Assalamualaikum...
semalam aku pergi checkup perut yang ke 37 minggu. alhamdulillah, proses sangat mudah..hehe
pagi-pagi aku minum segelas susu kambing wildan, lepas tu makan kueh toew goreng...buat keje sampai pukul 10pagi.
lepas tu baru berdesup ke kkia. dalam pukul 10.22pagi aku sampai kk, amik nombor 5019 (aik..kalau datang kul 8 pun nombor camni gak, kul 10 pun camni gak?) hahahaha.
baru duduk, tak sampai 5 minit dah kene panggil. arini buat urine je, tak perlu cek darah...bagus.lagi cepat. lepas anta sample urine aku duduk-duduk kejap. lepas tu kene panggil dah masuk bilik 5.
cek berat...gluppp..naik 1.3kg seminggu. hahhaha..tula, penangan makannnnn jeeee asikkkk..kan dah naik berkilo-kilo.hehe
tekanan darah ok, degupan jantung baby pun ok..semua ok, alhamdulillah kecuali berat tu lah kan.
lepas nurse cek, dia bagitau aku, kalau dah sampai due date aku tak bersalin lagi, tak perlu admit. macam maritza dulu. kali ni aku kene jumpa doktor waktu appointment, then doktor akan bagi date untuk aku admit. mungkin kene induce ke ape ke..terpulang pada keadaan baby waktu 40minggu tu nanti.
tapi based on last scan, semua masih ok. jadi ibu tak perlu risau ye..tunggu je tanda-tanda melahirkan.
lepas tu, sebab takde benda nak borak, aku tanya detail lagi pasal keadah merancang keluarga..
aku macam prefer iucd tu. so aku tanya la, kalau aku nak pasang kat kk lain boleh ke? sebab cuti pantang aku balik kampung. aku prefer pasang waktu minggu ke6 bersalin. dia cakap tak semua kk ada iucd. dan doktor terlatih untuk pasang iucd. jadi nurse suggest aku pasang kt kk ni jugak..
then bukak buku purple pulak..adeh, kene bukak buku lain plak. iye, buku ni untuk diorang register dengan kemeterian kesihatan then kita punya follow up check up.
mula-mula lepas pasang, kita kene datang selepas seminggu, then sebulan, lepas tu 6bulan..camtu la kot.sampai la 3 tahun, then baru bukak iucd tu..ok lah, nanti aku pikir lagi lah cammane..macam malas nak kene ke kk lg..hehe...tapi kalau pasang kat private pun sama je..kene ada followup checkup. lagi la follow up check up kene bayar lak tu. ni free je..tak nak ke? hehhee
ok lah, takde ape nak update sangat untuk checkup ke 37 minggu ni, lepas checkup, borak-borak pukul 11 dah siap.. lepas tu boleh gi bank kejap, king bakery jap.kul 12 dah sampai opis balik...
alhamdulillah dipermudahkan.
sekian sahaja catatan minggu ke 37... bye
No comments:
Post a Comment