Monday, 4 January 2021

Freemie Liberty hands-free breastpump

 Assalammualaikum...

Hai, dah puas cerita pasal anak. Kalini aku nak cerita pasal gadget mak-mak menyusu pulak. Kalau ada pembaca lelaki, di harap stopkan bacaan anda di sini..sebab aku nak cerita kisah orang perempuan ni.

Kalau masa Maritza dengan Musfira dulu aku pakai Rumble Tuff. Hasil dia pun alhamdulillah, tak silap aku masa mengepam dalam 40 minit aku boleh dapat dekat 10oz, dan breast pun memang rasa kosong. Corong dia selesa..ngam melekat dekat breast, nipple pun tak sakit walaupun suction dia kuat.. Memang puas hati la masa pakai RT dulu..cuma bunyi dia agak kuat. Saiz ok, suction ok, design ok. tak pernah ada masalah backflow. memang pilihan tepat la.

kalini pun ingat nak pakai RT, tapi macam dah takde, nak beli valve dia pun takde sape dah jual.. rugila.sebab motor dia masih elok lagi, cuma valve kene tukar la. dah 6 tahun kot last guna masa Musfira dulu.

Awal jugak pencarian aku kalini.rasenya masa aku first trimester lagi aku dah start search spare part. Yang freemie ni pulak, aku memang nak beli jugak. incase aku terlalu busy ingat nak pump on the go je la..time kat site tu ke. Nak beli baru macam mahalnye ko ye.. so aku cari 2nd hand. dapat la kat JB. aku test sebelum bersalin aritu macam okla..sebab masa tu tak di galakkan pakai suction level yang kuat ye..dikhuatiri luke nipple. Then bila dah bersalin aku sekali sekala try la pump pakai freemie ni. Macam ok, tapi aku tak pakai full time, pakai time breast dah penuh dan Mia masih tido..

Harini, first day aku hantar Mia, jadi aku kene la pump susu betul-betul. nak cover balik susu yang hantar ke taska. 

Functional Review: 

First, pagi dalam pukul 9.30am aku pump, hasil tak meriah..breast tak kosong walaupun ko dah pump 40 minit. aku dapat 4oz je. macam mana nak tau breast tak kosong? ibu menyusu mesti tahu..then aku continue pakai silicon manual tu, dapat lg 2.5oz.. haa..lepas tu baru rasa kosong. silicon manual ni pun aku beli dah berzaman dah, tahun 2016 camtu. aku belikan untuk adik aku ngn kawan aku, so aku beli utk aku sekali.sebab harga pun tak mahal, tak sampai RM10 pun..Alhamdulillah tahun 2020, memang aku guna ni je sepanjang berpantang..dapat hasil meriah jugak.

Second time aku pump dalam pukul 2pm, pump aku increase terus jadi 50 minit, hasil lagi better dari pagi tadi..dapat 7.5 oz. breast rasa kosong, tak perlu manual pump. tapi ada caranya.. aku pump sambil tekan cup tu supaya takde pressure lost.

Third time nanti aku nak pump pukul 4pm, dan aku pun aku nak increase jadi 50 minit, nak tengok hasil macam mana.. hasil tu maksud aku breast kosong ke tidak..bukan kuantiti susu tu..yang tu bergantung pada badan masing-masing la kan. makan minum banyak, banyak la hasilnye.. makan benda yang kita suke, banyak la hasil dia.

Physical Review pulak:

Cup dia tak transparent, susah nak tau susu dah banyak mana..yang buat cup kalar kelabu-kelabu awan ni kenapa lahai..baikla RT aku dulu.. corong dia pun macam tak friendly je..sebab dah la tak nampak kot nipple masuk betul ke tidak ke, memang tak best. cup dia pun tak cover breast.. macam menempel kat breast gitu. xde bra, memang tergolek la cup dia.. berbanding RT tu, bleh pump tanpa bra..kepit je dengan tangan..puas hati.

Motor dia, yg ni memang dia menang la..kecik ringan, almost takde bunyi. aku mengepam sambil tak bukak kipas pun ni (sebab cuaca sejuk pulak musim-musim hujan ni) pun xdengar bunyi motor dia.

Backflow pun alhamdulillah, sebab aku pakai yang closed system ni..antibackflow dah masuk dalam cup siap-siap. cuma yang tak bestnya.. ko dah pam, susu tu bila nak tuang ke storage bag tu, ko tak dapat collect sampai ke titisan terakhir..sebabnya susu tu sangkut-sangkut kat valve la, backflow la, segala mak nenek dalam cup tu dan ko tak nampak pun sebab kaler cup tu tak transparent. alahai..sayang la weh..tak tau ke ibu menyusu ni berkira tau walau setitik susu pun.

Bateri dia, okla. sekali pump pakai dalam 25% je untuk 40 minit. macam tahan la jugak kan..

Suction level dia bergantung pada penerimaan masing-masing. macam aku set mild je, sebab macam kuat jugak dia suck. penah aku set suction 5, speed 7..agak sakit. so harini aku keep suction 4, speed 8. pada aku kombinasi yang selesa la.benda ni korang kene test sendiri. setiap orang tak sama tahap penerimaan dia tau. kene try & error. 

Cara pakai kene betul kalau nak dapatkan hasil yg banyak. aku rasa dia nak hands-free ni macam tak tercapai je matlamat dia. sebab aku dah test pam masa betul-betul handsfree, breast memang tak kosong. Kalau ko pam sambil ko tekan cup dia..insyaAllah dapat hasil lagi better. Tapi yang penting sekali cup kene transparent la senang cite, baru ko nampak sama ada cara pasang tu betul ke tak. disebabkan tak nampak dalam cup, hasil selalu tak konsisten. aritu dapat byk even pump 10 minit pun. Harini pam dah 40 minit, breast tak kosong, kene pakai silicon manual pam.

Keseluruhannya aku rasa pump dia dah ok dah. tapi cup dia ni tolong la improve. aku rasa sebab cup ni yg membuatkn kite tak dapat pump sampai habis..sebab tak nampak level susu masa pam, tak nampak antibackflow tu kembang kempis..tak nampak nipple dalam keadaan yang betul atau tak.

So pada sape-sape dah beli freemie ni, dan kalau pam-pam tapi breast tak kosong, aku cadangkan lepas sesi freemie, sambung la dengan marmet ataupun kalau penat nak marmet, pakaila silicon manual tu..tak mahal tapi lega dapat kosongkan breast.. ataupun panjangkan masa mengepam dalam 50 minit ke sejam..huhuuh. tapi kalau dapat pasang cup tu betul-betul, InsyaAllah OK. cuma nak buat macam pump on the go tu memang agak mustahil.


masa tuang ni pun tak dapan collect sampai ke titisan terakhir


Tak tau la kot kalau pakai lama-lama dia jd serasi ke kot..haha.. k la sampai sini saje..wasalam



No comments:

Post a Comment