Assalamualaikum...
Dah masuk bulan oktober ni macam-macam nak kene pikir.. nak bersalin lah,nak prepare untuk berpantang lah, nak sambut besday maritza lah, nak plan aqiqah adiknya lah, nak cari nursery lah, nak packing barang nak pindah pindah rumah lah, nak siapkan kerja-kerja 13 item tu lah, banyaknya planning. tapi tak pe, buat slow-slow insyaAllah semuanya berjalan lancar...
setakat ni plan nak bersalin, dah ok kot..cuma tu lah nak test survey jalan ke pusat besalin berisiko rendah tu. nak get readylah kalau-kalau terasa nak bersalin sangat dan tak sempat ke ampang.
preparation nak sambut besday maritza pun takat ni, dah bincang-bincang dengan famili, pukul brapa nak start, apa menu, goodies bag dah prepare, tinggal ayah nak design corak-corak je untuk tampal kat goodies bag tu nanti.. hadiah untuk maritza pun aku dah order..online je, macam tahun lepas..(nanti aku cerita ye, apa hadiahnye..heheh)
plan aqiqah untuk adik pun, alhamdulillah..nampaknya on track.padahal budaknya belum kuar pun lagi..murah rezeki betul sikecik ni tau. hari raya aritu dah dapat duit raya..ni ibu ayah dia dah siap prepare dah nak buat aqiqah dia...semalam dah jumpa dengan tokey katering dengan khemah, dah diskus harga dan booking date. lepas tu jumpe tokey kambing pulak. plannye nak buat kambing golek. goodies bag untuk orang marhaban pun dah prepare.. baju pun dah ade..hehe..insyaAllah 80% dah siap..harapnya Allah permudahkan lah urusan aku hari majlis nanti.
nak cari nursery masih lagi tahap survey-survey..compare baik buruk..harap-harap dapat jumpa yang berkenan dihati. nak packing barang berpindah, patutnya dah start sikit-sikit. tapi sebab aku dengar bank slow progress, lawyer pun slow, repair defect list dah panjang, hati aku macam slow jugak nak start packing-packing ni...tunggu la bila mood tu datang, aku ajak suami aku carik kotak dulu. lepas tu kalau dah mula nanti payah aku nak stop..hehehehe
keje-keje ni memang aku try followup abis-abis. kalau boleh masa aku cuti pantang nanti, projek semua berjalan je, takde orang monitor pun takpe..sebab semuanya dah well planned. harapan aku macam tu lah. taknak tinggalkan kerja yang orang tak tau nak mulakan dari mana.
setakat ni aku dah buat list pending keje aku.. hari- hari aku update, dan share link dengan teammate aku, supaya orang yang kene follow up tak lost.
No comments:
Post a Comment