Amalan Pemakanan
Air Koma-Koma (Safron)
Setengah gran saffron direndam kedalam satu cawan air panas diminum tiga pagi pertama selepas bersalin untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Sekiranya mampu boleh gunakan satu gram saffron (catitan; harga sepeket saffro 1 gram antara RM10 -RM15)
Air Rebusan Kayu Sepang & Kederang
Satu jengkal Kayu sepang sebesar jari kelingking (air rendaman berwarna kuning) dan kayu kedetarang (air redaman berwarna merah) saiz yang sama direbus dalam 1 hingga 2 liter air yang mendidih disediakan setiap hari dijadikan air minum sewaktu makan atau dahaga.
Sarapan Pagi
Sarapan pagi biasanya selepas siap mandi pagi, berurut dan senaman ringan, bertungku, berdandan dan berbarut, biasanya selepas jam 9.00 pagi.
Sarapan terdiri dari air susu dan sedikit kuih dari tepung beras seperi apam tanpa kelapa atau biskut lemak.
Makan Tengahari
Menu makan terdiri dari nasi putih dengan sekeping ikan tenggiri selebar tiga jari, 25 mm tebal. Ikan ini disalai dengan sapuan garam dan kunyit hidup.Makan tiga biji kani (yang dibenamkan kedalam nasi yang hampir kering dan menjadi lembut selepas itu) juga dijadikan amalan
Sayur hijau pucuk (termasuk akar) pengaga. Ditambah dengan ikan bilis salai ditubuk lumat dengan sedikit lada hitam sebagai penambah selera.
Segelas air minum rebusan air akar kayu atau sekurang-kurangnya rebusan air kayu sepang dan kederang.
Minum Petang
Sama seperti sarapan pagi. Selepas bertungku dan berbarut semula. Antara jam 4.00 – 5.00 petang.
Makan Malam
Menunya sama seperti makan tengahari. Antara 7.00 – 8.00 malam.
Rawatan sampingan
Pilis
Menyapu pilis menggantikan bedak selepas siap bertungku pagi dan petang
Sapuan asahan biji kani
Asah biji kani pada buntut pasu dan sapu asahan biji kani pada luka luar anggota kelamin agar membantu menyembuh luka. Ini hanya dilakukan mulai hari ketiga atau keempat sehingga luka pulih.
Biji kani
Sebagai tambahan tiga biji buah kani saiz hujung kelingking dibenamkan dalam nasi yang telah mendidih (mulai kering). Ia akan lembut dan dimakan semasa makan tengahari dan malam. Ini membantu menyembuhkan luka dalaman.
info di ambil dari sini
No comments:
Post a Comment