ok...entry bersambung...
nak buat dalam satu entry, tapi saje nak tukar-tukar tajuk..hihi
jom-jom..kita sambung.
lepas dari dapat result tu, nurse kat klinik aku schedule ujian bsp pada 14/8/12. lepastu nurse minta aku jumpa doktor. masa jumpa doktor, doktor tengok balik result mgtt aku, then nak scan perut.
masa scan tu tibe-tibe doktor kata air ketuban aku banyak..huhuhu..
sedihnye bertimpa-timpa. terus doktor refer kes aku kat doktor pakar. doktor suruh aku ke hospital putrjaya booking appointment dengan doktor pakar. serius memang kacau bilau hidup aku rase masa tu.. memang down. rase kecewa sangat. rasa bersalah kat baby, kat suami.. sebab tak jaga kesihatan baik-baik. sedih.2,3 hari aku moody
pergi hospital department O&G dalam kul 5 petang, nurse-nurse kat situ sorang pun tak nak layan aku. diorang sibuk nak hias kaunter diorang sempena sambutan merdeka ke-55. memang sakit ati gak la. aku dah la frust arini, diorg lak nampak patient tp buat-buat tak nampak...huh!!
agak-agak dalam 15minit aku tercengang-cengang macam rusa masuk kampung, barula ada sorang MA tu tolong aku, dia bawakkan buku pink aku jumpa doktor. pastu ade sorang nurse ngn muka garang bagitau aku, bsp test 13/8/12, jumpa doktor 14/8/12.
eh, aku cakap ngan dia, aku dah ada appointment bsp kat klinik 14/8/12. dia tak bagi.dia suruh datang spital gak.. dia kata bsp test kat spital lg accurate sebab darah akan diamik kat lengan istead of kat klinik cuma cucuk jari je. ok fine. buat aku takut..huhu
13/8/12; aku lupe nak berpuasa dari pukul 10mlm. aku tersahur kul 5pg. so aku call spital dengan harapan diorang cancel appointment bsp test aku kat spital, then benarkan aku buat bsp test kt klinik je. rupa-rupanya dia tak izinkan..diorg arrang balik jadual aku. 14/8/12 bsp test. 16/8/12 jumpe doktor pakar..hmm...
hari yang dinanti-nantikan..pagi-pagi kul 7.30 aku dah sampai hospital, register kat o&g kaunter pastu amik darah yang pertama.doktor baru..amik darah pun macam belum confident. asik tanya doktor lagi sorang tu, nak buat camni ke, camtu ke? haih
lepas amik darah kul 8 tu, aku gi minimart dalam spital tu. aku beli roti sandwich. aku makan sekeping dengan minum air masak yang aku bwak dari rumah.
pukul 11pagi, sekali lagi doktor tu amik darah aku..serius.sampai lebam tangan aku.
lepas tu aku balik. singgah pasaraya. beli ikan, sayur, buah epal hijau ngn roti.
lepastu aku masak.
ikan goreng ngn baby kailan makan ngn roti, aku gorang daging burger, letak salad ngan telur makan ngn roti lagi. pastu makan epal sebiji. makan sampai kul 3 aku start puasa balik.
pukul 5.30, aku ke dewan bersalin. amik darah kali ke tiga. nurse ni agak yakin amik darah aku. kejap je dah settle. balik tu aku berjalan-jalan gi alamanda ngn mydin presint 15. ingat nak cari barang-barang baby kot-kot dapat murah. tp dapatla pampers je. jalan-jalan sampai lupa nak makan. sedar-sedar dah pukul 8. so dah kene puasa balik.
pukul 10, aku ke dewan bersalin balik..mak aihh..kali ni memang seram. sebab ada dua patient tengah di monitor bukaan untuk bersalin.. huhu, rupa-rupanya diorang bawak aku masuk bilik menunggu sebelum masuk labour room. seram weh. tengok wayar-wayar kat perut orang. bunyi jantung anak-anak diorang..
then nurse tu amik darah aku.simple je, tapi lepas je dia amik, darah aku tak henti-henti keluar. sampai menitik-nitik kat lantai tu. aku suspek jadi camtu sebab aku dah takut sangat tengok orang-orang yang nak bersalin tu..Allahu akbar.
lepastu balik.
16/8/12 aku jumpa doktor pakar. dia cek bsp aku.
reading aku : 4.86 / 4.21 /4.29 / 3.74
haa...tengok.reading aku cantik tau.. cuma tersilap makan masa buffet ramadhan aritu je.
pastu dia scan perut aku..pun good news, Alhamdulillah. kandungan air ketuban aku normal. bacaan 14 je.. ;-)
so bila next check up, nurse cek buku aku and update lagi bsp test aku..ala..kene lagi ke?
ye! nurse kata. kene monitor sampai minggu ke 36. kalau ok, ok la. kalau tak, kene wat lagi bsp test tu..hmm.. sebbaik kali ni buat sendiri. klinik bagi pinjam equipment tu.
so pukul 8 pg tu nurse ajar, balik tu aku makan roti 2 keping ngan minum air mineral sebotol. pastu aku start puasa pukul 9. pukul 11 aku cucuk sendiri, lepastu makan tengahari. aku makan nasi, lauk ikan ngn sayur. air kosong. pukul 3 pasa balik, pukul 5.30 aku cucuk lagi, pastu balik rumah aku belasah makan roti ngn tuna, kuih raya, kacang candy tp still maintain minum air masak.
bacaan aku: 3.7 /3.5 / 4.2 /5.5
so tunggu next appointment dengan nurse (12/9/12) dan doktor pakar (18/9/12) apakah tindakan susulan mereka..harap-harap semuanya baik-baik sahaja.. semoga lepasni aku tak perlu buat bsp test lagi. dan semoga bayi aku membesar dengan sihat..amin
p/s: aku agak suka kakitangan kat dewan bersalin hospital putrajaya. tapi aku sangat-sangat suka kakitangan klinik ibu anak presint 3. diorang semua baik-baik. sangat manis dan bersopan santun dengan patient...terima kasih nurse-nurse presint 3 =)
No comments:
Post a Comment