Tuesday, 2 January 2018

Happy New Year 2018




Assalamualaikum...
harini dah 2 jan dah. semalam bizi ke sana ke sini..tak dan nak log in jap untuk wish new year..
malam new year aritu kami tgk bunga api kat area-area sini je.. tak mampu nak redah jem sume tu.. okla, anak-anak pun enjoy dah dapat tengok bunga api tu. meriah jugak. first time ni celebrate new year kt N9.hahaha
ok, harini hari pertama persekolahan anak-anak. aku dari awal pun rase seram sejuk je. sebabnya Musfira tu. boleh ke dia tinggal ngn orang dia tak kenal. daripada baby dok tinggal ngn kak ina..
hari-hari aku aku bagitau dia, " adik, tahun depan adik dah sekolah tau". dia iye-iye kan aje..
asal lalu je sekolah dia, aku mesti tunjuk, "adik, ni sekolah adik tau". dia angguk-angguk saje.
Maritza, aku tak risau sangat. sebab dia dah ada experience sekolah sebelum ni..tapi tula, sebab sekolah baru kan. so belum ada kawan. harapnya cepat la dia dapat kawan nanti..harapnya jugak dia suka la sekolah baru ni dia ni..amin.
Pagi-pagi tadi kul 5.30 musfira dah bangun. so alang-alang dah bangun tu, aku ajak terus mandi.elokla dia bangun (harapnya berterusan ye dik). lepas dia mandi, aku siapkan dia then bagi dia main jap. lepas tu baru kejut maritza. mek ni aku kene remind dia yang harini dia dah mula pra-sekolah, barula dia semangat sikit nak bangun..sebabnya hari-hari dia countdown nak masuk pra-sekolah ni.. dari 15 hari kot. setiap hari dia kira, 15...14...13...sampaila 3hari lagi..dah bersalam-salam ngn teacher kat daycare lama. makin la dia excited nak masuk pra tu.hehe
so, dah bersiap semua..pagi-pagi kul 6.30 kami dah keluar rumah..takut jem.jadi kena la awal sikit.huhu.
Encik Yayang anta aku dengan musfira dulu, then dia hantar maritza.. lepas aku settlekan musfira, baru encik yayang pickup aku, then pegi tengok maritza & hantar barang-barang daycare maritza kat tadika daycare dia..
so, setakat waktu ni semuanya masih ontrack plan kami lagi..harapnya esok, esok, esok dan seterusnya pun okla mcam ni...aamiiinnn..
Beberapa hari sblm kejadian masuk sekolah..haha..buruk ek tulisan maknye pun

Tampal nametag ikut post viral (pakai gam uhu)

Carik bekfes kat petronas dulu..ibu xsempat la nak masak pagi2..heheh

Saye dah sedia! saya dah sedia!

Syok sgt ralit main..ibu lalu depan mata pun dipandang sepi..hehe..semoga istiqomah..amiin

Tergendala semangat nak studi final exam 4 & 5 hb ni..sebab dok pikirkan budak berdua ni

Ayah pun tergendala nak cuci umah baru dia, sebab layankan emosi ibu.hehhee

Thursday, 2 November 2017

Happy Birthday 5th Maritza & 3rd Musfira

Assalammualaikum..
Bulan lepas, bulan kelahiran anak-anak aku. Maritza dengan Musfira. kebetulan birthday Musfira 28hb jatuh hari sabtu. Jadi kami plan nak buat makan-makan sikit la untuk budak-budak berdua tu. dan alang-alang besday dekat-dekat, kite sambut sekali jelah..hehe..jimat ibu ayah. Menu simple-simple je. kek pun bergabung 2 tema. sebab Maritza nak sofia, Musfira nak hello Kitty. layankan aje lah..heheh



Tahun ni tak tau kenapa, aku tak prepare apa-apa pun hadiah untuk budak-budak ni. sebabnya nak beli mainan, rase dah banyak mainan. nak beli buku, buku pun banyak gak. baju...Hmm tak de plan nak beli.hehe.. tengok la nanti bila-bila ibu terpandang something special, ibu belikan terus k?

So, hari sabtu dah celebrate besday dua-dua sekali, makanya bila birthday maritza 31hb tu memang aku tak celebrate lagi la. tapi dia dok bertanya pulak. jadi aku pun ingat nak belikan kek je, dengan goodies sikit kat kawan-kawan kelas. sekali dia request nak goodies untuk semua student. pengsan mak nak. menggagau mencari barang-barang goodies bagi sama dengan goodies yang ibu dah beli.
malam tadi baru pegi  cari kek, cari barang sume. balik rumah, makan minum susu pastu memasing tolong ibu packing goodies untuk kawan-kawan maritza kat sekolah. Maritza masukkan gula-gula, Musfira masukkan biskut maruku ikan, ibu masukkan biskut gery. lepas tu ibu stepler, maritza susun dalam beg elok-elok. elok ada balance 7 bungkus, Musfira pulak amik nak bawak ke rumah mama katanya..hehhee






Wednesday, 11 October 2017

Lukisan Maritza

Assalamualaikum..

lukisan confident maritza menggunakan pen. haha
dia lukis gambar kawan dia, aira..
lepas siap lukis, dia minta izin nak koyakkan kertas tu dari buku, sebab dia nak bagi aira katanya.
mulanya aku nak marah jugak. sebab memang tak suka la kan tengok kertas bersepah-sepah ni.
aitu dia dah lukis gambar kami se'femeli' setiap sorang, then dia koyak. bagi gambar tu kat tangan kami masing-masing. nak gelak pun ade..
muka aku dia lukis mata lebam sebelah, pipi bintik-bintik. aku tanya la nape muke ibu banyak jerawat? dia kata tahi lalat banyak kat pipi. ceh
muka ayah ok..mata bulat, mulut berkotak.hahhaa..rambut pendek,terpacak.wakakaka
muka musfira..mata macam ayah, mulut senyum, rambut kerinting.hihihiihih..lawak-lawak
muka maritza pulak, mata lebam sebelah macam muka aku, tp cantik pakai tudung. aku tanya, napa ibu tak pakai tudung? dia cakap, gambar ibu masa dalam rumah. gambar dia masa nak pegi school..adeh hai..last sekali gambar kucing sekor. dia cakap dah besar nanti dia nak jaga kucing. sekarang dia tak bleh jaga, sebab kecik lagi. nanti kucing cakar, kene cucuk ngan doktor..kikiki..
tau pun. sebab dah merasa kan, kene cucuk pasal kucing ni.hehe
berbalik pada lukisan aira ni. memang idea dia sendiri lukis setiap satu tu, dan dia eja sendiri nama aira akilah tu. tau-tau dah siap je. lepas mintak izin nak bagi aira, dia simpan lukisan tu dalam beg sekolah dia.
bangun pagi excited nak bagi pada aira ni, dia kuarkn dari beg, dia letak atas dashboard kereta..
on the way nak pergi sekolah, aku belikan sandwich, dah dapat makan sandwich terus lupa lukisan ni.
aku pun tak perasan. dah sampai ofis, baru aku nampak. atas dashboard. then baru aku spend masa betul-betul tengok lukisan dia..
pada aku lukisan dia lengkap. pandai dia.. lukisan aira yang tersenyum, hari yang cerah, nampak aira ceria pegang bunga..berlari-lari dekat taman..ada bunga, ada rumput ada pokok ada awan..
pandai anak ibu.

hujung bulan ni besday maritza yang ke 5. dia dah mintak nak kek sofia the first.. lepas tu dia mintak hadiah kucing yang ade bateri tu..alahai..siannyye anak ibu.nak sangat kucing ye.sampai gitu sekali mintak kucing tipu-tipu terus. besday musfira pun ujung bulan ni gak, 28 hari bulan..mek kecik tu pun, akak dia request kek, dia pun nak request gak. nak kek hello kitty. akk dia nak hadiah cat, dia pun nak hadiah hello kitty. last-last kene gelak ngan maritza. sebab hello kitty tu pun cat jugak katanya...hahhahaha



Tuesday, 10 October 2017

Little Caliphs: Parents & Teacher meeting day


Assalammualaikum..
sabtu lepas mcm biasa PTM untuk semester kedua. masa yang semester pertama haritu aku tak pegi. maritza kene chicken pox kot tak silap. so aku just datang hari biasa. masa tu maritza pun takde, dia dah balik ke daycare dia. so aku sorang-sorang je time tu. teacher pun macam tak prepare sangat. sebab aku bagitau pun lambat.
So yang untuk semester kedua ni, kami datang sekeluarga la. encik yayang pun ada. maritza dengan musfira pun ada. secara kasarnya takde komen sangat dari teacher, semua ok. exam aritu pun dia ok. cuma paper pengajian islam kot dia salah satu bahagian. bila tanya balik, dia tersalah baca arahan. arahan cakap "tindakan yang baik" dia baca "tidak yang baik". patut la dia dok tick kat kotak tindakan tak baik..hihihi..lain-lain okla. kategori A. Alhamdulillah. teacher kata memang exam tu 100% dia buat sendiri. tak ada tanya teacher apa-apa pun.. macam tak caya..huhu.
Selain dari result exam, teacher pun bagitau apa kelemahan maritza ni sepanjang teacher mengajar kelas dia. teacher cakap maritza ni kurang sikit kat confident level ni. biasanya dia memang tak volunteer la nak jawab soalan. tapi kalau ditanya, dia boleh je jawab. dan jawapan dia betul..
hmm...dah mak ayah pun confident level tak berapa nak tinggi, guane anak-anak nak jadi seorang yang confident. ye tak? hehhe. tapi teacher cakap okla. ada improvement sikit... mungkin lepas ni kami kene dedahkan dia dengan persekitaran yang ada orang ramai..macam kidzania ke? huhuhuhu
Berkenaan dengan bacaan pulak, alhmadulillah. dia memang takde masalah membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris. teacher cakap bahasa inggeris pun banyak progress dah. banyak vocab baru yang dia dah boleh kuasai. lepas konsert nanti teacher nak masukkan dia buku jawi pulak. sebenarnya buku jawi untuk silibus 6 tahun. tapi sebab dia dah abis silibus 5 tahun, teacher terus continue silibus 6 tahun. harap-harap sempatlah dia kuasai. sebab next year maritza dah tak sekolah situ kan, rugi pulak kalau dia tak sempat belajar jawi..
Ni baru maritza sorang, tahun depan musfira pulak dah sekolah, macam mana la pulak komen teacher ye..hehe
dia ni lagi la pemalu ya amat.




Wednesday, 20 September 2017

Lip ice for Kids

Assalammualaikum...
berkenaan tajuk di atas, aku sebenarnya dah beli lip ice untuk budak-budak berdua ni. sebabnya diorang ni pantang tengok aku pakai lipstik, mesti nak jugak.
tak bagi menangis, rosakkan mood je kan. kalau bagi selalu dah dia rase macam memang kemestian pulak, asal ibu pakai, diorang kene pakai gak.. adeh la anak-anak dara oiii..

so untuk mengelakkan diorang ni terlalu terdedah pada bahan kosmetik, aku beli la benda alah ni. konon-konon solution pada bahan kimia berlebihan..eceh. lagipun lip ice ni dia ada SPF 15 gak, pastu dia tulis situ takda menthol, then perasa strawberry. mek mek berdua tu memang suke perasa strawberry.

aku beli ni pun sebab tak tahan tengok anak-anak aku suka sangat main mekap-mekap. mane dia tengok pun tak tau la. disebabkan ibu dia ni bukan ada mekap pun, diorang amik pensil kaler tu, jadikan lipstik la, eye liner la, eye shadow la.. kadang tu, musfira siap pakai pen lagi. tengok-tengok muka dah berconteng..kat atas mata, kat pipi..haih la..dari diorang merosakkan dan membahayakan diri diorang, aku rasa ade baiknya aku belikan yang betul-betul safe for kids. kan?

hmmm..tapi aku belum bagi lagi kat diorang. ayah dia kata, tunggu diorang mintak baru offer..



Tuesday, 19 September 2017

Diaper cake project

Assalammualaikum...
hai hai.. sekarang musim jiran-jiran, kawan-kawan bersalin.. mood nk beli hamper ke adiah biasa ke macam tak berapa nak ada. jadi disebabkan aritu dah try buat diaper cake, makanya kita teruskan project itu selagi minat tu ada.haha
puas ati dapat buat sendiri. walaupun nampak macam simple je gift ni, tapi leceh gak. orang yang tak berapa berseni macam aku ni gigih jugak la membuatnya.
yang penting rasa puas hati dan enjoy. hahaha
harga pun boleh tahan. sebab barangnya banyak gak..
mostly dalam diaper cake aku ni mesti ada:
1. lebih kurang 13-15 keping diaper (aku guna huggies)
2. sehelai tuala / baby blanket
3. sehelai romper / jumpsuit
4. baby bib
5. stokin
6. kasut
7. cap / headband (atau dua-dua sekali)
8. toy
and then sikit-sikit deko then masuk kotak kek yang ade window tu..barula jadi kek..

seronok membeli barang baby. seronok mendeko dan rase seronok tak sabar nak bagi kat mummy-mummy yang baru dapat baby tu..

bawah ni, antara yang dah aku buat. ada yang dah bagi pada tuannya, ada yang tengah menunggu masa untuk dibg pada tuannya..hehe..










p/s: maapla ye terupload banyak..sebab excited.hehhe

Berhujung Minggu di Wetland Putrajaya

Assalammualaikum..
Bulan lepas, kawan-kawan masa study dulu ajak berkelah..kami propose berkelah dekat putrajaya je la. dekat dengan semua orang. kira center la.. sementara nak tunggu depa ni sampai, kami dah siap makan, dah siap ronda-ronda dengan buggy. ingat nak main paddle boat ke, tapi tak dapat pulak, sebab cuaca jap ok, jap renyai-renyai. so kami decide naik buggy jela. dari tak dapat naik ape-ape kan..
berkelah..bergambar..pastu share pulak ngan group family, terus kakak-kakak aku excited nak berkelah kat sini gak..jadinya hujung minggu haritu kami sekali lagi pergi berkelah kat tempat yang sama.. kali ni memang berkelah aje sambil tengok orang lain pancing ikan..hehe..syok. bapak-bapak jaga anak. mak-mak dok berborak sambil makan sampai kenyang.hahhaha
pukul 7, kami pack barang, pergi masjid putra. solat magrib then main bubble kat dataran tu..okla. anak-anak memang enjoy.
sambil main, sambil bagi diorang makan.. kenyang.
balik rumah mandi, minum susu..tido sampai pagi.. :)