Monday 4 January 2021

Gelagat Mia Afrina

 Assalammualaikum..


Kisahnya pemilihan nama Mia. sebelum ni ada jugak listkan nama..Encik Yayang kata kita amik la nama Mia kalini.. Tapi aku macam tak berapa setuju, sebab kalau boleh aku nak nama sepatah je, macam Maritza dengan Musfira. So aku keep cari nama-nama yang sepatah yang ada maksud la.. kalau ikutkan yang takde maksud, nak je aku amik nama "Mellisa". sedap kan? tapi sayang takde maksud..huhu..

Jadi alang-alang Encik yayang da propose nama Mia, aku try la cari jugak gabungan nama apa yang sesuai dan ada maksud. google-google, keluar nama Afrina..hmm..sedap jugak. tapi still nanti la, try carik lain la..dan pada 26-sept, dok golek-golek je layan perut, aku listkan pilihan nama untuk family members vote. Musfira org pertama vote "Mia Afrina". Maritza tah ape angin dia haritu, tak bagi kerjasama..tp malam tu dia vote jugak "Mia Afrina". Encik Yayang memang dari awal dah setuju Mia tu..

Walaupun dah dapat majoriti vote nama Mia Afrina, aku tetap tak nak decide lagi. aku cakap, tunggu baby keluar dulu la..sebab makna nama putih kemerah-merahan..karang keluar gelap kan, tak sesuai pulak nama.huhu..

Hari Mia lahir, aku dah terpanggil dia dengan nama Mia dekat hospital..huhu..memang saje nak jadi la tu kan. dan setiap orang yang tengok dia pun semua cakap "merahnya baby" okla..sesuai la nama..

Opah tengok gambar Mia pun cakap "merahnya dia" ayah boleh pulak menyakat opah "memang nama dia merah mak" terkejut Opah.hahha..

Nurse tengok pun cakap merah..jadi hari ke 7 Mia lahir (10-Nov) ayah selesai buat pendaftaran nama "Mia Afrina" maka macam anak bongsu pulak, nama lain sikit dari kakak-kakak..tapi still "M".

Eh, apsal tajuk lain content lain? hahah..alang-alang aritu ade cakap nak cerita kisah disebalik nama Mia kan, kite up sekali dalam tajuk yang sama je.

Mia ni, gelagat dia lebih kurang Musfira masa baby. tak banyak ragam.. takde pun nak nangis-nangis..memang sangat-sangat jarang la dia menangis. kalau nak susu pun dia "e-eow" sekali je..mcm kucing pulak kan meow-meow..hhaha..dia jerit je tau. tapi jerit dia halus je..almost tak dengar pun. kalau lama sangat dia eow ibu tak bagi jugak susu, baru la dia jerit panjang sikit..huhu, pakej nangis sekali. tp benda ni jarang sangat berlaku..semoga Mia kekal macam ni ye..takmo nangis-nangis. nanti orang stress.

Malam awal-awal kelahiran pun dia susah jugak nak tidur..debar je aku kalau bawak g rumah orang. buat dia taknak tido dah serabut aku nanti. malam pertama CL datang, dia taknak tido pakej menjerit sokmo..CL pulak buat xtau je weh..sebab bukan waktu shift bekerja dia. huh. Aku syak masa tu aku takde susu sangat. jadi Mia xcukup susu..sebab malam pertama kat hospital pun macam tu. dia jerit je, aku bagi susu pun dia taknak isap.sbab penat isap tapi takde susu kot. kesian

Aktif? memang aktif dia ni..nampak aktif cergas macam maritza masa baby. berlainan betul karakter dia masa dalam perut. masa dalam perut nampak pasif macam Musfira..keluar terus aktif, ligat..kuat menendang dan mengeraskan badan.

Minum susu pun kuat. siang selang 2 jam, malam pun sama..tapi nak pagi tu dah mula selang sejam.. pukul4, pukul5, pukul 6, pukul 7, pukul 8, pukul 9...then baru la selang 2 jam balik..fuhh..memang masa pantang ni ibu macam zombi dah..bangun tido pun pukul 8 kadang pukul 9.

Tido, selalunya macam Musfira, berbantalkan tangan ibu..kadang-kadang boleh je lena pakai bantal sendiri (macam maritza). kalau siang tu, memang elok je dia tido dalam cot dia sorang-sorang. dah besar sikit, tido dalam rocking chair dia..taknak bedung. malam je bedung, tu pun separuh badan je..macam mermaid.hahha. tapi sehari sebelum hantar ke taska, cuaca pun sejuk je 24deg, aku bedungkan jugak.elok pulak dia lena.

bedung gaya mermaid

tido aje dia dalam rocking chair ni. belakang tu cot dia..tgh2 laman rumah
last day sebelum duduk taska, ibu try full bedung

Kalau mandi pulak, dia memang suka. agaknye dia feeling-feeling macam dalam perut kot..berenang-renang dia dalam bathup dia tu. bath up tu pulak kami beli yang jenis boleh lipat tu, then gantung je dalam bilik air. bathup tu pulak besar, memang dia boleh berkuak-kuak bebas dalam tu..hmm.

Setakat dua bulan ni, Mia dah pandai mengagah, kalau orang agah dia kemain tersenyum-senyum..pandai lawan cakap..panjang dia borak. especially kalau lepas mandi, sambil tuam dia, urutkan dia,pakai kan baju dia..memang dia borak je manjang dengan kita.. lepas tu kalau lepas susu, kuat sesedu..sama je macam dalam perut. kuat sesedu..hehe. setakat ni dah dekat 3 kali cubaan dia nak bergolek (meniarap). tapi semuanya tak lepas lagi..tersangkut tangan lagi, badan dah pusing, tangan tak lepas lagi.

hmm..ape lagi nak cerita gelagat Miss Mia ni? rasenye tu je kot yang mampu ibu recall..next time kalau teringat kita update la lagi ye. bye





No comments:

Post a Comment