Tuesday, 17 November 2020

4 November 2020

 Assalamualaikum...

Akhirnya setelah anak berusia 2 minggu, barulah ibu sempat mengupdate blog. alhamdulillah, dapat jugak update ye..

Niat nak update awal, tapi elok discaj je dari hospital, nurse pun datang melawat, petang tu terus kene ke kk, sebab anak dah menunjukkan simptom kuning... dan rutin tu berterusan sampaila ke harini.

Ok, tu nanti cerita lain. post ni kita cerita pengalaman bersalinkan anak ketiga, Mia Afrina..

Petang 3hb, dalam pukul 2.30 macamtu lepas solat zuhur, aku ajak Encik Yayang ke hospital putrajaya untuk menyerah diri..sebab aku ni GDM maka tak dibenarkan overdue. lagi pun aku rasa dah puas aku rasa macam-macam. takde yang teringin dah.

sampai je dekat HPJ, kami terus ke dewan bersalin, confident je aku ke sana, sebab masa mengandungkan maritza dulu memang aku ke sana je untuk cek BSP. sampai kat sana, ada sorang nurse suruh aku buat saringan dekat CAC dulu, sebab tak pernah ada rekod dengan HPJ untuk kandungan kalini. Sampai CAC, diorang suruh aku ke kaunter hasil pulak untuk booking katil. Lepas da booked, kami balik dulu. on the way balik, Encik Yayang belanje kopi starbuck dengan pisang goreng cheese+coklat. 

Sedap-sedap tengah makan, lepas pukul 5 petang dapat panggilan dari HPJ cakap katil dah available. kene datang untuk admit sebelum pukul 7. huhuhu...lepas makan, Encik Yayang hantar aku ke HPJ balik. sebabkan PKPB ni, suami memang tak boleh teman isteri sampai ke ward pun. Encik Yayang pun boleh hantar aku sampai kat guard depan lift je. Dah salam-salam, kami berpisah kat situ. Guard hantar aku ke wad 2B, katil 18.

Malam tu, aku tak plan nak mandi pun sebab dah siap-siap mandi sebelum bertolak. lepas solat magrib dengan isyak, ingat nak tido, sekali doctor round. Doktor inform esok pagi-pagi kene buat Covid test, lepas tu induce.."ha..kene induce ke doktor? tak boleh tunggu bukaan ke?""tak boleh puan, puan ada gdm. kita induce ye esok"

Huhu..dalam berat hati aku angguk jugak. Malam tu masa nak buang air kecil, dah mula keluar show fresh blood. haa..lega sangat, sebab dah 2,3 hari warna coklat-coklat tu keluar, tapi sikit sangat. so bila ada fresh blood ni aku yakin sikit la dah ada bukaan.

Malam tu start dari pukul 10 aku dah mula kene contraction, mild contraction selang sejam. aku kira guna apps.. start pukul 1.30pagi, dah mula kene contraction selang 5minit. dia tak de nak selang stgh jam ke, suku jam ke..terus lompat 5minit sekali. memang aku layankan aje sambil apply teknik bernafas sedut ikut hidung, hembus ikut mulut sambil membayangkan panorama yang menenangkan. masa contraction tak kuat sangat, aku bayang kan sungai yang mengalir..nyaman je rasa. bila contraction yang kuat sampai menggigil tu, aku bayang air terjun dicelah gunung, siap ada pelangi lagi..hahha..

Alhamdulillah contraction aku jenis tak lama.dalam 5minit tu, dia kene seminit je. so aku prepare mental aku, utk seminit je sakit.. aku bertahan je layan contraction tu sampai ke subuh.


ini dia contraction counter aku. aku track diam-diam je,tak inform nurse pun, sebab plan nk duduk dalam labor room sekejap je kan..hihi

Pagi tu, pukul 6, nurse datang untuk cek tekanan darah tapi dia cakap tak dapat bacaan, dia suspect aku tengah contraction. dah kantoi, aku mengaku jela kan. terus dia panggil doktor untuk cek bukaan aku. cek-cek doktor kata dah 6cm, tolak labor room,Nurse tanya nak tunggu covid test tak? doktor kata tak sempat dah. so nurse pun terus suruh aku prepare baju baby untuk bawak masuk labor room.

Sampai dalam lb room, pagi tu aku sorang je dalam tu. diorang suruh aku tukar baju, then baring atas katil utk cek CTG. aku tengok tahap contraction aku masih maintain 1minit dalam selang masa 5minit. ikutkan graf pulak dalam 56% macam tu tahap sakit contraction. tak tinggi sangat. Habis je nurse cek CTG dalam pukul 6.45 pgi tu aku dah mula rase contraction yang agak sakit. Nurse dengan doktor pun ada pesan, kalau sakit sangat dan ade rase nak terberak, inform diorang. dalam pukul 7 macam tu aku rasa tak tahan sangat. tengok mesin CTG tu, tahap contraction aku cecah 78%-81%. aku mintak doktor cek.tapi diorang asyik kata "belum lagi puan" "tahan puan"..adoi aku memang tak boleh tahan dah.aku mintak jugak doktor cek.cek-cek doktor cakap dah full. suruh aku tarik kaki dan teran.

Disebabkan aku ade pengalaman masa musfira dulu, kalini aku insist pasang paddle gak baru aku nak teran.haha...dalam sakit tu, sempat pulak aku nak demand ye. disebabkan pagi tu aku sorang je  dalam labor room tu, 4 orang nurse tolong pasang paddle dengan penarik tangan tu. selesai je pasang, contraction pun datang, aku teran..sebab contraction aku kan pendek je, jadi masa takde contraction tu aku asik curik nafas je. datang contraction yang kedua, aku teran sekuat hati..memang rasa la budak meluncur keluar..fuhh..lega sangat rasa...dua kali teran tepat jam7.17pagi lahir la puteri ketiga kami.

Nurse pun amik baby letak atas dada untuk skin to skin. aku termenung kepenatan, baby pun termenung tak tau penat gak kot. haha..sampai nurse kene cakap kat aku "peluk baby tu puan, pandang baby" nurse takut aku terus meroyan ke apa? haha..padahal nya aku kepenatan,sebab malam sebelum tu aku tak tidur. tak boleh tidur membayangkan kalau takde bukaan aku kene czer ke..pastu malam kejadian pulak penat layan contraction. pastu lapar pulak tu.

abis keluarkan uri, nurse jahit kejap.katanya ada koyak 1st degree je.dalam setengah jam siap dah jahit,nurse suruh aku susukan baby dan inform Encik Yayang untuk datang azankan baby.
Dalam pukul 8.30 mcm tu Encik Yayang sampai nurse amik baby bawak ke luar untuk diazankan. dalam masa yang sama, diorang bagi aku makan..2 cawan milo, sebungkus biskut, 2keping roti dengan scramble egg. banyakkn? sume abis licin aku makan.lapar weh.

Pukul 9, diorg tolak aku masuk wad. Alhamdulillah, pukul 9 tu memang aku dah kuat dah. terkejut wardmate aku tengok aku dah beranak tapi sihat cergas. Alhamdulillah. bersalin kalini Allah permudahkan. aku doa nak duduk dalam lb room setengah jam je, tak nak kene jahit. Allah permudahkan. Tak sampai sejam process bersalin dalam lb room. jahit pun sikit je..syukurla..cuma tulah, dah masuk lb 6cm, mmg tak dapat la nak amik ubat tahan sakit dah. epi pun mula-mula ada nurse offer,tapi aku memang taknak.aku nak ubat tahan sakit je.tapi doktor dah tak bagi.kene la tahan sendiri segala sakit tu. dalam pada PKP ni, husband tak boleh teman, tapi dia teman cara lain..malam tu sama-sama tak tido. aku layan contraction, Encik yayang solat hajat..teman aku yang tgh sakit cara jarak jauh.

Lepas bersalin tu pun sama macam bersalinkan musfira. kaki aku shacking. tah kenapa..maybe sebab sakit tahan contraction kot. sebab masa cek VE tu, bila contraction datang, mmg aku menggigil.
elok lps bersalin. ingat boleh terus discaj, rupanya kene tahan 1 mlm, sbb nak cek darah baby dalam 24jam.takut dia hypo. sbb mak ada gdm,anak ada potensi hypo. alhamdulillah 6hb pagi-pagi, doktor bagitau anak ok, boleh balik dah. Encik yayang pun awal datang, tak sabar nak bawak kami balik rumah. laju je dia sorong kerusi roda sampai dlam ward.hahah..kalini masa azankan Mia pun encik yayang nangis lagi..dia terharu kot, isteri berjuang sorang-sorang kalini..huhu

okla.. nanti ada masa aku cerita pulak macam mana boleh dapat nama Mia Afrina untuk anak ketiga aku ni k..

so ni gambar masa dalam labor room, lps mandi







Monday, 2 November 2020

Check up 39 minggu

 Assalamualaikum...

Jumaat lepas kite ke KKIA lagi check up untuk week 39.

Perubahan dari minggu lepas tak banyak pun. berat pun tak berubah. cuma yang peliknya, nurse kata kepala baby tak turun pun lagi. last week nurse lain cek, katanya dah turun. this week tak turun pulak. ke baby memang boleh turun naik ye? Wallahualam.

Masa check up tu pulak kebetulan doktor masuk bilik nurse, so doktor pun wish la selamat bersalin, doakan semua lancar, then dia suruh pegi hospital 3hb. dia tak bagi pegi 4hb. takut takde katil katanya.

Okla.aku pun ye kan jela.sebabnya pun dah macam tak larat jugak nak berlambat-lambat lagi ni. kalau boleh aku nak beranak arini je. huhuhu

Semalam ade la jugak rasa contraction sikit-sikit. tapi aku tak layan sangat. sebabnye macam tak consistent. pastu pulak kejap-kejap je. jadi aku abaikan jela. semalam pulun masak nasi arab.konon nak bagi banyak bergerak, banyak berdiri. tapi macam takde apa-apa perubahan pun..huhu

Oh, lupe..kelmarin aku dah mula turun tanda coklat-coklat tu. tapi sikit sangat. semalam pun kuar lagi, tapi pun sama..sikit sangat.

Harini, aku ke tesco beli barang basah. balik tu, aku kemas lauk bagai. time nak g solat, nampak ade lagi mukus coklat tu. gitu je la. harapnya esok time aku menyerah diri, bukaan dah besar. dapatla aku dok kejap je kat hospital. pastu boleh balik awal.

Doakan urusan aku melahirkan dipermudahkan ye. doakan aku kejap je dalam labor room tu (setengah jam) je..hehhe

OKla..tu saje. nanti sambung entry lepas bersalin ye..insyaAllah..

wasalam

Monday, 26 October 2020

Check up 38 minggu

 Assalammualaikum...

Hai selamat petang. harini aku cuti, work from home kononnya.. tapi susahla kan wfh ni. anak banyak homework, mak nak buat keje opis, nak masak, nak duduk kat kerusi ni lama-lama pun lenguh jugak.

So aku rasa WFH untuk ibu sarat mengandung ni kurang effective la. Macam last week, masa start PKPB kat selangor ni, aku hantar Maritza dengan Musfira dekat pengasuh. Urusan aku mudahla kan, sebab hantar diorang pagi-pagi, petang amik macam biasa.

Tapi tulah, diorang dok cakap tak dapat makan pagi la, kadang tak dapat makan tengahari la, kesian jugak. Nak-nak Maritza tu, dia tengah fasa membesar, banyak makan. kesian pulak tak dapat makan. Kalau dengan aku pun, aku ada jugak mood malas masak, tapi aku bagi la anak-anak aku ni makan selain nasi. Aku bagi roti ke, kek ke, buah ke. apa-apa la asalkan kenyang perut budak-budak tu.

Disebabkan tu jugak, aku decide anta diorang seminggu jela kat pengasuh tu. Minggu ke dua, mak aku datang rumah aku, tolong jagakan budak-budak ni. dari Rabu sampai Jumaat je. Isnin, Selasa mak aku ada appointment kat hospital, Jadi aku kene WFH la. Rabu Encik Yayang dah balik, dia amik alih pulak la jaga anak-anak sampai lah aku bersalin.

So masa Khamis lepas, check up aku minggu ke 38. Nurse cek-cek, katanya baby dah full engage. kepalanya memang dah masuk penuh. Jantung baby pun around 138 camtu. berat aku pun naik 500g. So total dah jadi 61.5kg.

lepas je check up, balik tu aku beli nasi ayam. untuk makan sama-sama ngan mak dan anak-anak aku. Sekali time balik tu aku rasa sakit sangat kat kelengkang aku. Sakit sampai tak boleh berjalan. Tapi aku gagahkan la jugak berjalan nak balik rumah. sampai rumah, aku makan nasi ayam, minum air kelapa. makan pisang goreng. lepas tu aku balik ofis. Fuhh, memang berpeluh aku nak jalan. sebabnya sakit dia macam ko letak seketul batu kat kelengkang ko, jalan bawak batu tu. jalan kaki rapat ko ngilu, sakit. jalan terkangkang-kangkang dah macam mak peguin pulak kan..malu la pulop. Kalau duduk dia ok, bangun je dari duduk tu, memang tak boleh melangkah.

Mak aku dah risau dah. dia suspek aku nak beranak dah. tapi aku yakin belum lagi. sebabnya takde contraction, or takde tanda apa pun turun lagi. aku yakinkan mak aku, aku sakit sebab baby nak turun lagi tu.

Malam tu pun tak boleh tido, baring pun sakit. fuh..sepanjang mengandung maritza dengan musfira, tak penah pulak aku kene camni. Bangun pagi-pagi tu alhamdulillah, sakit tu makin berkurangan. Makin siang, makin hilang sakit tu. So aku keje je macam biasa jumaat tu.

Malam tu, mak aku balik. dia macam risau jugak nak tinggalkan aku dengan anak-anak. Tapi aku memang confident, takkan beranak dalam masa terdekat. haha..tah mana datang confident tu tah.

Sabtu pagi, aku kene lagi sakit kelengkang tu. pelik gak la..tapi tanda still takde. aku just bagitau Encik Yayang je untuk information dia. Dia dengar camtu, terus dia draf surat merentas negeri.haha.. bagus jugak kan, trigger point untuk Encik Yayang tu.hahhaa

Lepas bagi budak-budak makan pagi, aku mandi, then aku cuba untuk tido balik. sebabnya malam tu pun aku tak tido kene braxton hick tu dari pukul 2.30 pagi sampai 5 pagi. jadi aku pikir nak qada' tido jela. nanti tengahri aku bangunla. dapat la tido dalam sejam setengah. then 11.30pagi bangun bagi budak-budak ni kudap-kudap. Lepas tu aku masak tengahari. masa masak tu, ada gak la rasa sengal kt kelengkang dan pinggul aku. Tapi slowly dia hilang. aku syak dia hilang sebab aku dapat bed rest kot.

Malam tu dan Ahad, aku sihat je seperti biasa. contraction ke ape ke memang takde. ke aku memang dah lupa contraction tu camne? huhu.. Aku baca post aku masa pregnantkan Musfira aku rase mcam waaa..power gile, aku boleh beza contraction tu camne, siap tau istilah mild contraction lagi. awat kali ni macam blur, sume benda tak tau ni?

Lepas ni kalau aku dah tau rasa contraction tu camne, aku kene tulis la. untuk rujukan akan datang.hahaha

So harini camne? harini masa aku nak mandi, ada cecair putih keluar, tapi dia tak melekit macam gam tu (aku baca, banyak orang kata mukus keluar macam gam tanda nak bersalin) tapi aku punya tak pulak macam gam, jadinya aku anggap tu keputihan jela. then aku pakai pad, kot la dpt membezakan ape bende tu nanti ke kan. tapi non hado dah. pagi tadi je kejadian berlaku.

Harini pun elok xde sakit kelengkang. sihat macam biasa. alhamdulillah. rasanya baby tunggu ayah balik kan. Yang maritza musfira asikla tanya, bila ibu nak lahirkan baby? hari sabtu? hari rabu?

Ibu pun dah takde jawapan.

Maritza: "ibu nak lahirkan baby week 38?" " ke 39?" "jangan la week 40. lambat sangat la"

Ibu pun kalau boleh nak awal, tapi ikutkan history melahirkan korang week 40 sampai ibu kene menyerah diri.. tapi kalau boleh, tak mau la tunggu sampai kene serah diri. tak feel la.hahaha

Musfira: "Adik tak sabar nak tengok ibu lahirkan baby.""Tapi adik taknak ibu mati"

Adoi terkedu ibu dik..jangan la doa/cakap yang bukan-bukan ye..korang kecik lagi, banyak lagi tugas ibu dalam nak membesarkan korang.

OKla, tu je update kali ni. Minggu ni checkup hari Jumaat (30-Oct) sebabnya 29-Oct cuti Maulud nabi. ke baby nak lahir 29hb? heheheh..

Lepas je esok, aku dah tak kisah dah bila-bila nak melahirkan. sebabnya insyaAllah Encik Yayang sampai sini dah malam esok...So baby let's meet and greet your sistah bebeh! haha

Bai..wasalam


Monday, 19 October 2020

Kesibukan bulan Oktober

 Assalamualaikum..

Bulan Oktober ni memang bulan sibuk untuk aku ke ape ek. Aku baca post aku yang lepas-lepas masa nak lahirkan maritza, Ok lg.tapi busy nak attend dinner department.haha

Masa Musfira pulak, busy plan nak celebrate birthday Maritza, nak buat aqiqah musfira dan sibuk nak packing barang, sebab nak pindah rumah.

Tahun ni pulak busy lahai, pikir nak anta goodies untuk birthday Maritza dengan Musfira dekat sekolah diorang.

Barang untuk buat goodies sume dah beli 2 ke 3 minggu lepas. ingat nanti 28hb or 30hb nak suruh Encik Yayang gi hantar kat sekolah diorg, sekali dah PKPB ni ape cite? hahahha..mau diorang kene makan sampai lebam segala mak nenek ni nanti. tapi rasanya diorang suke je tu, kene abiskan segala goodies tu nanti.


 tu dia bersusun kat dapo tu. kalau pkpb ni bersambung, rezeki korang la 2 bulan makan bendealah ni time teman ibu berpantang nanti.huhu

Hadiah birthday diorang pun aku tak pikir lagi, asal pikir je jadi ngantuk.hahahha

ok bai..wasalam

Sunday, 18 October 2020

Week 37 Progress

 Assalammualaikum..

Khamis lepas pegi check up perut. jumpe nurse je..macam tu jelah.

cek berat dah jadi 61kg..harap-harap jangan naik lg ye. takut tak larat badan nak bawak je kalau berat-berat ni. HB tak check, urine OK clear. so semua ok je khamis aritu. Nurse pesan gi menyerah diri 3hb kalau takde pape tanda lg. tp doktor kata g penyerah 4hb. so camne ni ek..

Dengan PKPnya ni, runsing aku memikirkan. sebab anak-anak ni camne? kalau diorang sekolah, boleh juga aku bertenang kalau sakit siang hari, sebab nak tunggu Encik Yayang sampai selangor, sempat la dia handle anak-anak petang lepas budak-budak balik sekolah. tapi kalau dari awal diorang ni dengan aku, camne aku nak ke hospital dengan diorang pulak.

Kang ade jugak aku angkut diorang masuk hospital sama-sama kang.hahhaaa

Sekarang pun nak drive macam malas sangat dah rasenya..sebab drive pagi, gap antara perut dengan steering ada 2 jari lagi. tapi petang balik keje, tinggal 1 jari je.. tu yang rase xsyok tu, bila kedepan sikit je dah berlaga perut dengan steering.

Mak abah aku suruh hantar je budak-budak ni ngan diorang. Tapi aku plak rase tak syok. sebabnya budak-budak berdua ni ade homework sekolah bagi. pastu aku dah hire cikgu tuisyen BM dengan Math untuk diorang (RM300/8jam) untuk 2 beradik. pastu kelas piano lagi. jadi macam susah sikit la nak bergerak tempat lain. nanti semua tertunda kan.

Bab telefon 1 hal, kalau kat sini, aku boleh la pantau time diorang main fon tu. malam nak caj fon, pastu pakai wifi rumah je. kang da balik umah mak aku, xde internet, dok bergaduh dua beradik, runsing abah aku nanti. Kalau aku ada sekali takpe la. aku boleh control (baca:marah) diorang kan. time aku takde, mak aku pun tak larat nak marah-marah. diorang dah tua. tak sampai hati lah nak susahkan diorang. takpe lah aku susah sikit janji tak menyusahkan orang.

Baby pun setakat ni takde bagi hint pape lagi.

Encik Yayang pun aku bg rehat dulu minggu ni, sebab minggu aku nak bersalin tu, dia dah kene plan cuti dah nanti. take over jaga anak-anak.

Eh, tajuk progress 37 minggu, isi cite plan nak beranak pulak.hahaha

nampak tak fikiran dan jiwa yang bercelaru sekarang ni? hahhaha

Plan lain aritu, sekali jadi lain pulak kan..

Beria la aku cari van, dah pikir dah 2hb nak ajak encik yayang berjalan mall sampai 10k step supaya 3hb senang nak bersalin. sekali kene terperuk dalam rumah je..1k step pun payah nak dapat camni.

Baru ingat 2hb tu nak ajak encik yayang makan best-best. sekali dah kluster-kluster mall je keluar ni. nampaknya makan masakan sendiri jela nampaknye ye..huhuhu

OK la, aku pun dah takde ape nak cerita. tunggu jela date bersalin ye...

bai, wasalam

Friday, 16 October 2020

Almari baju Baby

 Assalamualaikum..

Sebelum aku terlupa, just nak letak kat sini, almari baju baju untuk baby nanti.

kalau masa Maritza dulu aku beli yang jenis drawer, then bila dia besar sikit, baju dia pindah ke almari lama aku, Musfira pulak guna drawer tu.

Tapi sekarang, kakak-kakak dah ada almari sendiri, aku pun kene pikir almari yang boleh pakai lama ni untuk baby. Sebab mesti ada baju nak gantung-gantung nanti kan.. so aku pun aim la nak beli almari ni


Elok aku tunggu nak beli masa 9.9 haritu kat shopee, da purchase bagai, seller contact aku soh cancel order, sebab dia takde stok dan tak tau bila akan restok..huhu.. dia cakap kalau nak jugak, dia cuma ada yang 2 drawer je. harga kurang dalam RM20 gitu.. hmm..aku taknak. dah alang-alang nak membeli, aku nak yang boleh pakai lama. So aku cancel je la purchase. sementara nak menunggu seller restock tu, aku beli kotak dekat Mr.DIY je


Aku beli kotak ni, then baru boleh start basuh baju-baju baby then store dalam storage box ni. lepas dah susun rasa lega sikit, macam satu keje dah siap. then anytime seller update barang da restock aku beli, then transfer je baju-baju ni dalam drawer dia nanti.

sesampai je almari baby aku, terus Encik Yayang dengan kakak-kakak memasang.. aku? aku pantau jela. perut da beso ka. mana boleh bersila-sila kat bawah tu..hahha..alasan sangat!

💖
lepas da siap, aku lupe pulak nak amik gambarnye..sebab sibuk nak transfer baju baby dalam tu.haha
so tu jela update almari baju untuk adik baby kite..
3 tingkat drawer, yang bahagian atas tu tempat sangkut baju dia nanti. esok-esok dah ade gown boleh la gantung-gantung.. 💓


Sekian saja..Assalamualaikum


 





Thursday, 15 October 2020

Beg Hospital

 Assalamualaikum..

Tiap-tiap kali pregnant pun mesti ada post ni. femes topik ni. bila mula nak mengemas beg, aku refer post masa mengandungkan Maritza, terus teringat..wah banyak betul eh barang aku bawak masa tu. pakai ke semua ek? Lepas tu aku scroll post time mengandungkan Musfira..Mak aih, sikit nau. betul ke ni? tapi masa Musfira memang pun, aku admit petang nak malam dah, tengah malam bersalin esok nya tak sempat lunch aku dah discaj. memang cepat. beg yg satu tu pun memang ngam-ngam je.

Tapi kali ni aku macam confuse balik, berapa hari aku kene stay kat hospital ni, baju baby nak bawak berapa banyak ni? baju aku? baju aku memang aku bawak sepasang jela. sebab kat hospital nanti pakai baju hospital je. Tapi underware, pad nak bawak berapa banyak ni. Last-last aku combinekan post Maritza dan Musfira untuk jadi guideline aku.


Baju budak aku bawak 3 set, untuk labor room dan untuk bermalam 1 malam, 1 set lagi spare je. toiletries untuk baby aku bawak kecik-kecik je, pampers baby aku bawak extra lg 3, mana tau dia memberak ke kan. towel napkin minyak panas wet tisu. tu je untuk baby. untuk yang setiap set baju baby tu lengkap lah dengan baju, mitten booties, bedung, topi, sapu tangan dia dan pampers dalam satu ziplock beg tu.

Untuk barang-barang aku, aku bawak baju 1 set. tudung 2, underwear 2 set, disposal underwear 1 pek, pad 5, stokin 2, minyak herbanika 1, breast pad 3 set. toiletries yang hotel-hotel punye tu, pencuci muka aku beli cetaphil yg kecik tu je.

Lain-lain aku nak tinggal nak masukkan charger, biskut roti sikit, surah Yaasin, air mineral dengan milo/nes 3in1. tu jela kot. Bersalin kalini, takde peneman sebab musim covid kan, jadi aku tengah berpikir-pikir untuk pinjam luggage cabin size mak aku. snang tarik tu je, skarang aku pakai beg balik kampung tu, so far ok je. tapi nanti dah discaj, dengan nak dukung baby lagi, beg lagi..ish seriau jugak tu.. tengokla camne, beg da kemas dah. tapi belum letak dalam kereta. sebab nanti kereta berjemur panas, takut rosak kandungan minyak-minyak aku ngn baby lak nanti.
tengoklah, hujung minggu depan ke start simpan dalam kereta.

So sekian saja update beg hospital aku.. maafla ye, menulis dengan laju, tah pape je rase. tapi nak tulis gak, seronok dibuat baca untuk kemudian hari. tapi tula rasa tak lengkap pulak sebab tulis waktu-waktu camni.. mengejar masa..huhu

Ok bai. Assalamualaikum