Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca.
malam ni aku nak buat notes sikit berkenaan jaundice ataupun lebih mudah dikenali sebagai demam kuning..
diharap anak aku nanti tak kene la penyakit ni..amin..
daripada pembacaan aku kat blog-blog atau pun forum-forum orang, kebanyakkannya cakap untuk elakkan baby kena kuning ni kita kena mula jaga pemakanan semasa masuk 3rd trimester kehamilan..
caranya ialah minum susu kambing, air sengkuang cina, air kelapa muda atau pun glukose.. selain tu eloklah amalkan makan kurma kismis masa ngndung..lagipun kan makanan sunah tu. aku memang ada niat nak minum susu hi-goat ni. tapi ingatkan nak minum masa pantang. nampaknya baik aku start minum sekarang!
then, lepas je bersalin, ibu-ibu tak boleh makan ape-ape makanan yang ade 3 benda ni:
- lada hitam
- kunyit
- halia
haaa..amik! aku rase mase kakak-kakak ngan adik aku berpantang, memang menu diorg benda- benda ni la.. rupanya tak elok. boleh menjadi penyebab baby kene kuning, selepas 2minggu bersalin, baru boleh makan benda-benda ni? betul ke ni? abis camne nak pantang, nak buang angin semua? huh..pening sudah
jamu pun sama..elakkan dulu. seminggu dua, sebab demam kuning ni biasanya menyerang bayi yang baru lahir sampai la ke usianya masu 2 minggu.
kalau katakan baby dah terkena kuning pulak, eloklah mandikan baby dengan air inai atau pun air rebusan daun kuchai ataupun air rendaman teh (lipton)..insyaAllah..tu petua-petua orang. pastu kite minum la susu kambing or glokose tu lagi, then susukan baby..kerapkan menyusu.. bukan bagi baby minum susu kambing tu ye..no no no..
ada juga forum-forum yang cakap diorg makan anggur hitam dengan air soya..wallahualam..cuba je la mana-mana, asalkan tak memudaratkan. selain tu ada jugak yang cadangkan letak lendir daun lidah buaya tu kat dahi baby, supaya badan baby sejuk.
kalau ikut petua mak aku, dia cakap elakkan baju ke, stokin ke, towel ke..ape-ape je la yang berwarna kuning daripda ibu&baby tu..huhu alamatnye aku kene selongkar balik la beg aku.sebab towel, baju lubang-lubang, sarung kaki & tgn dan stokin aku wane kuning..sob sob sob
No comments:
Post a Comment