Friday, 16 October 2020

Almari baju Baby

 Assalamualaikum..

Sebelum aku terlupa, just nak letak kat sini, almari baju baju untuk baby nanti.

kalau masa Maritza dulu aku beli yang jenis drawer, then bila dia besar sikit, baju dia pindah ke almari lama aku, Musfira pulak guna drawer tu.

Tapi sekarang, kakak-kakak dah ada almari sendiri, aku pun kene pikir almari yang boleh pakai lama ni untuk baby. Sebab mesti ada baju nak gantung-gantung nanti kan.. so aku pun aim la nak beli almari ni


Elok aku tunggu nak beli masa 9.9 haritu kat shopee, da purchase bagai, seller contact aku soh cancel order, sebab dia takde stok dan tak tau bila akan restok..huhu.. dia cakap kalau nak jugak, dia cuma ada yang 2 drawer je. harga kurang dalam RM20 gitu.. hmm..aku taknak. dah alang-alang nak membeli, aku nak yang boleh pakai lama. So aku cancel je la purchase. sementara nak menunggu seller restock tu, aku beli kotak dekat Mr.DIY je


Aku beli kotak ni, then baru boleh start basuh baju-baju baby then store dalam storage box ni. lepas dah susun rasa lega sikit, macam satu keje dah siap. then anytime seller update barang da restock aku beli, then transfer je baju-baju ni dalam drawer dia nanti.

sesampai je almari baby aku, terus Encik Yayang dengan kakak-kakak memasang.. aku? aku pantau jela. perut da beso ka. mana boleh bersila-sila kat bawah tu..hahha..alasan sangat!

💖
lepas da siap, aku lupe pulak nak amik gambarnye..sebab sibuk nak transfer baju baby dalam tu.haha
so tu jela update almari baju untuk adik baby kite..
3 tingkat drawer, yang bahagian atas tu tempat sangkut baju dia nanti. esok-esok dah ade gown boleh la gantung-gantung.. 💓


Sekian saja..Assalamualaikum


 





Thursday, 15 October 2020

Beg Hospital

 Assalamualaikum..

Tiap-tiap kali pregnant pun mesti ada post ni. femes topik ni. bila mula nak mengemas beg, aku refer post masa mengandungkan Maritza, terus teringat..wah banyak betul eh barang aku bawak masa tu. pakai ke semua ek? Lepas tu aku scroll post time mengandungkan Musfira..Mak aih, sikit nau. betul ke ni? tapi masa Musfira memang pun, aku admit petang nak malam dah, tengah malam bersalin esok nya tak sempat lunch aku dah discaj. memang cepat. beg yg satu tu pun memang ngam-ngam je.

Tapi kali ni aku macam confuse balik, berapa hari aku kene stay kat hospital ni, baju baby nak bawak berapa banyak ni? baju aku? baju aku memang aku bawak sepasang jela. sebab kat hospital nanti pakai baju hospital je. Tapi underware, pad nak bawak berapa banyak ni. Last-last aku combinekan post Maritza dan Musfira untuk jadi guideline aku.


Baju budak aku bawak 3 set, untuk labor room dan untuk bermalam 1 malam, 1 set lagi spare je. toiletries untuk baby aku bawak kecik-kecik je, pampers baby aku bawak extra lg 3, mana tau dia memberak ke kan. towel napkin minyak panas wet tisu. tu je untuk baby. untuk yang setiap set baju baby tu lengkap lah dengan baju, mitten booties, bedung, topi, sapu tangan dia dan pampers dalam satu ziplock beg tu.

Untuk barang-barang aku, aku bawak baju 1 set. tudung 2, underwear 2 set, disposal underwear 1 pek, pad 5, stokin 2, minyak herbanika 1, breast pad 3 set. toiletries yang hotel-hotel punye tu, pencuci muka aku beli cetaphil yg kecik tu je.

Lain-lain aku nak tinggal nak masukkan charger, biskut roti sikit, surah Yaasin, air mineral dengan milo/nes 3in1. tu jela kot. Bersalin kalini, takde peneman sebab musim covid kan, jadi aku tengah berpikir-pikir untuk pinjam luggage cabin size mak aku. snang tarik tu je, skarang aku pakai beg balik kampung tu, so far ok je. tapi nanti dah discaj, dengan nak dukung baby lagi, beg lagi..ish seriau jugak tu.. tengokla camne, beg da kemas dah. tapi belum letak dalam kereta. sebab nanti kereta berjemur panas, takut rosak kandungan minyak-minyak aku ngn baby lak nanti.
tengoklah, hujung minggu depan ke start simpan dalam kereta.

So sekian saja update beg hospital aku.. maafla ye, menulis dengan laju, tah pape je rase. tapi nak tulis gak, seronok dibuat baca untuk kemudian hari. tapi tula rasa tak lengkap pulak sebab tulis waktu-waktu camni.. mengejar masa..huhu

Ok bai. Assalamualaikum


Wednesday, 14 October 2020

Week 36 progress

 Assalamualaikum...

MasyaAllah, lama betul tinggal..maaf la anak ibu, ibu ni hangat-hangat tahi ayam pulak..huhu, plan nak tulis setiap kali check up tinggal camtu je. aduhai..

OKlah, apa yang kita dah buat sekarang?

Actually harini aku dah masuk week ke 37 pun, tapi belum check up lagi. esok date check up aku. tapi since arini macam free sikit, kita update je la harini ek. harap-harap lepas ni ada post la sebelum bersalin. hehe

Oh, sebelum terlupa, semalam aku kena brixton hicks tu untuk kali pertama untuk pregnancy ni. rasanya sebab semalam terlalu stress. aku memikirkan keje tak siap lagi, company tak annouce lagi sama ada aku boleh work from home ke tidak, sekolah, taska dengan van dah annouce penutupan perkhidmatan untuk 2 minggu. jadi aku serabut. Van tu paling, dah la aku enrolled sebab aku nak bertenang untuk bersalin dan berpantang nanti. tapi dia plak yang awal-awal dah annouce 13hb dah tak beroperasi.. eh geram pulak rase. kerajaan pun annouce PKPB berkuat kuasa jam 12.01 14hb, dia lg advance.

Aku start kene tu dalam pukul 11 pagi mcam tu. sakit berpeluh-peluh.aku pun confuse,ni sakit ape ek.. nak membuang ke? abis je discussion pukul 11.30, aku terus bertapa kat toilet. tapi takde ape pun nak keluar. jadinya aku sambung duduk balik kat opis. pukul 12, aku ajak opismate gi kantin, dalam sakit-sakit tu, aku gagahkan berjalan naik ke kantin. setengah perjalanan, sakit pun slowly hilang... baru aku teringat, aku ada baca, kalau brixton hick ni, dia akan hilang kalau kita tukar aktivity kita. dari duduk ke berjalan..so betulla hilang terus sakit tu. Maklumlah aku dah gap 6 tahun, memang lupe dah rase contraction tu macam mana.

Malam sebelum tu, aku sakit kat pelvic, baring pun sakit. duduk pun sakit, jalan apetah lagi,. rasa macam kengkang bila berjalan tu. aku syak baby dah turun masuk laluan la. esok check up nak tanya nurse la, dah engage ke belum ni. tak sabar pulak nak beranak.haih.. tapi musim pkpb ni susah gak, sbb En Yayang pun susah nak balik selangor..huhu.. Semoga Allah permudahkan lah urusan kami..

Ha.. ape aku buat untuk melegakan rasa sakit kat tulang pelvic tu? aku menonggeng..huhu..sebab aku perasan time sujud masa solat, kurang sikit sakit. jadi aku menonggeng je atas katil..lega sikit la. Kalau tak, baring telentang sakit, mengiring sakit. meniarap tak boleh pulak. tapi bangun pagi semalam dah lega dah. Alhamdulillah. Tapi tulah, hujung-hujung ni memang kene predict la sakit-sakit tu kan, sebabnya memang baby nak turun masuk laluan, suppose memang la akan sakit kan, nak bagi bukaan pun suppose akan sakitla kan..cuma aku teringat time aku pregnantkan musfira. mild je contraction sampai la dalam labor room still mild.. macam mana rasa mild tu ye..lupe dah. tapi keluar-keluar, orangnya pun lembut je si Musfira tu, kecik halus..hehe

Okla, berbalik pada progress minggu ke 36 aku. alhamdulillah, doktor scan baby, kepala kat bawah, berat 2.7 +/- 400g boleh gitu? haha...harap-harap baby kecik ye, senang ibu nak meneran. Berat ibu 60.5kg. so total weight gain 3.5kg. gula terkawal, HB 11.4, drop sikit. air ketuban 15AFI. semua pen hitam, jadi doctor decide tiada lagi appoiment dengan doctor. 4Nov kalau takde tanda nak bersalin lagi, pegi je menyerah diri kat hospital.. huhu.. ayah berharap baby lahir 2Nov, ibu berharap baby lahir bln oktober, 26oct ke..hehhe..boleh tak?

Setakat ni, ni jela progress week 36minggu kandungan aku. rase kalau aku try tanya pusat bersalin risiko rendah, diorang terima tak aku? nak try la contact..kot dia terima, situ senang sikit, tak ramai orang, kan kan..

ok kalau takde gangguan sat lagi aku continue post untuk persiapan ke hospital ye..k bai..assalamualaikum..


Sunday, 6 September 2020

Wah..dah 31++ Minggu!

 Assalammualaikum....

Wah! Ni memang betul-betul terkejut ni. Ingat nak update setiap kali check up pregnant. sekali still sama jugak dengan pengalaman mengandung yang lepas-lepas..huhu....

Okla, dah lama tak update, moh la kita terus ke keadaan ibu dan baby..

Ibu; still sama..GDM diet control. tapi last 2week scan air ketuban banyak pulak AFI=23. Jadi doctor terus suruh aku on the spot buat BSP. Mujur pagi tu mmg aku makan roti wholemeal plain je, takde kaya ke ape..result BSP 4.1. Alhamdulillah. Jadi doktor bagi chance, kalau minggu depan air ketuban banyak gak, kene refer doktor pakar. Aku bukan apa, malas nak kene refer-refer ni. nanti banyak sangat check up nya, tak terkejar keje aku tu. Sudah la projek kali ni langsung tak boleh nak ke luar negara. nak tengok keadaan sebenar machine yang bakal dibeli tu pun tak tahu. aku pulak nak bercuti-cuti, memang nahas kat diri sendiri namanya nanti. balik naik pantang, stress sendiri nanti.

Lepas dah seminggu datang balik check up, AFI dah turun jadi 20 (ni level maximum) so ingatkan tak kene refer pakar. Sekali doktor nak refer jugak. katanya baby pun besar seminggu. berat baby dah 1.6kg (usia 31weeks). Waktu tu rasa macam redha jela kene refer. balik tu terus nak cheat day. taknak makan bekal sendiri. Oh lupa, disebabkan air ketuban banyak tu, kami seisi rumah terus bertukar ke beras perang. dengan maritza & musfira pun makan beras perang. Elok pulak sedap je kami makan. Musfira pun aku perasan dah 2minggu kami makan beras perang ni, memang habis la dia makan nasi. biasa nasi putih tu jarang dia abis. sebab sedap ke, nasi ni lebih ringan ke rasa dia (sebab kurang kanji kan), tak melekit ke..Wallahualam. aku tak pasti la pulak. dia makan, aku pun taknak tegur, kang terbantut selera dia pulak.

Beras ni lebihkan air 1 pot dari beras.Jadi cantik dan sedap. Biasa untuk kami anak beranak, cukup-cukup makan 2 pot nasi untuk 4 orang, tapi kalau nak bertambah kene 2.5pot. dengan beras perang masak 1.5 dah cukup untuk buat tambah-tambah. jadi jimat la jugak kan. harga pun tak jauh beza dengan beras putih. biasa kami beli beras putih tu dalam RM16.50. Beras ni RM18.90 untuk 5kg. Jadi tak jauh beza. Disebabkan beras ni lebih sihat, jadi kami decide untuk terus jela makan beras ni kat rumah. Kalau orang datang pun, hidang nasik perang jela..hahah

Eh panjang pulak cite beras perang ye. haha..takpe untuk rujukan sendiri jugak nanti-nanti kan.
So selain dari beras perang ni, aku rajin sikit la bawak bekal sendiri. kadang masak sup ayam, kadang ayam masak tomato (sebab anak-anak pun suke), ayam perap. haa ayam perap ni sedap gak. bahan campak-campak je aritu. aku titikkn halia, perah air dia. aku perah air lemon, minyak masak 3 sudu (sebab ayam banyak aritu), bawang putih cincang, jintan putih, jintan manis, rosemary, garam sikit je, lada hitam, pastu masa nak bakar esoknya, aku sapu mentega sikit. letak dalam airfryer suhu 180deg selama 40minit. sedappp..Encik yayang kata macam ayam nando's..hahha. sori ye, overclaimed pulak.kihkih

seminggu berdiet, bukan setakat air ketuban je turun, berat pun turun. tapi tak banyak la.hahha.. dari 60kg jadi 59kg.. (so total baru naik 2 kg la masa 31minggu pregnant) suke-suke...takdela susah nak turunkan balik nanti kan..InsyaAllah..

Ok Next, pasal baby pulak, berat dah cecah 1.6kg, kedudukan kepala kat atas pulak. ni tengah memujuk suruh dia turun kepala kat bawah. minggu ke 36 macam biasa, doktor kata kalau tak turun lagi, refer pakar jugak..sedihla..harap-harap baby bagi kerjasama k.

Persiapan untuk baby camne pulak?

Untuk baju-bajan, ada la beli sikit, dalam 5-6 pasang..sebab geram tengok comel-comel baju baby. topi mitten booties ada la beli 1 set, untuk sambut lepas lahir nanti.
lain-lain recycle dari maritza dulu..carseat, baby cot, rocker,bedung barut..byk lah..so almost siap dah barang baby ni.. tengah nak tunggu seller re-stok cabinet baju je. then nanti boleh beli, pastu boleh la kemas-kemas almari baby..sekali selongkar barang-barang baby kat rumah lama..haa amik ko, sume ade lagi..
Next bila baby dah besar sikit, kena amik walker, stroller dgn high chair pulak...

Napkin beli baru, walaupun yg lama still ada, sbb geram tengok comel nau bercorak. botol susu MAM pun dah beli..kene ajar susu botol. nanti nak tinggal dengan babysitter

Tilam kekabu dari Maritza, turun ke adik-adik jugak la

Carseat dari Maritza, turun ke Musfira skrg turun ke M.....

barut mitten booties topi dari zaman maritza&musfira

Barang-barang Ibu pulak, baru je beli breastpump freemie liberty.. konon nak pumping sambil bekerja. tapi tengok la keadaan nanti. aku standby je. sebab da tahu dah kegilaan kilang aku tahun depan. lepas tu, baru beli pad je. nursing bra belum beli. ingat nak beli kat shopee je. tapi banyak stok dah abis. pastu minyak-minyak belum beli.bengkung pun tak tahu la nak beli ke tidak. aku punya yang lama adik aku pinjam, pastu manaa tah dia letak.

Untuk berpantang kali ni EncikYayang sponsor CL, sebab aku kene pantang sendiri kan..anak-anak sekolah. makanya, rumah pun kene la ubah suai sikit, untuk CL stay..
Tapi tak dela renovation ape tu, cuma lebih kepada susun atur, supaya bilik ke-3 tu ade space sikit..

Sedih Musfira tengok basikal dia tergantung.."nape basikal ibu tak kene gantung?"

Basikal ibu lagi kesian dik. kene sangkut kat luar rumah..huhu

Ampai tuala baby dah ready atas ampai ibu ayah

Basikal-basikal ni patutnya letak kat bawah, lobi rumah. tapi aku sayang nak letak kat situ, nanti kotor berhabuk la apa la..jadinya aku simpan kat bilik ke tiga ni je. disebabkan nanti CL nak stay, dan aku masih tak sampai hati nak letak basikal-basikal ni kat bawah, jadi aku mintak Encik Yayang tolong gantungkan basikal-basikal ni. makanya..jadi la macam gambar di atas. pastu, dah alang-alang Encik Yayang keluarkan drill dia, aku minta dia drillkan sekali ampai tuala untuk baby kat bilik kami. space untuk almari baby pun dah ready. lama aku berpikir, mana la nak letak almari new comer ni. mujur akhirnya ada idea..TQ Allah.

Okla, banyak dah cerita. Next time aku berceloteh lagi ye...bai...Assalamualaikum

Friday, 26 June 2020

Update check up 21 minggu

Assalamualaikum..

Semalam check up 21 minggu dekat KK.
pukul 9 sampai nak cari parking punya la susah.. dah dapat parking, beratur kat luar KK dekat stgh jam..
dah masuk dalam, tunggu sampai pukul 12 baru la dapat masuk jumpa nurse.
aduh lama gila menunggu. memang agak stress la semalam.
mujur da cari kuih karipap, dalam masa menunggu tu, aku ngap 3 ketul kuih. kalau tak, memang berlapar sampai tengahari..cian baby ibu.

masa check tu takde update sangat, berat timbang 57.5kg. padahal masa kt rumah rasa 58.5kg..bole la tu, tak kene marah, kene puji lagi..alhamdulillah

HB tak ambil, glukose nil

then check perut, ketinggian rahim dan dengar degupan jantung baby.

lepas tu jumpa doctor, doc scan perut..katanya baby dah 400g++. besar dah kot kan..

scan kepala, badan dan kaki..alhamdulillah..pembesaran seiring usia..

lepas tu aku minta doktor scan kan jantina. tapi doktor kata tak nampak testikal dia...jadi adakah baby girl? disebabkan tak nampak, doktor pun da nak rehat, dia takdelah gigih nak mencari..

maka sekian saja checkup 21 minggu kita...

jumpe nurse lagi 2 minggu, jumpa doktor lagi 4 minggu..scan lagi..

sekian sahaja...bye. wasalam.

Wednesday, 17 June 2020

Details Scan at week 20

Assalammualaikum...

Eh tibe-tibe tajuk bahasa inggeris ek. haha.. takpe abaikan ye..

Ahad aritu dengan penuh semangat, keyakinan dan keinginan aku booking untuk details scan dekat Klinik Siti. kenapa aku pilih Klinik Siti? Sebab monitor dia besar 40" kot. pastu dia scan dalam keadaan gelap, jadi selesa sikit, xde la rasa malu tayang perut ni kan. heheh. Selain dari tu, tak banyak klinik yang buat detail scan ni. kebanyakan terus buat 3D/4D/5HD.

Kalau masa Maritza dengan Musfira dulu aku tak buat pun detail scan ni, sebab aku tak involve secara direct dengan bahan kimia ni. Tapi pregnant kali ni aku involve dengan beberapa incident gas leak. dan machine-machine baru yang diinstall tu pun aku tak yakin sangat memandangkan banyak rust yang terjadi kat area machine tu. aku pulak full time dok kat situ waktu awal-awal mengandung tu. Mujurla time tu Covid kt Korea tinggi, dan aku antara orang yang direct deal dengan diorg, jadi aku dibekalkan facemask N95. dapatla cover line.hahha..Tapi tu pun tak cukup untuk menyakinkan aku. tu aku gigih gak nak detail scan. Nak tengok sendiri anak aku dalam perut ni ok tak. cukup tak sifat dia.

Disebabkan itu, dengan rase tak sabar nak tahu jantina, makanya pada 14-Jun a.k.a 19w6d aku pegi menjalani detail scan tu. Hasilnya Alhamdulillah, si kecil kami sihat, cukup sifat, organ semua normal. Alhamdulillah syukur sangat.

Apa yang detail scan tu scan? walaupun doktor dah faham kita ni mesti excited nak tau gender kan, tapi dia tetap ikut flow. scan dari kepala sampaila ke kaki.

Masa scan kepala dia tengok size kepala, elok ukur umur kandungan. lepas tu dia scan pulak ada cecair tak dalam otak. ada limit dia cecair tu tak boleh lebih. dia tengok otak tu, elok tak membahagi kiri dan kanan. Then dia tengok kebulatan kepala tu, tak boleh terlalu bulat, tak boleh terlalu bujur. ada spec dia jugak. then dia tgk selaput kepala tu. tak boleh tebal, kalau tebal ada potensi sindrom down.

Lepas dah scan kepala, doktor beralih ke bahagian muka. tengok soket mata, tengok lelangit, tengok hidung dan mulut. nak tengok ada sumbing ke tidak.masa scan bahagian muka ni, mencabar sikit. sebab banyak gangguan. dia dok tutup mata dengan tangan la, tutup mulut la. macam tak bagi orang kacau. nak tido kot.heheh..

lepas tu doktor scan dada dia, jantung dia, pembahagi antara paru-paru dengan perut, gas dalam perut. gas dalam perut ni pun ada limit dia..ibu dok terpikir masa tu, da ada gas ni, mesti da bole kentut kan.huhu..
Masa kat jantung tu doktor tgk saluran dia laluan darah yang beroksigen dengan tak beroksigen. masa ni plak kedudukan baby tak berapa ok, sebab dia breech jadi doktor susah nak tengok laluan darah tu. baby pulak kecik sangat. gigih doktor zoom dgn tolak-tolak, penyek-penyekkan tempat dia, supaya dia beralih. tapi dia still nak duduk situ. ditolak-tolak dengan ditendang-tendang balik probe doktor.hahaha

Habis cek perut, doktor beralih ke tangan dia, nak kira jari dengan ukuran panjang tangan. Ni pun mencabar, alahai. disorokkan tangan belakang kepala.hahah..dah tak pasal-pasal doktor mintak ibu yang mengiring, sebab awak main sorok-sorok. tau tak.dah alang-alang aku yang mengiring, doktor scan tulang belakang dia sampai la ke ekor tulang belakang tu. semua nampak elok dan normal.

Then kebetulan tangan pun bergerak-gerak time tu, doktor captured cepat-cepat dan kira. Alhamdulillah cukup 10 jari tangan. lepas tu doktor beralih ke kaki, sama jugak nak ukur kaki dan bilangan jari. pun mencabar.keje nak menendang.dah ibu kene mengiring ke kanan pulak. dapatla tgk kedudukan kaki tu ada bengkok kedalam ke tidak. jari cukup ke tidak. Syukur dapat jugak akhirnya capture walaupun susah nak dapat angle yang elok.hehe..bole la..janji dpt tengok cukup sifat. syukur sangat dah.

So last sekali baru doktor tengok gendernya...
hmmm..panjang hmm doktor tu.."susah nak nampak la" doktor cakap.padahal posisi budak dah terkangkang da tu."hmmm...rasa-rasa macam girl la...tapi tak jelas ni tak nampak burger sign"
hmmm...lama doktor cari. akhirnya doktor macam yakin dah "saya nampak girl la, dalam report saya letak girl la ye. kalau nak kepastian nanti week 28 ke 30 ke datang scan 3D".
Musfira siap cakap "ala...kita da doa boy dah, kesian ayah takde kawan.kitorang da 3 girl da"hahah

Takpela kami redha je dapat baby girl ke boy ke. Encik Yayang pun dah pesan kat aku supaya terima apa pun keputusan detail scan ni dengan hati terbuka..termasuk jantina anak. Jadi aku macam dah ok jugala mind set. dapat anak perempuan lagi pun syukur yang penting dia sihat, cukup sifat..tu lagi penting.

Balik dari scan, kami terus makan tghari kat kedai makan, sambil gelak-gelak pilih nama anak mula dari huruf "M"
mana tak gelaknya ade ke Encik Yayang propose nama mihunsup. sabo jela..sian anak ibu kan..
takpe-takpe nama reserved dah ada maritza pilih, tapi ibu macam tak berkenan.hehehe
nantila pikir..ada 20minggu la..don't rush.yang penting nama ada maksud yg baik.

Ngam-ngam sejam doktor scan perut aku..kata doktor biasanya paling lama 40minit je, tapi maybe sebab baby terlalu kecik kot. berat baru 300g je. So doktor suggest kalau nk buat detail scan ni dengan hasil yang elok gambar pun cantik buat la antara week 22-24. week 24 paling ideal.. Ibu dah tak leh sabar, sebab next week ibu ada scan kt KK. jadi ibu taknak la surprise sorang-sorang. nak semua tengok sama-sama..ibu ayah kakak-kakak

Nanti kat KK, nak try request la doktor tolong tengokkan gender untuk confirmation. tak sabar nak beli baju baby.hehe

Tu saja update week 20. InsyaAllah week 21, kita update lagi.. semoga berat maintain xnaik. kalau naik, abis kene bebel.huhuh

2 hari ibu istiqamah, makan roti wholemeal, tapi harini ibu cheat day. breakfast nasi lemak paru, tghari mee goreng, ptg lasagna..huhu..
harap-harap esok ibu tak cheat day lagi...

kbai..wasalam









Sunday, 14 June 2020

Check up 19 Minggu

Assalamualaikum..

Khamis lepas (11/Jun/20) tarikh check up dengan nurse kat klinik kesihatan.
sebab just jumpe nurse je, so takde la berapa banyak update. first check urin, ok clear. berat badan naik 2kg balik.dah jadi 57kg. HB drop sikit jadi 11.3 je..

Masa check perut tu, nurse ukur okla rahim sama ukuran dengan minggu mengandung, 19 minggu.
bila time nurse nak dengar degupan jantung, ditendangnya tangan nurse. hehe

setakat aritu, tu jela yang kita check. nurse bagi next appointment date sama dengan tarikh jumpa doktor nanti 25/jun.. so kene berdiet la sikit. seram kene marah ngn nurse ni.hahha

lagipun sebab aku GDM kan, baikla aku insaf sikit sebelum berat baby naik.nanti sendiri yang susah nak push.huhu

hmm..so dah separuh perjalanan dah ni..dah ok ke kalau dah start-start survey untuk baby ke, tempat bersalin ke, lokasi berpantang ke? hehhe
Overkan sampai gitu sekali..sebenarnya aku plan nak bersalin kat sini je kali ni sebabnya maritza dengan musfira sekolah kan..awal-awal aritu memang plan macam dah cantik, tapi sebab PKP, construction semua tergendala, makanya construction hospital kat tempat aku ni pun postpone la..dah jadi handover date around Mac/June 2021.huhu. tak dapat la ibu nak bersalin kat situ. kene la cari hospital lain.

Nak balik hospital ampang tu ok, tapi kalau budak-budak sekolah tu, aku serabut sikit.. tu yang terus masuk list tu tempat untuk bersalin.

so far tu jela update check up 19 minggu..