
camne? ehehhehe....doktor pesan.....jeng jeng jeng.
kerapkan bersama suami...kerapkan stimulate nipple..
ha..confirm no.1 tu korang selalu dengar kan? no 2 tu mesti tak pernah kan?
tapi tu la yang doktor cakap kat aku..
cubeje la..kalau nak tau reason dia, pm aku.segan la pulak aku nak bercerita secara open kat sini..maklumla..i kan gadis melayu..ehhe

tanda-tanda nak bersalin, rasanya belum ada lagi...
kalau dah ade nanti aku update cepat-cepat ea.. :)

p/s: sejak 2 menjak ni, baby aku aktif sesangat. adakah sebab beliau tak sabar-sabar nak kuar dah?
doakan semoga urusan melahirakan ni dipermudahkan ye...amin

semoga bayi aku selamat lahir ke dunia, semoga bayi aku sihat dan sempurna....

baby...ibu dengan ayah sayang sangat kat baby tau. baby kene lahir dengan selamat. membesar dengan sihat. insyaAllah

Thursday, 4 October 2012

Simpan beg & keperluan berpantang dalam kereta

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum semua...hari ni balik je dari ofis, terus makan dan keluarkan semua barang baby & barang berpantang.
kemas-kemas barang- barang tu semua, then letak kat tengah-tengah laman rumah.

keluarkan segala storage bottle, botol susu, breastpump letak tepi. masak air panas (sebab belum ada sterilizer), then rendam semua botol-botol tu..pastu susun atas tisu...ohh..heaven.
seronoknye rasa tengok botol susu comel-comel ni.

sebelum basuh breastpump tu, aku test kejap..hehehehee...best-best. tengok ada susu yang keluar.
Alhamdulillah ada rezeki untuk baby ibu :)
nanti sayang ibu minum susu ibu tau.

lepas botol-botol tu dah kering, aku assemble balik satu-satu botol-botol tu.
storage botol ngan milk bottle aku simpan dalam v-cool ice bag. set breast pump aku simpan dalam beg lain. haruslah beg tu pun aku nak bawak gi spital nanti. mana la tau, kalau-kalau anak tak pandai menyusu lagi ke..tapi doa-doa la anak pandai menyusu..amin

selesai kemas semua-semua ni, ingat esok pagi-pagi nak angkut bawak masuk kereta. maklumla plan nak balik kampung terus lepas balik keje. tapi semangat berkobar-kobar nak masukkan barang-barang tu dalam kereta malam-malam gini. senak jugak la perut nak mengangkat barang-barang ni. 2 kali turun naik..haih...demi mu anak, ibu turutkan.

barang-barang untuk berpantang tu aku nak siap-siap kemas kat kampung. excited tak?
haruslah. supaya senang aku masa pantang nanti. balik-balik je dah siap sedia barang-barang aku kat kampung.

minggu depan aku kemas baju-baju aku plak ye...

weekend aritu, aku sempat beli barang-barang sikit lagi. aku beli storage box 5 tier tu.harga asal RM79.90. tapi aku dapat RM49.90 (Giant promotion).
aku beli syampoo, milo, horlick, bidadari (RM74), susu hi-goat (RM33), pati ikan haruan polleney (RM33), pad yg tak payah guna panties tu (almost RM8 kot campur skali ngn tali dia) dan sikit-sikit lagi barang baby (botol, berus, ubat vicks baby, sebamath, grape water, berus gigi baby)

agak banyak jugakla aku berbelanja..tapi tu je la. pasni aku stop berbelanja sampaila aku bersalin. full stop.

agak-agaknya bila la aku bersalin yek....hehehe

sekian, wassalam

Wednesday, 3 October 2012

Check up 36 minggu

Assalamualaikum.....
hari ni usia kandungan genap 36 minggu. dan ada appointment kat klinik macam biasa..
pukul 7.54pg dah amik nombor. pukul 8.10 da buat urine test (org pertama yg buat urine test).
tapi pukul 9.25 baru dapat jumpe nurse..
adui la...sampai kebas-kebas punggung cek tunggu giliran. apa agaknya masalah depa ek, sampai no aku boleh terkebelakang pulak..
banyak sgt la kesilapan-kesilapan yg diorang buat. bila aku masuk bilik pemeriksaan, urine test result tak dicatat dalam buku, then nurse pun tanya kenapa tak buat HB. dah diorg suruh aku buat urine test je, aku buat urine je la..
macam-macam. pastu nurse kelentong result urine aku. then kelentong gak ukuran perut aku. katanya nak cepat. patient ramai..aik? confuse aku.

tahap kesihatan hari ni plak, kurang memberansangkan.mungkin sebab aku dah letih menunggu kat klinik tadi, sampaikan skrg pun mood kurang baik.
badan rasa letih, tak bermaya. rasa macam nak amik half day mc, tp partner aku dah half day.
bertahan la wahai ibu mengandung.

keputusan dari check up harini:

ibu:
darah: tak tau, sebab tak buat HB
urine: normal la kot. sebab tak makan ape-ape pun pagi tadi
berat: 55.9kg (turun ke atau pun sebab tukar penimbang)
air ketuban: 13.5 (Alhamdulillah, normal)

baby:
bacaan jantung: 132
berat: 2.9kg
kedudukan: ceph (doktor kata dah masuk laluan sikit)

sepanjang minggu ni aku belum ada rase apa-apa contraction, tapi hari isnin aritu aku ada rase sakit/pedih la kat bawah ni..bila tanya nurse & doktor, diorang cakap sebab permukaan servik kita lembut & halus, sebab tu akan rasa sakit bila baby menolak untuk masuk dalam laluan dia..
ok, takpe la..sakit pun ibu tahan. asalkan sayang ibu turun masuk dalam laluan..
semoga urusan kita dipermudahkan, ye sayang.

stakat ni jela info check up 36minggu. next check up 17/10/12.
sebab minggu depan dah ade follow up kat hospital 9/10/12.
check gigi plak 12/10/12
department dinner 11/10/12...sempat tak ek?? sempat...ehehehe

Monday, 1 October 2012

Amalan & pemakanan Pantang

Bismillahirrahmanirahim...
seperti biasa aku dapat info-info yang berguna untuk berpantang ni hasil daripada carian google..
kat bawah ni antara link-link kepada info yg berguna..

aku just listkan dulu, nak taip memang tak larat. banyak sangat. so just buat bookmark, masa berpantang nanti baru refer balik..haha...

tapi ape yang penting, lepas bersalin je jangan lupa mandi wiladah..mandi hadas besar ok. lepas dah kering nifas, baru mandi hadas besar lagi sekali

ok,kat bawah ni link-link yang diharap dapat membantu aku masa berpantang nanti:

1. amalan berpantang
2. Amalan berpantang
3. Menu berpantang
4. Amalan berpantang yang details


Thursday, 27 September 2012

Kelas Antenatal

Salam semua...
tadi lupa nak cita pasal kelas antenatal ni..
semalam aku mengoogle pasal kelas ni, baru tau HPJ ada wat.
so pagi ni aku pun mendail no 03-83124280 untuk bertanyakan kalau ada kekosongan untuk aku..

so soalan pertama dia ialah: "bila due puan?", aku pun jawab 31oct2012...
respon daripada jawapan aku ialah: " maaf puan, puan dah terlewat, kita hanya buat kelas semasa usia kandungan pada minggu ke 30 hingga 32 sahaja..maaf puan. lagipun kelas dah penuh sampai ke ujung bulan depan"...

huhu...frust. korang- korang ni, kalau nak masuk kelas tu, baiklah booking awal-awal ok.
banyak faedah kelas tu tau. memang byk benda kita boleh google, tapi ade setgh-stgh tu kene attend kelas baru kita tau..

contonya, masa kelas tu dia ajar cara bernafas masa nak bersalin, cara mandikan bayi, cara merancang keluarga, cara betul menyusukan bayi, cara penyimpan susu, bekas BPA free tu boleh tahan brapa lama...(adik beradik aku guna bekas dadih tu je..hehe) & byk lagi la yang dia akan ajar kita..pastu yang bestnye pergi kelas ni ngn husband lak tu, dapatla husband pun belajar cara-cara penjagaan ibu&anak. banyak kan kelebihan kelas ni. bayaran RM70/couple. murah weh

then, dah alang-alang aku call tadi, aku pun tanya la pasal sesi mengurut lepas besalin, dia cakap benda tu kene booking masa kita bersalin nanti. maksudnya hanya orang yang bersalin kat HPJ je la yg dapat khidmat urut mengurut tu..harga dia tak tau..

so aku dah bagi info ni, gi cepat call, tanya kekosongan kelas untuk korang booking. jangan jadi macam aku..
gamble je nak bersalin ni

Minggu 35

Bismillahirrahmanirrahim...
hai....Assalamualaikum :)

wahh..arini mood happy sikit...hehe. baru balik dari check up perut kat kk tadi.. ada 2 perkabaran..1 perkhabaran besttttt, 1 lagi perkhabaran kureng best..hukhuk

nak cite mane satu dulu ek? ekeke...sebab mood happy, jadi kita teruskan dengan perkhabaran yang best dulu la.
semalam, aku kene buat lagi BSP test untuk kali yg ke3..
bacaan 3.7, 3.9, 4.1 & 4.6 = reading cantik!! yeay
disebabkan reading cantik, makanya nurse dah cek ngn doktor tadi, so doktor cakap tak payah repeat test lagi..yahoooooo!!! suke3!!
best kan? best kan?... :D

dan disebabkan dah masuk minggu ke35 pregnant, makanya check up perut akan dijalankan setiap minggu mulai minggu depan (minggu 36). makanya disini la bermula kisah tak best...
sebab setiap kali check up, nak kene amik darah sebotol kat lengan ni. untuk rujukan hospital masa bersalin nanti. ape ek nama dia, FBC kot kalau tak silap aku.

igtkan dah lepas bsp, dah aman.xde nak kene cucuk-cucuk bagai. rupanye kene up lagi..hai,nasib la ibu mengandung ni.

lain-lain, semuanya normal je tadi
berat ibu: 56.7kg (dah naik 10kg ye total..huhu)
HB: 11.4
gula: normal
bengkak kaki: nil
kedudukan baby: ceph
jantung baby: 129 (masih normal atas 120)
ukuran perut: 35cm (same ngan usia kandungan)

nurse pesan, inform klinik kalau dah bersalin, pastu, inform klinik kat kampung kalau nak pantang kat sane, so nanti ada nurse akan datang check up kat umah.
pastu nurse pesan lagi, kat bawah kita ni, kene cukur bersih..preparation nak bersalin nanti.

nampaknya kalau ikut due date, lagi sebulan nak bersalin. tapi dari nasihat nurse macam bile-bile aje aku dah bole bersalin ni..seram....

so next appointment kat kk pada 3/10/12 kul 10pagi
appointment kat HPJ pada 9/10/12 kul 9pagi

sekian saja laporan hari ini.
wasalam

Tuesday, 25 September 2012

Tempoh mengandung

sedar tak sedar, esok dah nak masuk minggu ke 35 aku mengandung..
esok juga tarikh aku amik BSP test untuk kali ke3..
kejap je kan :)

masa solat beramai-ramai tadi, kawan-kawan aku bertanyakan tarikh due aku... 31 oct 2012.
lagi sebulan...dengggggg!!
kalau cepat lagi 2 minggu...erk!!
seronok nak dapat baby. tapi aku belum fikir plan nak melahirkan.

nak tinggal sini? drive sendiri pegi hospital?
kalau hospital penuh, nak drive lagi cari hospital lain? betul ke ni?

ke nak ulang alik rumah parents? adoi
tak larat kot. badan dah makin tak kuat, drive more than 1 hour, boleh menyebabkan aku keletihan dari pagi sampai ke malam..

ke nak apply cuti awal, sebelum raya haji? hmmm....

huhu..camne ni? ok ok. xpe. bertenang. malam ni takde nak buat apa-apa kan? sebelum tido fikirkan cara yang terbaik untuk ibu&baby..

Tuesday, 18 September 2012

Update appointment dengan doctor pakar

Bismillahirrahmanirrahim..

pagi tadi ada appointment dengan doktor pakar di HPJ (Hospital Putrajaya)..
datang pukul 8. pukul 11 baru siap.
lama menunggu. nasib baik banyak kerusi, takde la letih menunggu..

bermula dengan berat badan ibu, 55.7kg (naik 600g dlm masa seminggu? ni mesti gara-gara makan banyak mase weekend aritu)
lepastu urine test, normal (sebab pagi tadi tak makan ape-ape, minum air masak je) hewhewhew

lepas tu masuk bilik doktor, cek-cek:
berat baby: 2.3kg (dah besar baby ibu..cayang dia)
air ketuban: 13.8 (normal..yeay!)
kedudukan baby: ceph (maksudnya kepala kat bawah)
kedudukan uri: kat atas
umur baby: 34weeks (eh, alamak..sebenarnye baru 33w6d.takpe la cepat 1 hari je)
bengkak kaki : NIL

Alhamdulillah semua ok. next appointment 9/10/2012.. doktor nak monitor pesakit gdm on diet control ni.
doktor kata, kalau dah 31/10/12, aku tak bersalin lagi, aku kene serah diri kat spital utk di induce, sebab pesakit gdm tak boleh postpone delivery..

sayang ibu, kita bersalin on time ye sayang :)

Monday, 17 September 2012

Jaundice

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca.
malam ni aku nak buat notes sikit berkenaan jaundice ataupun lebih mudah dikenali sebagai demam kuning..

diharap anak aku nanti tak kene la penyakit ni..amin..

daripada pembacaan aku kat blog-blog atau pun forum-forum orang, kebanyakkannya cakap untuk elakkan baby kena kuning ni kita kena mula jaga pemakanan semasa masuk 3rd trimester kehamilan..
caranya ialah minum susu kambing, air sengkuang cina, air kelapa muda atau pun glukose..  selain tu eloklah amalkan makan kurma kismis masa ngndung..lagipun kan makanan sunah tu. aku memang ada niat nak minum susu hi-goat ni. tapi ingatkan nak minum masa pantang. nampaknya baik aku start minum sekarang!

then, lepas je bersalin, ibu-ibu tak boleh makan ape-ape makanan yang ade 3 benda ni:
- lada hitam
- kunyit
- halia
haaa..amik! aku rase mase kakak-kakak ngan adik aku berpantang, memang menu diorg benda- benda ni la.. rupanya tak elok. boleh menjadi penyebab baby kene kuning, selepas 2minggu bersalin, baru boleh makan benda-benda ni? betul ke ni? abis camne nak pantang, nak buang angin semua? huh..pening sudah

jamu pun sama..elakkan dulu. seminggu dua, sebab demam kuning ni biasanya menyerang bayi yang baru lahir sampai la ke usianya masu 2 minggu.

kalau katakan baby dah terkena kuning pulak, eloklah mandikan baby dengan air inai atau pun air rebusan daun kuchai ataupun air rendaman teh (lipton)..insyaAllah..tu petua-petua orang. pastu kite minum la susu kambing or glokose tu lagi, then susukan baby..kerapkan menyusu.. bukan bagi baby minum susu kambing tu ye..no no no..

ada juga forum-forum yang cakap diorg makan anggur hitam dengan air soya..wallahualam..cuba je la mana-mana, asalkan tak memudaratkan. selain tu ada jugak yang cadangkan letak lendir daun lidah buaya tu kat dahi baby, supaya badan baby sejuk.

kalau ikut petua mak aku, dia cakap elakkan baju ke, stokin ke, towel ke..ape-ape je la yang berwarna kuning daripda ibu&baby tu..huhu alamatnye aku kene selongkar balik la beg aku.sebab towel, baju lubang-lubang, sarung kaki & tgn dan stokin aku wane kuning..sob sob sob



Friday, 14 September 2012

Bidan Berurut Selepas bersalin



(1) Hajah Rokiah Abd Hamid atau lebih dikenali sebagai nenek dara: 03-90215901 (batu 18, Hulu Langat)
(2) Jari Timore Kajang : 019-3060619

Pemakanan & Amalan semasa berpantang

Amalan Pemakanan

Air Koma-Koma (Safron)
Setengah gran saffron direndam kedalam satu cawan air panas diminum tiga pagi pertama selepas bersalin untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Sekiranya mampu boleh gunakan satu gram saffron (catitan; harga sepeket saffro 1 gram antara RM10 -RM15)

Air Rebusan Kayu Sepang & Kederang
Satu jengkal Kayu sepang sebesar jari kelingking (air rendaman berwarna kuning) dan kayu kedetarang (air redaman berwarna merah) saiz yang sama direbus dalam 1 hingga 2 liter air yang mendidih disediakan setiap hari dijadikan air minum sewaktu makan atau dahaga.

Sarapan Pagi
Sarapan pagi biasanya selepas siap mandi pagi, berurut dan senaman ringan, bertungku, berdandan dan berbarut, biasanya selepas jam 9.00 pagi.
Sarapan terdiri dari air susu dan sedikit kuih dari tepung beras seperi apam tanpa kelapa atau biskut lemak.

Makan Tengahari
Menu makan terdiri dari nasi putih dengan sekeping ikan tenggiri selebar tiga jari, 25 mm tebal. Ikan ini disalai dengan sapuan garam dan kunyit hidup.Makan tiga biji kani (yang dibenamkan kedalam nasi yang hampir kering dan menjadi lembut selepas itu) juga dijadikan amalan
Sayur hijau pucuk (termasuk akar) pengaga. Ditambah dengan ikan bilis salai ditubuk lumat dengan sedikit lada hitam sebagai penambah selera.
Segelas air minum rebusan air akar kayu atau sekurang-kurangnya rebusan air kayu sepang dan kederang.

Minum Petang
Sama seperti sarapan pagi. Selepas bertungku dan berbarut semula. Antara jam 4.00 – 5.00 petang.

Makan Malam
Menunya sama seperti makan tengahari. Antara 7.00 – 8.00 malam.

Rawatan sampingan

Pilis
Menyapu pilis menggantikan bedak selepas siap bertungku pagi dan petang

Sapuan asahan biji kani
Asah biji kani pada buntut pasu dan sapu asahan biji kani pada luka luar anggota kelamin agar membantu menyembuh luka. Ini hanya dilakukan mulai hari ketiga atau keempat sehingga luka pulih.

Biji kani
Sebagai tambahan tiga biji buah kani saiz hujung kelingking dibenamkan dalam nasi yang telah mendidih (mulai kering). Ia akan lembut dan dimakan semasa makan tengahari dan malam. Ini membantu menyembuhkan luka dalaman.

info di ambil dari sini

Minggu ke 33

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...masuk harini dah 33w2d..Alhamdulillah, baby ibu dah semakin membesar..
sejak-sejak masuk minggu-minggu terakhir ni, selalu rase tak sihat badan..
tah sebab memang badan ni tak larat ke, sebab cuaca ke, sebab musim raya...aku pun tak tau.
tp aku xdapat buat puasa 6 tahun ni. puasa ganti pun tinggal lagi 1 hari.

bermula dengan ahad lepas, aku mengalami sakit perut.
sakit perut ni aku tak pernah rase seumur hidup aku.
perut mengeras daripada makan tengahari sampai la ke tengah malam..
seksa, azab, pedih, senak, sesak nafas, sume ada.

masa suami ada, sandar-sandar kat beliau rase lega sikit, bile suami takde, sandar-sandar kat bantal...ummmmm..tak jalan rasa sakit tu.

hari isnin, masih ada sakit sikit-sikit. pergi keje pun muka tak bermaya. makan pun sikit-sikit je. risau sakit tu datang balik. kalau da sakit, alamatnye nak baring je.

makanya, sebab fobia sakit tu, setiap pagi aku cuma breakfast 3 ketul kuih, tengah hari makan nasi, malam makan roti ngn kuih raya je..huhu. kecuali arini, ade makan-makan sikit, so aku termakan lebih. tapi tu pun takut-takut je..hehe..buatnye diserang balik sakit perut tu..
aku rasa aku masuk angin la aritu, tp kawan aku cakap kene pedih ulu ati..aku pun tak tau, tp serius aku tak penah rase sakit perut camtu, nak kentut tak de angin nak kuar, nak muntah, takde isi nak kuar, nak buang pun takde benda nak kuar..huhu..azab

minggu ni baru nak baik batuk + sakit tekak. tapi hari ni macam ada tanda-tanda nak kene selsema pulak..
malam tadi sakit kepala sangat-sangat. dah berbulan-bulan rasanya tak sakit kepala..tapi semalam kene. memang melepek...

ok, rabu lepas, aku baru check up kat klinik, masa tu ngam-ngam 33minggu, nurse cek-cek, dia cakap kepala baby dah turun bawah, Alhamdulillah. GDM pun under diet control, HB sume ok..insyaAllah takde ape-ape yang perlu dirisaukan... :)
berat pun naik 1kg...sekarang dah 55.1kg

nurse pun ada bgtau tanda-tanda nak bersalin selepas aku citekan kat dia pasal sakit perut mengeras tu..
dia cakap tanda-tanda bersalin ada 3:
1) air ketuban pecah, tapi tak semua akan alami air ketuban pecah ni
2) ada keluar lendir bersama darah sikit. lendir tu tak semestinya banyak..ni sebab rahim nak terbuka
3) perut mengeras + sakit ari-ari. dan ada jangka masanya..mungkin ni la yang orang katakan contraction tu kot.. sakit setiap 30 minit la, 5 minit la..

harap-harap masa aku sakit ni, ada orang yang temankan aku..kalau tak pun, harap-harap aku ada kekuatan untuk drive ke hospital, dan harap-harap jugak hospital tak penuh...huhu...takut nak kene pindah-pindah hospital..takut tak sempat.

ok untuk next check up schedule:
18/9/2012 :  appointment dengan doktor pakar o&g kat HPJ pukul 9.20am
26/9/2012 : amik alat utk buat BSP test
27/9/2012 : appointment kt klinik pukul 10am
28/9/2012 : appointment doktor gigi kat klinik presint 9 pukul 2.45pm
penuh kan jadual aku ujung bulan ni. lagi sarat, lagi byk appointment..mmmm

ok, stakat ini saja update mak buyung..hehe
assalamualaikum





Sunday, 9 September 2012

Update BSP

ok...entry bersambung...

nak buat dalam satu entry, tapi saje nak tukar-tukar tajuk..hihi

jom-jom..kita sambung.

lepas dari dapat result tu, nurse kat klinik aku schedule ujian bsp pada 14/8/12. lepastu nurse minta aku jumpa doktor. masa jumpa doktor, doktor tengok balik result mgtt aku, then nak scan perut.
masa scan tu tibe-tibe doktor kata air ketuban aku banyak..huhuhu..
sedihnye bertimpa-timpa. terus doktor refer kes aku kat doktor pakar. doktor suruh aku ke hospital putrjaya booking appointment dengan doktor pakar. serius memang kacau bilau hidup aku rase masa tu.. memang down. rase kecewa sangat. rasa bersalah kat baby, kat suami.. sebab tak jaga kesihatan baik-baik. sedih.2,3 hari aku moody

pergi hospital department O&G dalam kul 5 petang, nurse-nurse kat situ sorang pun tak nak layan aku. diorang sibuk nak hias kaunter diorang sempena sambutan merdeka ke-55. memang sakit ati gak la. aku dah la frust arini, diorg lak nampak patient tp buat-buat tak nampak...huh!!

agak-agak dalam 15minit aku tercengang-cengang macam rusa masuk kampung, barula ada sorang MA tu tolong aku, dia bawakkan buku pink aku jumpa doktor. pastu ade sorang nurse ngn muka garang bagitau aku, bsp test 13/8/12, jumpa doktor 14/8/12.
eh, aku cakap ngan dia, aku dah ada appointment bsp kat klinik 14/8/12. dia tak bagi.dia suruh datang spital gak.. dia kata bsp test kat spital lg accurate sebab darah akan diamik kat lengan istead of kat klinik cuma cucuk jari je. ok fine. buat aku takut..huhu

13/8/12; aku lupe nak berpuasa dari pukul 10mlm. aku tersahur kul 5pg. so aku call spital dengan harapan diorang cancel appointment bsp test aku kat spital, then benarkan aku buat bsp test kt klinik je. rupa-rupanya dia tak izinkan..diorg arrang balik jadual aku. 14/8/12 bsp test. 16/8/12 jumpe doktor pakar..hmm...

hari yang dinanti-nantikan..pagi-pagi kul 7.30 aku dah sampai hospital, register kat o&g kaunter pastu amik darah yang pertama.doktor baru..amik darah pun macam belum confident. asik tanya doktor lagi sorang tu, nak buat camni ke, camtu ke? haih

lepas amik darah kul 8 tu,  aku gi minimart dalam spital tu. aku beli roti sandwich. aku makan sekeping dengan minum air masak yang aku bwak dari rumah.

pukul 11pagi, sekali lagi doktor tu amik darah aku..serius.sampai lebam tangan aku.
lepas tu aku balik. singgah pasaraya. beli ikan, sayur, buah epal hijau ngn roti.
lepastu aku masak.
ikan goreng ngn baby kailan makan ngn roti, aku gorang daging burger, letak salad ngan telur makan ngn roti lagi. pastu makan epal sebiji. makan sampai kul 3 aku start puasa balik.

pukul 5.30, aku ke dewan bersalin. amik darah kali ke tiga. nurse ni agak yakin amik darah aku. kejap je dah settle. balik tu aku berjalan-jalan gi alamanda ngn mydin presint 15. ingat nak cari barang-barang baby kot-kot dapat murah. tp dapatla pampers je. jalan-jalan sampai lupa nak makan. sedar-sedar dah pukul 8. so dah kene puasa balik.

pukul 10, aku ke dewan bersalin balik..mak aihh..kali ni memang seram. sebab ada dua patient tengah di monitor bukaan untuk bersalin.. huhu, rupa-rupanya diorang bawak aku masuk bilik menunggu sebelum masuk labour room. seram weh. tengok wayar-wayar kat perut orang. bunyi jantung anak-anak diorang..

then nurse tu amik darah aku.simple je, tapi lepas je dia amik, darah aku tak henti-henti keluar. sampai menitik-nitik kat lantai tu. aku suspek jadi camtu sebab aku dah takut sangat tengok orang-orang yang nak bersalin tu..Allahu akbar.

lepastu balik.

16/8/12 aku jumpa doktor pakar. dia cek bsp aku.
reading aku :  4.86 / 4.21 /4.29 / 3.74
haa...tengok.reading aku cantik tau.. cuma tersilap makan masa buffet ramadhan aritu je.
pastu dia scan perut aku..pun good news, Alhamdulillah. kandungan air ketuban aku normal. bacaan 14 je.. ;-)

so bila next check up, nurse cek buku aku and update lagi bsp test aku..ala..kene lagi ke?
ye! nurse kata. kene monitor sampai minggu ke 36. kalau ok, ok la. kalau tak, kene wat lagi bsp test tu..hmm.. sebbaik kali ni buat sendiri. klinik bagi pinjam equipment tu.

so pukul 8 pg tu nurse ajar, balik tu aku makan roti 2 keping ngan minum air mineral sebotol. pastu aku start puasa pukul 9. pukul 11 aku cucuk sendiri, lepastu makan tengahari. aku makan nasi, lauk ikan ngn sayur. air kosong. pukul 3 pasa balik, pukul 5.30 aku cucuk lagi, pastu balik rumah aku belasah makan roti ngn tuna, kuih raya, kacang candy tp still maintain minum air masak.
bacaan aku: 3.7 /3.5 / 4.2 /5.5

so tunggu next appointment dengan nurse (12/9/12) dan doktor pakar (18/9/12) apakah tindakan susulan mereka..harap-harap semuanya baik-baik sahaja.. semoga lepasni aku tak perlu buat bsp test lagi. dan semoga bayi aku membesar dengan sihat..amin

p/s: aku agak suka kakitangan kat dewan bersalin hospital putrajaya. tapi aku sangat-sangat suka kakitangan klinik ibu anak presint 3. diorang semua baik-baik. sangat manis dan bersopan santun dengan patient...terima kasih nurse-nurse presint 3 =)

Pengalaman MGTT

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum dan salam ahad.. haha..macam lawak je salam ahad.
tak kisah la...
sebenarnya pagi ni dah kebosanan, suami sertai larian IEM kat PJ..
harap-harap beliau menang..hehe..
mukadimah yang cukup baik, doakan kemenangan suami tersayang =)

ok..aku nak ceritakan macam mana detik-detik aku disahkan sebagai pengidap GDM dan update BSP test aku ok

bermula pada checkup minggu ke28, aku dijadualkan untuk buat mggt test, sebab ayah aku pengidap diabetes.
so, secara tak langsung aku mempunyai potensi utk mengidap gdm.
6/8/12; aku diarahkan ke klinik kesihatan presint 9 untuk minum air gula. pertama kali suami aku temankan aku gi check up waktu tu.

malam sebelum tu, kami berbuka puasa di restoran terapung, melaka..reunion ex sekolah husband aku. on the way balik dari kampung beliau di muar, kami singgah disana..
aku makan kuih-muih tak ingat punye.....kemain syok lagi aku membedal badak berendam, gula melaka, koci bagai..air plak teh tarik, teh o..hmm..memang best.

start pukul 10 malam, aku dah start berpuasa utk mgtt test tu, besoknya berkobar-kobar pergi klinik. first pukul 7.30 pagi, aku register, 8 pagi aku cek urine test, 8.30 pagi aku dicucuk untuk amik darah sebotol tabung uji kecik tu, pastu diarahkan minum air gula..
ramai yang kata air gula tu tak sedap. tapi Alhamdulillah kat kk presint 9 ni diorang bagi air gula perisa blackcurrent, pastu air sejuk baru kuar dari petiais..so takde masalah la aku nak menghirup dengan seteguk je dah abis..hihi

lepastu nurse suruh aku puasa balik, dalam kul 10.40 dia suruh aku standby untuk diamik darah lagi sekali. disebabkan air tu agak manis, aku minta untuk minum air mineral sikit. nurse izinkan..

dalam masa nak tunggu sampai ke pukul 10.40 tu, aku dan suami dah kering idea nak buat ape. kebetulan minggu tu adalah minggu penyusuan bayi, jadi kami pun pulun baca poster-poster penyusuan ibu ni..hehe. siap buat kuiz lagi. pastu dapat hadiah cawan.. :-)
terisi masa kami dengan ilmu yang berfaedah.

sampai jam 10.40, kitorang duduk dalam makmal balik, untuk amik darah kali ke-2..
lepas tu..dah.boleh balik.

balik tu, kitorang terus ke damansara..cari butik untuk beli baju raye ibu mengandung..
hehe...4 pasang suami aku belanje baju raya..mekasih yayang..

bile gi monthly check up minggu seterusnya, dah dapat result.. apa resultnye?
bacaan pertama: 4.69
bacaan kedua: 8.89

sangat tinggi kan? huhu..itulah detik-detik aku disahkan mengidap diabetes..huhuuhu....

next entry please

Friday, 7 September 2012

Keperluan ke hospital

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum...wahh..disebabkan harini dah jumpe balik pasword, bukan main laju lagi mengupdate blog ye.
bukan apa..takut lupe balik password.hehe

ok, takmo cite panjang-panjang ek.meh tgk list yang aku bawak ke spital

barang-barang ibu
2 helai t-shirt
1 helai blouse butang depan
2 helai kain batik
1 helai tudung
1 pasang stokin
1 helai sweater
1 helai towel mandi & towel muka
1 cawan, pinggan & set sudu garfu
1 pek kecik maternity pad (10pcs)
3 set disposable breast pad
2 helai nursing bra
1 set disposable panties (5pcs)
set mandian kecil (syampu, sabun, lotion, bedak)
berus & ubat gigi
pencuci muka
deadorant
senaskah yasin
1 plastik untuk letak baju kotor

barang-barang yang belum pack lagi
sikat
selipar
termos
breast pump
2 helai panties
air zam-zam, kurma
milo, biskut, roti (beli nanti-nanti je)
lip ice
bedak muke (hihihi)
buku pink
ic
kamera

barang-barang baby
3 helai baju
1 helai bedung ada tutup kepala
1 helai bedung comel-comel
1 helai napkin
4 helai pampers
3 set sarung tangan & kaki
1 helai topi
1 helai towel mandi & towel muka
set mandian bayi (sabun, syampu, lotion, bedak)
minyak yuyi
minyak telon
wipes tissue

buat masa ni, ni saje keperluan yang patut aku bawak ke hospital..
kalau ada tambahan, akan aku update lagi entry ni..

sekian....wassalam

mode: isteri sedang menunggu suami balik..yey..dah siap mandi wangi-wangi =)

Doa Nabi Yunus

Bismillahhirahmannirrahim...

kali ni tak tulis panjang-panjang.. cuma nak letak doa nabi Yunus ni untuk rujukan aku...
kan aku cakap, blog ni macam diari mengandung aku, jadi aku nak letak semua kat sini, supaya senang jadi rujukan di masa hadapan..

aku rase semua dah tau kepentingan doa ni, elok kita amalkan..
tambah-tambah dah dekat nak due ni.
lagi sebulan lebih.

selain doa nabi yunus, kita boleh tambah dengan bacaan kursi, istigfar dan zikir.. InsyaAllah dipermudahkan urusan nak bersalin nanti..
doakan semoga urusan kita dipermudahkan..amin

Minggu ke 32

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum... Alhamdulillah, harini genap usia kandungan 32w2d..
dah besar baby ibu..eh, kenapa ibu?
sebelum ni aku decide nak baby panggil aku mama, tapi husband aku macam lagi suka panggilan ibu..sebab dia nak baby panggil dia ayah..baru match..
okla, aku tak kisah mana-mana pun...asalkan nama panggilan untuk seorang ibu :)

sepanjang mengandung, aku tak alami alahan teruk pun. Alhamdulillah
cuma masa 1st trimester (bulan0-3) aku sakit kepala setiap petang sampai ke malam.
alah pada panas matahari, kalau kene matahari je, dan-dan aku rasa tak sihat..nak muntah la, migraine la..
mual-mual tak de, selera makan macam biasa.
sangat suka makan buah-buahan.
sehari sekali aku minum susu anmun
berat asal 46kg. masa 3bulan, berat aku 47.4kg.
perut masih belum nampak

masuk trimester ke2 (bulan4-6)..aku dah makin stabil.
serta merta pening-pening waktu petang hilang,
dah tak alah pada matahari,
makan macam biasa..masih berselera..
berat maintain naik 2kg setiap bulan.
kesihatan masih bagus..buku pink cantik, takde merah-merah
dah start mencari-cari baju & seluar mengandung.. jeans-jeans dah tak muat.
stakat ni aku ada 4 helai seluar, 1 blouse, 2 long sleeve t-shirt, 3 short sleeve t-shirt, 2 cardigen, 2 maternity panties...hehe

masuk trimester ke3..dah start macam-macam..
bermula dengan ujian MGTT minggu ke 28, aku disahkan ada diebetis, ataupun lebih dikenali sebagai GDM.
pastu doktor kata air ketuban aku banyak.
aku kene refer doktor pakar.
bile cek ngan doktor pakar, rupe-rupenya air ketuban aku normal.
Alhamdulillah...bacaan 14 je. tak silap aku la, kalau terlebih bacaan graf tu kene melebihi 19.. tu kalau tak silap aku ye.
pas aku disahkan gdm, aku kene refer pakar diet..dia cakap la ape yang aku leh makan, apa yang tak boleh.
buah-buahan nak makan boleh, tapi jangan terlebih. contoh kalau epal, sekali hidangan sebiji je.
sayuran-sayuran berubi macam carot, kentang sume tu tak digalakkan
nasi kene kurangkan.
nak makan tu, amik lauk-lauk dulu, baru amik nasi.
minum susu anmum je..bab ni aku confuse sikit, sebab nurse aku cakap org yang ada gdm tak bagus minum susu anmum.kandungan gula tinggi. baik amik susu ape-ape je asalkan high calcium & low fat.
sebab pening dah, aku tak minum susu..haha..

pas jumpe pakar makan, aku dijadualkan buat bsp test kat hospital..
mak aih..4x dia cucuk lengan aku nak amik darah..
nak accurate katanya.. selamat.
1st & 2nd cucuk doktor baru kot yang buat, lebam-lebam tangan aku
3rd ptg kul 5.30, nurse kat dewan bersalin buat..ok
4th mlm kul 10.00, nurse kat dewan bersalin  gak buat.. meleleh-leleh darah aku kuar, taknak berhenti.
kene la dia selotape kan kapas kat tangan aku..
Alhamdulillah lagi, bacaan sume ok..

kali kedua buat bsp test pun, result ok. semuanya bawah 6.
harap-harap pasni aku takde la kene buat bsp tu lagi..tobat.
oh ye, setakat minggu lepas, 29 ogos 2012, berat aku dah naik 54kg. (total dah 8kg naik)..hhmmm

selain disahkan aku mengidap gdm, nurse cek-cek, tengok-tengok kepala baby kat atas lagi..
yang ni buat aku paling seram.
sebab kalau baby tak pusing, dalam minggu ke 36, diorang akan hantar aku lagi sekali jumpe doktor pakar..
huhu...
baby ibu..tolong la ibu ye..
sayang pusing ye.
biar kepala kat bawah. nanti senang ibu nak lahirkan baby..
kita dua-dua tak sakit..
ok sayang? thank you.

aku harap-harap semua dipermudahkan....

ops, lupe nak bagitau..beg untuk aku & baby dah selamat di packing.
tinggal nak grap and masuk dalam keta je nanti..
aku memang nak prepare awal-awal..sebab kalau buat last-last minute, takut nebes lebih,
pastu macam-macam terlupe..
nanti aku listkan ape barang-barang yang aku bawak ye..
rasenye tak yah banyak-banyak cam dalam checklist aku tu kot..
ehehe...

k la, selamat berjumpa lagi...

Persiapan menyambut orang baru

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum..

Lamenye aku menyepi dari mengupdate blog. Actually memang nak update, tapi lupe password. Arini main try and error, akhirnya dapat log in balik..Alhamdulillah..
Tapi sebab lame sangat gap, aku dah hampir-hampir lupa barang-barang baby di beli kat mana, dengan harga berapa..

Aku cuba jugakla ingat mane-mane yang patut ye.. :)

untuk kelengkapan baby:
stakat ni aku dah memborong 8 pasang baju baby..(mix lengan pendek, seluar panjang, baju lubang-lubang)
baju lubang-lubang (short pans & short sleeve) saiz newborn, ada 1 je
baju lubang-lubang ( long pans & long sleeve) saiz 3-6m, ada 2
baju (short pans & short sleeve) saiz newborn, ada 1
baju (long pans & long sleeve) saiz newborn, ada 1
baju (long pans & long sleeve) saiz 3-6m, ada 3

harga baju-baju ni semua setiap pasang tak lebih dari RM15. ada yang bawah RM10.
semua dibeli masa sogo sale, jusco sale & manjaku baby sale
total untuk harga baju dalam RM100

bedung/selimut baby ada 4 helai
1. bedung yang ada cover kepala tu, beli masa sogo card : RM 21.50
2. set bedung (welcome baby bumble bee) ada 3 helai pun masa sogo card : RM 32.00
3. bedung pureen : RM15

2 helai tuala : RM30 (ni tak ingat sangat dah harga)
4 helai tuala muka : RM10
1 set napkin (pureen) : RM 25.50
5 set set sarung tangan & kaki : RM25 ( setiap set tak lebih dari RM5..hihi)
1 topi baby : RM13.90

pampers petpet (NB) 36 pieces : RM18 (kalau tak silap..nanti aku cek balik)
pencuci pureen ABD : RM18.90
ketip kuku : RM8
nasal aspirator : RM5
berus/sikat rambut : RM8
kelambu : RM24.20
besin mandi : RM14.90
bakul baju baby : RM5.99
cotton balls : RM10
cotton bud : RM15 (huuhu..teramik yg mahal)
set mandian baby (johnsen&johnsen kecil - lotion, shampoo, bedak & baby bath) : RM9.90
minyak telon & minyak yuyi..dah tak ingat.. : RM30
baby wipes (2 set) : RM15
changing mat : RM12
hanger baby : RM20
set tilam kekabu baby, aku beli kat langat (ada tilam, 2 biji bantal, 2 bantal golek) : RM100

bangkung ibu : RM30
set bersalin (param, pilis, ...): RM100
set mandian herba : RM50
1 box breast pad disposal pureen (extra 20pcs) : RM60
2 set breast pad washable : RM30
5 pcs disposal panties : RM10
2 nursing bra scarlett : RM30
2 pack maternity pad (kotex) : RM25
breast pump rumble tuff package : RM388
    "This package consist of:
  • Rumble Tuff Duo Breast Pump Motor (~0.35kg) x 1
  • Expression Collection (Breast Shield Set) x 2
  • Manual Diaphragm (Convert To Manual Pump) x 1
  • Bottle Adapter Kit x 2
  • AC Adapter x 1
  • Tubing with duo adapter x 1
  • Valve And O-Ring x 2
  • Non Woven Bag x 1
  • Rumble Tuff User Manual x 1
  • AmazingMom V-Coool Double Layer Breast Pump Cooler Bag x 1
  • Amazing Mom Breast Milk Storage Bottle x 4
  • Advanced Korean Ice Pack x 3"
Sedar tak sedar dah RM1300++ jugak la aku ngn husband dah kuarkan duit untuk persiapan baby ni..
tapi Alhamdulillah, tak terasa pun kuar duit..
mungkin sebab rezeki baby kan.. :)

Stakat ni, tu je la yang aku prepare untuk menyambut kelahiran baby aku..
tapi ada sikit-sikit lagi barang aku nak cari.
contohnye termos, pinggan plastik & air zam zam utk dibawa ke spital.

Manakala untuk berpantang, aku nak cari susu hi-goat, healin gamogen, pati ikan haruan polleney, bidadari, selipar lembut, kapur & limau nipis..dah tak banyak dah kan.. :)

ok, setakat ni saje update laju-laju dari aku..insyaAllah aku cuba lagi mengupdate sampai bile-bile..supaya aku sendiri bolah jadikan blog ni sebagai rujukan aku di masa depan..

assalamualaikum



Friday, 29 June 2012

Checklist Keperluan Bayi

Bismillahirrahmanirah.....Assalamualaikum
Hari ni sambil-sambil arrange contractor, ada masa sikit, bolehlah cek-cek keperluan lengkap untuk baby mama ni.
daripada banyak-banyak list yang aku survey, aku rasa checklist dalam 1 blog ni memang agak bagus untuk dijadikan panduan untuk aku start mencari barang baby..
macam aku cakap sebelum ni, blog ni lebih kearah untuk rujukan aku, kalau letak dalam laptop, kat opis tak boleh tengok.
letak kat laptop opis, kat rumah tak boleh tengok.
nak print, alahai...sampai lunyai la kertas tu nanti.
so senang cerita. tulis dalam blog, dapat tengok selalu..
orang lain yang kebetulan lalu kat blog ni pun boleh jugak amik sebagai panduan..
secara tak langsung, dah membantu orang lain memudahkan kerja mereka juga..

ok, jom tengok list untuk keperluan baby-baby kiteeee....

Baby wear

BilItemQty
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi1


Diapering

BilItemQty
1 Napkin  1 pack
2 Lampin Pakai Buang  1 pack
3 Diaper Wipes  2 pack
4 Safety Pin1
5 Changing Mat1
6 Nappy Liner1
7 Berus Lampin1
8 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 


Baby care

BilItemQty
1 Bedak Bayi 
2 Losyen Bayi 
3 Minyak Bayi (Baby Oil) 
4 Tisu 
5 Sikat 
6 Putik Kapas (Cotton Bud) 
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper) 
8 Nasal Aspirator (untuk selsema) 
9 Methylated Spirit – alcohol % - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital) 
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi) 
11 Termometer 
12 Vicks 
13 Minyak Telon 
14 Syringe for Medicine 
15 Cotton Balls 


Baby Feed

BilItemQty
1 Botol saiz S  
2 Puting Botol Susu  
3 Bottle Sterilizer 
4 Berus Pembersih Botol 
5 Penyepit Botol 
6 Sterilising Tablet 
7 Nipple Cream 
8 Nursing Pad Washable  
9 Nursing Pad Disposal  kotak 
10 Breast Pump 
11 Nursing Pillow 
12 Nursing Bra 
13 Termos 


Baby bath

BilItemQty
1 Tuala 
2 Besen Mandi 
3 Syampu 
4 Sabun Mandi 
5 Span 
6 Gayung 


Nursering

BilItemQty
1 Selimut 
2 Bedding set 
3 Play Pen / Katil Bayi 
4 Mainan untuk Play Pen / Katil 
5 Kelambu 
6 Bakul Baju Kotor 
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear) 
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care) 


kelengkapan ke hospital ibu & baby

ibu

<>
BilItemQty
1Kad Lawatan Hospital/Kad Merah1
2Kad Pengenalan1
3Telefon Bimbit1
4Baju/Blouses 5
5Stokin 2
6Kain Batik 3
7Baju/Seluar Dalam 5
8Skaf Kepala/Ki 2
9Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)1
10Tuala Mandi1
11Maternity Pad/Pad Biasa 1
12Tuala Muka 1
13Selipar 1
14Kamera1
15Air/Minyak Selusuh1
16Minyak Angin1
17Air Zam Zam1
18Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)1
19Termos Air Panas1
20Bag Plastik1
21Baju Sejuk (Sweater) 1
22Sikat 1
23Breast Pad 4
24Nursing Bra 4


Baby

BilItemQty
1Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue1
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 3
7 Peralatan Mandi1
8 Selimut/Bedung 2
9 Barut 5
10 Topi 1


Persediaan kelengkapan ibu semasa berpantang

BilItem
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Minyak Angin/Urut
13 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)


Kelengkapan baby untuk travel

BilItem
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier


Extra-extra thing for baby

BilItem
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear


Actually buat benda ni dalam excel sebelum ni supaya senang aku jadikan checklist. just check status je nanti.
done/pending/cancel, etc-etc

so selamat menepuh alam persediaan..

p/s: 4 bulan sempat tak nak kumpul semua ni? hmmm