Wednesday, 29 October 2014

Beza doktor KK presint 3 & KK batu 14 hulu langat

Assalamualaikum..
alang-alang dapat update blog, kita update la lebih sikit...
entry ni bukan entry mengutuk ke tak puas ati ke, tapi just nak luahkan betapa nurse dan doktor kawasan kampung ni mendouble standardkan orang-orang kampung..
24hb aritu, aku pergi klinik desa, nak pastikan baby aku ok. tapi nurse sane suruh aku g kk batu 14 sebab sana ada doktor, leh scan-scan. petang tu dalam kul 2.30 aku dengan mak aku pergi kk. kat pintu tulis time rahat hari jumaat dari pukul 12 sampai 2.45ptg. tapi aku sampai pukul 3, nurse sorang pun takde lagi kat tempat masing-masing. doktor pun sama...kalau kat kk presint 3, selalu ontime. sebab diorang hormat masa orang. diorang tahu orang-orang yang berurusan dengan diorang berkerja..
kat kk batu 14 ni, ingat yang datang orang-orang kampung yang tak bekerja kot. jadi ikut suke diorang je nak mula beroperasi pukul berapa...

lepas aku masuk, tunggu, ada nurse duduk kat kauter aku tanya, mana nak letak buku aku, sebab aku datang nak jumpa doktor. dia bagi aku nombor, dan tunggu giliran. sampai giliran aku checkup dengan nurse tiba-tiba ada orang datang dan bertanya. mana nak letak buku anak dia...tengok, nurse kat kaunter tah pegi mana, nurse yang tengah cek aku jugak nak kne entertain orang...nurse tu jawab soalan orang tu, then fill up form untuk orang tu. dah aku termangu-mangu kat situ..hai la...
lepas siap isi borang untuk orang tu, dia isi borang untuk aku cek urine, then borang aku dia masukkan dalam buku orang tu, borang orang tu dia masukkan dalam buku aku...hai la lagi...
aku pun bagitau nurse tu, "silap tu kak, tu bukan buku saya"
"eh, silap pulak." ha la...kalau dah buat dua keje, gitu la...settle kan satu-satu,, aku kene amik no giliran, nape orang tu tak payah amik nombor giliran...kene selaraskan ye kak..

lepas cek urine, aku refer doktor..yang doktor ni kerek gile. aku masuk-masuk, dia tengok buku aku, terus nak marah-marah.
"kenapa awak tak pergi hospital? awak dah overdue"
"saya dah pergi klinik desa pagi tadi, dah cek jantung baby, cuma nak scan pastikan air ketuban cukup, sebab saya macam ada rasa leaking"
"dah tau ada leaking, kene la pergi hospital"
"masalahnya, saya tak pasti apa yang leak tu, jantung baby ok je pagi tadi, sekarang saya datang sebab nak scan"
"ha..baring la situ.scan"
aku pun baring..dia scan..air ketuban dia cakap ok, tapi dia tak bagitau plak berapa bacaan. kalau kat kk presint 3, doktor akan bagitau berapa bacaan, macammana keadaan baby..kedudukan baby..doktor akan share knowledge dengan kami, ibu-ibu mengandung...tapi doktor kk batu 14...hmmm..mungkin dia rasa yang datang ni orang kampung. cakap apa pun mesti tak paham..double standard sungguh!

lepas dah scan aku, dia suruh aku bagi slip pada nurse kat kaunter untuk buat VE check..lepas tu, dia borak-borak dengan doktor lagi sorang..mula-mula cakap BM, bila tang nak mengutuk cakap BI..mak aih...doktor camni? ingat patient tak paham bahasa inggeris ye...sigh!

lepas aku luar dari bilik doktor, aku bagi slip tadi kat nurse kat kaunter, tapi nurse tu boleh tak tau ape benda nak kene buat, dan kat mana bilik nak buat VE tu..ish...teruknye.
dia tanya lagi sorang nurse, nurse tu pulak, macam mamai-mamai baru bangun tido..then dia advice aku g tunggu kat 1 bilik tu.
aku tunggu, tapi takde nurse datang pun. aku pun kuar, dok ngan mak aku..
mak aku pun tak tahan dengan sikap nurse-nurse dan doktor kat kk ni..berlagak macam kami ni pengemis kat tempat diorang.
mak aku selambe je sindir-sindir nurse ni.

agak lama jugak tunggu, doktor keluar dari bilik, then ajak aku masuk bilik yang td tu. lepas tu suruh aku baring..siap-siap untuk buat VE. pada pendapat aku apa lah salahnya assign satu nurse dalam tu, lepas tu mintak nurse tu guide patient, ape nak kene buat, jadi bila doktor datang, patient dah ready. ni tak, doktor datang, aku baru hegeh-hegeh nak buka seluar bagai, lepas tu, doktor pun tak bagi kain kat aku..takkan la aku nak bukak semua depan dia? mak aih..
bila aku tanya baru dia hulurkan selimut kat aku..
then sesi seluk menyeluk pun berlaku... dia seluk, dia kata dah ada show, kenapa tak pergi hospital.
aku dah jadi bengang. kalau ye pun ade show, kat dalam tu, manala aku nampak. show tu tak turun pun kat pantiliner aku.

kebetulan tengah dia seluk, ada nurse masuk, doktor tadi pun tunjuk kat nurse tu..ni show kan?
nurse jawab "bukan"
then dia mintak speculum ke ape tah ek, yg muncung itik tu...dia amik kertas pH, masukkan dalam rahim aku...tengok-tengok takde show. then, doktor cakap," kalau ada show nanti akan ada show darah, bukan air ketuban"...wah...bagus jugak tang ni..share knowledge.

lepas tu, dia suruh aku masuk balik bilik doktor..aku masuk, then dia update "gi hospital ye kalau tak bersalin lagi 28hb"...haaaa...kan dah sama je dengan last update dari kk presint 3. kalau aku main hentam je gi hospital, mesti aku kene suruh balik kan...sebab tu la adanya kk, boleh kami buat saringan kat kk dulu..hospital tu dah sah-sah ramai orang..ape gunanya ada doktor kat kk, kalau semua benda kene refer hospital terus.

last skali aku cuma berharap staf-staf kkia batu 14 hulu langat berubah lah sikap...contohi staf-staf kk presint 3. cakap penuh hormat.tak kisah la tak panggil orang ni "puan" pun...yang penting hormatkan patient..jangan double standard..

No comments:

Post a Comment