Assalamualaikum...
haii....korang da beli stroller? stroller ape? aku dah beli.. beli stroller Mclaren je. Model Quest Sport Stroller
haha..awal-awal dah tepek gambar kan? ehhehe..
ni la rupe stroller untuk anak aku.
mule nya aku rase taknak beli stroller, sebab berdasarkan pengalaman kakak ngn adik aku, anak-anak diorang tak nak dok dalam stroller, so macam rugi je beli kan. pastu buat menambahkan barang dalam bonet kete je..pastu terpikir lagi, eh muat ke stroller nk letak dalam bonet ni..adeh!!!
Tapi bila anak aku dah berumur 4 bulan, dan badannya semakin hantap, aku tak brape nak larat mendukung sepanjang jalan, nak pakai carrier pun dah sakit tulang belakang, aku bagitau husband yang aku perlukan stroller. tak perlu yang mahal-mahal.asal mampu bawak anak aku dah la..ekeke...
dan disebabkan husband akan berkursus ke luar negara dalam tempoh yang agak panjang, maka stroller adalah sangat diperlukan. tak mampu kot aku nak jalan berdua ngn anak tanpa stroller..ehehe
jadi, review-review dan stadi-stadi sikit, akhirnya aku pilih untuk bali stroller mclaren ni.
1. Ringan : yup. stroller ni ringan je, senang aku nak handle. nak angkat naik atas tangga ke escalator ke (jangan ikut ek). senang husband aku nak angkat naik atas rumah..maklumla rumah kami bukan atas tanah..huhu
2. Lipat payung: kenapa nak lipat payung? sebab nak bg muat masuk bonet kete. dan tak makan space yg besar kalau masuk kereta/rumah
3. 4 Roda: berdasarkan pengalaman orang lain, kalau pakai stroller yang 3 roda ni memang nampak macam moden sikit, tapi selalunya stroller tu tak stabil. gelong-gelong kata orang utara. jadi aku nak beli 4 roda. selesa anak dalamtu dan stabil walaupun aku control stroller tu sebelah tangan je.
4. Bakul besar: Hehhe..bakul besar sebab kalau shopping, maknye boleh tumpang letak barang dalam bakul anak..ehehe..jimat-jimat. bakul ni penting tau. kalau-kalau korang nak kuar, nak bawak barang anak, lecehla kalau kene pegang beg lain plak kan, ada bakul ni, masuk semua kat situ. senang.
5. Murah: yang ni memang kena ambil kira..macam biasa, beli mahal-mahal kalau anak tak suke duduk dalam ni, dah satu hal kan.. jadinya berwasatiah la dalam membeli barang. asalkan dapat memenuhi tujuan utama dah cukup. lain-lain tu nafsu ibu je..heheh
Lima point yg aku bg tu adalah point terbesar sebab aku pilih stroller ni. lain-lain point:
- Compact umbrella fold
- Suitable for infants from 3 months and up (UK/US) or 6 months and up (EU)
- Carrying Capacity up to 15kg (UK) or 25kg (US)
- 4 Reclining Positions- New! Carry Strap
- New! Easy-to-use central foot brake
- New! Buckles and hubcaps
- 5 point harness for added security
- Lightweight
- Removable washable seat
- Water resistant hood
- High-performance aluminium frame
- Handy mesh shopping basket
- Carry strap for easy portability
- 5 second one-hand fold
- Ergonomically optimised, foam insulatedhandles
- Lockable, front swivel wheels
- Wheel size: 12.7cm / 5.0in
- Extendable leg rest
- Raincover
selain point-point yang best kat atas ni, ade gak point yang tak bestnye..biasala kan..hehe. ok, yang tak bestnya:
1. tak boleh full recline, kesian sikit kalau baby nak tido. tapi masa aku beli ni baby aku dah besar, so macam takde la nampak anak aku terlentuk je..tengkuk dah kuat.. :)
2. hanya boleh forward facing. baby tak dapat tengok makayahnya.. kan masa baby kecik-kecik kita macam nak selalu tgk dia kan, so kene la tengok kat peek-a-boo window dia je. tapi takpe, bile dah besar ni, anak memang nak tengok depan je, dia lagi suke..hehe
Ok, tu saja review aku pasal stroller aku, ikut suka korang nak cari stroller macammana yang berkenan dihati korang.. yang penting baby selesa.
Friday, 19 July 2013
Wednesday, 17 July 2013
Pengalaman melahirkan
Bismillahirahmanirahim..
sebenarnya aku tak minat nak tulis pengalaman bersalin ni..yela semua orang dah tulis dalam blog diorg.
tapi bila pikir-pikir balik, mungkin pangalaman pertama aku ni berguna masa nak melahirkan anak yg seterusnya? hehe
tapi aku macam dah ingat-ingat lupa la..kronologinya..hikhik
bermula dari 30 oct 2012,
sakit sekejap-sekejap (tapi tak sakit sangat la)
husband ajak check pagi tu kat klinik desa.
klinik desa suggest pergi hospital terus..
balik tengahari tu, duduk-duduk dulu..kalau boleh nak gi petang tu je. tak nak serah diri awal-awal
cari-cari parking, sambil cari-cari makan..makan berdua dengan suami... :)
lepas tu, terus ke hospital..jalan kaki je.
tunggu turn, then dia suruh tukar baju, dan cek bukaan..
sakit!! sakit sangat cek bukaan tu.
sebab doktor pelatih kot yang buat. sakit gile.
aku asik nak ke toilet, sebab rase tak selesa.
cek-cek dah ada 1cm.
aku dihantar ke wad.katil no 4 kot kalau tak silap aku.
suami amik beg-beg dalam kereta. then teman aku dok kat wad sampai abis waktu melawat.
aku duduk-duduk sambil baca Yaasin. then borak-borak ngan katil sebelah.
sampai waktu melawat, semua datang. aku macam dah terasa sakit sikit-sikit, then ada keluar darah,
tapi diorang kata tu darah sebab kene seluk. aku pun fikir sakit tu sebab kene seluk jugakla tadi.
habis waktu melawat, aku mandi, then plan nak tido.
pukul 11 malam contraction 5minit sekali bermula...
memang aku dah tak boleh tido time tu. berwhatsapp dengan husband,bagitau dia aku sakit. aku dengan husband, dua-dua tak tido. dia melayan whatsapp aku sambil buat air selusuh.
aku plak melayan sakit. sakit baring, aku duduk, sakit duduk aku jalan. memang tak duduk diam.
pukul 12 lebih aku dah rase sakit yang teramat sangat.
aku minta nurse cek contraction aku, tp dia cek bukaan baru 2cm.
apekah? sakit dah teramat sangat, tp baru 2cm..huhu
melayan sakit sampai ke pagi, katil-katil lain semua tangah enak-enak je tido.
aku je yg xlena.setiap 5 minit terjaga, sebab sakit.
dalam pukul 5 pagi, aku siap-siap mandi & tukar baju.
kot-kot la nak bersalin dah, xde la muke baru bgun tido. hehe.
sambil mandi pun menahan sakit tau..
pukul 7 doktor panggil untuk cek bukaan...4cm.
terus dia bg aku baju utk masuk labour room. sebelum masuk labour room aku tunggu husband datang,
makan same-same. husband buatkan air milo utk aku.
lepastu menyerah diri pd nurse untuk ditolak ke dalam labour room.
dalam labour room diorg terus cucuk-cucuk tangan aku.
masukkan air la, lekatkan ctg machine belt tula.
rimas.dah la sakit, kene lilit-lilit pulak. memang rimas.
masuk-masuk je labour room aku bace 3kul ngn doa nabi yunus.
tak henti-henti.
labour room dah la sejuk yg amat.
mengigil sakit + sejuk.
masuk dari kul 8:30 sampai 11 lebih, bukaan masih sama 4cm.
start 6cm (dalam kul 12 lebih), husband dipanggil masuk.
husband bacakan surah maryam, yaasin, semua la.
aku dah tak brape nak ingat.
yang aku ingat, aku sangat-sangat sakit masa tu.
mmg macam hilang kawalan sikit. tekak kering, tapi tak boleh minum air.
tapi masih mampu mengucap "ALLAH"..
itu je yang aku mampu time tu. sebab sakit yg amat keterlaluan aku rase.
dalam pukul 2:30 aku dah rasa tak tahan sangat, selepas beberapa kali percubaan, kali ni sister bg green light untuk aku teran.
aku meneeeeerrraaaannnn... hmmm..hampeh, salah cara teran sister tu cakap.
dia suruh cuba lagi, beberapa orang doktor & sister support aku.
suruh teran. suami tolong tolak dari belakang, akhirnya keluar jugak kepala anak aku.
tarik nafas, teran lagi sekali, keluar badannya..ahhhh,,lega sangat2 time tu.
lepas diorg lap anak aku, terus dia letak kat dada aku..
aku tak mampu nak tengok..peluk, cium apetah lagi..
aku terus tido..sebab letih sangat-sangat.
aku rase anak aku pun tido jugak kot. letih weh.
bile suami aku qamatkan anak pun aku xsedar.
sedangkan waktu meneran pun aku boleh tertido. sebab tak cukup tido, dan sangat letih.
sedar-sedar, diorg amik anak dari aku, then jahit..
ochhh..time jahit kulit. aku terjaga, sakit..
time jahit dalam, tak sakit pun.jahit lapisan luar..sakit dan susah untuk dijaga
selesai jahit, diorg bagi aku makan kt dalam tu, tapi aku tak lalu makan.
aku minum air je, then aku tido balik.
dalam kul 4 baru diorg tolak aku keluar dari labour room tu.
hantar ke wad bersalin..
waktu tu waktu melawat. ramai la pulak org tengok aku..malu..
anak..menten tido.hehe
maknye pun sambung tido.
ayah tahnikkan anak sorg2.sebab ibu letih sgt.
nampak wajah kegembiraan suami aku bila anaknya selamat dilahirkan.
lepas sehari dihospital, anak selesai buang air kecil dan besar, ibu pun selamat buang air kecil. kami dibenarkan pulang..
Bornday
alamak...post ni dah lama. tapi tersimpan dalam draft.
arini baru nak publish..hehe..
kepada yang nak bersalin tu, jangan risau..InsyaAllah sakit sekejap je tu. lepas baby keluar semuanya hilang.
seronok lagi.sebab dapat baby..yey!!

Diari Ibu: Perkembangan Bayi
Assalamualaikum...
yeay!! Maritza dah 8 bulan lebih... :)
Syukur Alhamdulillah, dari mengandungkan dia sampai melahirkan dia, Maritza tak pernah meragam yang bukan-bukan.
syukur sangat dapat anak yang baik. eheh..puji anak sendiri plak.
Sebenarnya aku nak kongsikan perkembangan anak aku. pesanan aku, jangan compare perkembangan anak kita dengan anak orang lain. aku buat ni saje-saje je untuk aku jengok-jengok balik bile maritza dah besar nanti..heheh
perkembangan mengikut usia:
1, 2 & 3 bulan: belum ada apa-apa perkembangan..membesar mengikut tumbesaran yang sesuai..sihat Alhamdulillah
4 bulan: dah mula meniarap. tegap kepala dia..hehe
5 bulan: mengesot tapi tak lama, sebab dah mula mengangkat punggung utk merangkak
6 bulan: merangkak..6bulan 8hari dah mula mara ke depan. masa 6 bulan jugak la maritza dah mula makan solid food (1 May2013) sempena hari cuti aku mulakan, sebab nak lalui sendiri pengalaman pertama kali bg anak makan..hehe..
7 bulan: duduk..yes. masa 7 bulan dia dah duduk tanpa perlukan bantuan siapa-siapa..dia dah yakin duduk sendiri. masa ni pun dia dah start meniti kat tepi-tepi sofa.
8 bulan: berdiri dan mula tumbuh gigi..berdiri sendiri dalam 5,6 saat gitu.hehe..tp buat masa ni masih belum yakin lepaskan tangan, kecuali atas tilam. macam tau-tau je jatuh atas tilam tak sakit..kikikiki. insyaAllah tak lama lagi dia boleh berdiri dengan yakinnya, lepas tu boleh mengorak langkah...
indahnya dapat tengok perkembangan dia dari hari ke hari...Syukur Ya Allah

Sweet Cherry: CS800 Eternal Carseat
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.....
Harini nak buat review pasal carseat baby.
disebabkan aku and husband duduk jauh maka aku kene ada carseat baby ni. untuk memudahkan pergerakan aku as a single weekday mommy..cewahhh..
Ok, masa preggy dulu aku agak pening, nak pakai baby carrier ke nak pakai baby carseat.
mula-mula dulu rasa macam nak pakai baby carrier je, sebab:
1: Murah : beli mahal-mahal kalau anak taknak dok dalam tu dah rugi.
2: Mudah : senang nak angkat carrier tu kalau keluar makan ke ape ke kan, baby kan kecik lagi, payah time makan tu nak kene pegang-pengang.
3: Suit: kete aku kecik je, memang sangat practical kalau guna carrier. takde la sampai menghalang penglihatan aku nak tengok side mirror nanti.. eheh
Tapi....fikir punya fikir, akhirnya selepas melahirkan baby, aku decide nak beli carseat..dan carseat pilihan aku adalah Sweet Cherry: CS800 Eternal Carseat.
kenapa aku pilih untuk beli carseat ni? Ini adalah sebab-sebabnya:
selain dari sebab-sebab diatas, aku pilih utk beli carseat ni sebab murah nak compare dangan carseat brand lain. Masa aku beli kat Sogo aritu harga dia RM345 kalau tak silap aku.
Masa promo kat Sogo boleh dapat RM300. murah..
dan lagi anak aku sangat selesa duduk dalam carseat ni. kain pun bukan jenis yang panas. maknanya kalau korang baru balik dari shopping ke, kereta park kat tengah-tengah panas tu, bile nak letak anak dalam tu, takde la anak korang melecur sebab panas.
Setakat 8 bulan lebih aku menggunakan carseat ni alhamdulillah, aku bersyukur maritza ok je duduk dalam tu..takde la membazir beli carseat ni.
petua aku nak bagi anak korang duduk dalam ni ialah latih baby guna carseat ni since dari baru lahir lagi. maknanya asal naik kete je, letak dia dalam carseat. jadi dia dah faham. naik kereta duduk dalam carseat bukan duduk atas pangku ibu. masa nak susu, amik baby, then letak balik.. InsyaAllah, baby akan ok :)
See, selain dari guna dalam kereta..boleh jugak gune kat dalam rumah. :)
jom beli!!

- Combination seats which suitable for newborn to 4 years old
- Rear and forward facing position
- 3-height reclining backrest
- Extra infant head support is provided
- 5 point safety harness
selain dari sebab-sebab diatas, aku pilih utk beli carseat ni sebab murah nak compare dangan carseat brand lain. Masa aku beli kat Sogo aritu harga dia RM345 kalau tak silap aku.
Masa promo kat Sogo boleh dapat RM300. murah..
dan lagi anak aku sangat selesa duduk dalam carseat ni. kain pun bukan jenis yang panas. maknanya kalau korang baru balik dari shopping ke, kereta park kat tengah-tengah panas tu, bile nak letak anak dalam tu, takde la anak korang melecur sebab panas.
Setakat 8 bulan lebih aku menggunakan carseat ni alhamdulillah, aku bersyukur maritza ok je duduk dalam tu..takde la membazir beli carseat ni.
petua aku nak bagi anak korang duduk dalam ni ialah latih baby guna carseat ni since dari baru lahir lagi. maknanya asal naik kete je, letak dia dalam carseat. jadi dia dah faham. naik kereta duduk dalam carseat bukan duduk atas pangku ibu. masa nak susu, amik baby, then letak balik.. InsyaAllah, baby akan ok :)
See, selain dari guna dalam kereta..boleh jugak gune kat dalam rumah. :)
jom beli!!
Subscribe to:
Posts (Atom)