Assalammualaikum..
Sorry ye, tak jumpa tajuk yang sesuai. actually bukan cuti sekolah dua bulan. tapi sebab aku cuti berpantang 2 bulan, aku pun cutikan terus anak-anak aku dari transit. duduk rumah jela dengan ibu. Nak pergi sekolah, memang tak boleh. sebab PKPB kat selangor ni. dan aku pun yakin, takdenya nak bukak sekolah balik sampai hujung tahun. jadi cuti jela anak-anak.
sebelum tahu bulan 10 aritu kena PKPB, aku ni gigihla ajak Encik Yayang borong barang untuk buat goodies anak-anak sempena birthday Maritza dengan Musfira hujung bulan 10. elok aku memborong awal bulan 10. Kerajaan announce PKPB pertengahan bulan 10.. Makanya, takkan aku nak bagi je budak-budak ni makan jajan sampai lebam kan? Terpaksala aku pikir solution untuk habiskan jajan ni tapi dalam masa yang sama, takde la diorang nak mengadap je.
Jadi aku decide untuk jual-jual la dengan diorang.
Duit aku beli dekat shopee je, then aku listkan pekerjaan yang akan dapat upah, dah apa barang yang boleh dibeli dengan harga dia sekali..2 bulan berniaga, nampaknya mentos, ais krim, kit kat dengan candy laku keras. biskut apollo dengan supering tak berapa laku..
No comments:
Post a Comment