Assalamualaikum..
alang-alang dapat update blog, kita update la lebih sikit...
entry ni bukan entry mengutuk ke tak puas ati ke, tapi just nak luahkan betapa nurse dan doktor kawasan kampung ni mendouble standardkan orang-orang kampung..
24hb aritu, aku pergi klinik desa, nak pastikan baby aku ok. tapi nurse sane suruh aku g kk batu 14 sebab sana ada doktor, leh scan-scan. petang tu dalam kul 2.30 aku dengan mak aku pergi kk. kat pintu tulis time rahat hari jumaat dari pukul 12 sampai 2.45ptg. tapi aku sampai pukul 3, nurse sorang pun takde lagi kat tempat masing-masing. doktor pun sama...kalau kat kk presint 3, selalu ontime. sebab diorang hormat masa orang. diorang tahu orang-orang yang berurusan dengan diorang berkerja..
kat kk batu 14 ni, ingat yang datang orang-orang kampung yang tak bekerja kot. jadi ikut suke diorang je nak mula beroperasi pukul berapa...
lepas aku masuk, tunggu, ada nurse duduk kat kauter aku tanya, mana nak letak buku aku, sebab aku datang nak jumpa doktor. dia bagi aku nombor, dan tunggu giliran. sampai giliran aku checkup dengan nurse tiba-tiba ada orang datang dan bertanya. mana nak letak buku anak dia...tengok, nurse kat kaunter tah pegi mana, nurse yang tengah cek aku jugak nak kne entertain orang...nurse tu jawab soalan orang tu, then fill up form untuk orang tu. dah aku termangu-mangu kat situ..hai la...
lepas siap isi borang untuk orang tu, dia isi borang untuk aku cek urine, then borang aku dia masukkan dalam buku orang tu, borang orang tu dia masukkan dalam buku aku...hai la lagi...
aku pun bagitau nurse tu, "silap tu kak, tu bukan buku saya"
"eh, silap pulak." ha la...kalau dah buat dua keje, gitu la...settle kan satu-satu,, aku kene amik no giliran, nape orang tu tak payah amik nombor giliran...kene selaraskan ye kak..
lepas cek urine, aku refer doktor..yang doktor ni kerek gile. aku masuk-masuk, dia tengok buku aku, terus nak marah-marah.
"kenapa awak tak pergi hospital? awak dah overdue"
"saya dah pergi klinik desa pagi tadi, dah cek jantung baby, cuma nak scan pastikan air ketuban cukup, sebab saya macam ada rasa leaking"
"dah tau ada leaking, kene la pergi hospital"
"masalahnya, saya tak pasti apa yang leak tu, jantung baby ok je pagi tadi, sekarang saya datang sebab nak scan"
"ha..baring la situ.scan"
aku pun baring..dia scan..air ketuban dia cakap ok, tapi dia tak bagitau plak berapa bacaan. kalau kat kk presint 3, doktor akan bagitau berapa bacaan, macammana keadaan baby..kedudukan baby..doktor akan share knowledge dengan kami, ibu-ibu mengandung...tapi doktor kk batu 14...hmmm..mungkin dia rasa yang datang ni orang kampung. cakap apa pun mesti tak paham..double standard sungguh!
lepas dah scan aku, dia suruh aku bagi slip pada nurse kat kaunter untuk buat VE check..lepas tu, dia borak-borak dengan doktor lagi sorang..mula-mula cakap BM, bila tang nak mengutuk cakap BI..mak aih...doktor camni? ingat patient tak paham bahasa inggeris ye...sigh!
lepas aku luar dari bilik doktor, aku bagi slip tadi kat nurse kat kaunter, tapi nurse tu boleh tak tau ape benda nak kene buat, dan kat mana bilik nak buat VE tu..ish...teruknye.
dia tanya lagi sorang nurse, nurse tu pulak, macam mamai-mamai baru bangun tido..then dia advice aku g tunggu kat 1 bilik tu.
aku tunggu, tapi takde nurse datang pun. aku pun kuar, dok ngan mak aku..
mak aku pun tak tahan dengan sikap nurse-nurse dan doktor kat kk ni..berlagak macam kami ni pengemis kat tempat diorang.
mak aku selambe je sindir-sindir nurse ni.
agak lama jugak tunggu, doktor keluar dari bilik, then ajak aku masuk bilik yang td tu. lepas tu suruh aku baring..siap-siap untuk buat VE. pada pendapat aku apa lah salahnya assign satu nurse dalam tu, lepas tu mintak nurse tu guide patient, ape nak kene buat, jadi bila doktor datang, patient dah ready. ni tak, doktor datang, aku baru hegeh-hegeh nak buka seluar bagai, lepas tu, doktor pun tak bagi kain kat aku..takkan la aku nak bukak semua depan dia? mak aih..
bila aku tanya baru dia hulurkan selimut kat aku..
then sesi seluk menyeluk pun berlaku... dia seluk, dia kata dah ada show, kenapa tak pergi hospital.
aku dah jadi bengang. kalau ye pun ade show, kat dalam tu, manala aku nampak. show tu tak turun pun kat pantiliner aku.
kebetulan tengah dia seluk, ada nurse masuk, doktor tadi pun tunjuk kat nurse tu..ni show kan?
nurse jawab "bukan"
then dia mintak speculum ke ape tah ek, yg muncung itik tu...dia amik kertas pH, masukkan dalam rahim aku...tengok-tengok takde show. then, doktor cakap," kalau ada show nanti akan ada show darah, bukan air ketuban"...wah...bagus jugak tang ni..share knowledge.
lepas tu, dia suruh aku masuk balik bilik doktor..aku masuk, then dia update "gi hospital ye kalau tak bersalin lagi 28hb"...haaaa...kan dah sama je dengan last update dari kk presint 3. kalau aku main hentam je gi hospital, mesti aku kene suruh balik kan...sebab tu la adanya kk, boleh kami buat saringan kat kk dulu..hospital tu dah sah-sah ramai orang..ape gunanya ada doktor kat kk, kalau semua benda kene refer hospital terus.
last skali aku cuma berharap staf-staf kkia batu 14 hulu langat berubah lah sikap...contohi staf-staf kk presint 3. cakap penuh hormat.tak kisah la tak panggil orang ni "puan" pun...yang penting hormatkan patient..jangan double standard..
Wednesday, 29 October 2014
Tuesday, 28 October 2014
Overdue...week 41
Assalamualaikum...
harini dah masuk hari ke 6 overdue..kenapa baby ibu taknak kuar-kuar lagi ni? hmmm...syok dok dalam perut ibu ye. kalau tak besar sgt ibu tak risau. tapi kalau membesar-membesar dan membesar itu ibu risau...huhuuh
kalau nak ikut-ikutkan dah macam-macam tanda jugak keluar..tapi disebabkan contraction terlalu lah mild, maka aku tak bercadang nak ke hospital.
contoh macam lendir bercampur warna coklat tu, aku dah alami 4hari. contraction selang sehari..then perut dah turun, perut dah ringan, selera makan dah berkurang..(tu semua tanda ke?hehhe)
harini aku rasa lagi mild contraction, dan harini jugak aku kene serah diri kat hospital. tengok apa kata doktor..
aku sebenarnya teringin nak rasa sakit-sakit macam orang nak bersalin tu, air ketuban pecah ke...hehe
masa maritza pun aku kene serah diri..yang kali ni pun aku nak kene serah diri..
tapi aku rasa, firasat aku la...jalan macam dah buka jugak ni, harap-harap sampai hospital, bila buat VE nanti tengok-tengok dah 5-6cm..hehe...boleh tak?
malas la nak kene dok hospital lama-lama. aku kesian kat maritza nanti. dia tak biasa takde aku....aku pun tak biasa takde dia. kami tak pernah pisah tempat tido..huuhu
dan lagi, peracangan aku nak buat kenduri aqiqah baby dan besday maritza ujung minggu ni.
kalau pikirkan benda ni, aku jadi serabut sikit. sebab aku plan lain, jadinya lain...sobsobsob..
ape-ape pun aku redha...sebaik-baik perancang adalah rancangan Allah. aku tawakal je..

Tuesday, 21 October 2014
Check up 40 minggu
Assalamualaikum...
hai...arini aku g checkup ke 40 minggu. walaupun baru 39w6d..lagi 1 hari nak 40 minggu kan..
checkup pun tak berapa nak best arini. sebab esok kan public holiday, ramai plak orang datang arini. aku yang patut kul 10 ni dah jadi kul 12 baru dapat jumpe nurse. kul 1 baru dapat jumpa doktor...
penat menunggu..
ok, pendekkan cerita. sebenarnya semalam aku dah rasa mild contraction..lama la jugak. dari tengah malam, aku da start sakit sikit-sikit. tido pun tak lena. bangun pagi pun ada rasa sakit, sampai opis, masa kat walk way pun jap-jap sakit. tapi tak kuat dan tak konsistan. kadang kerap kadang gap lama dekat sejam...sampai-sampai kantin, nak breakfast, member-member cakap muka aku pucat. ye aku mengaku arini ada rasa sakit. semua dok pulun suruh aku balik...
tapi tak boleh, banyak keje lagi aku nak selesaikan..
rase mild contraction berterusan sampaila waktu balik. balik, husband aku amik, then aku ajak dia makan kat kedai adik ipar...dalam kereta pun dok sakit. sampai sana, jalan berlekuk-lekuk..rase mcam nak bersalin dalam kete dah..haha...
jumpa mak aku, dia cakap muka aku nampak sembab. perut dah turun sangat...
yeke? bestnyeeee....nak bersalin dah..yeyeye...
balik dari makan, aku mandi, siap-siap. ingat nak rehat-rehat tengok tv, tapi contraction makin kuat pulak. nak duduk pun sakit. nak jalan pun sakit..
aku pun bincang-bincang dengan suami.."ni kalau nak gi hospital malam ni maritza macam mana? " aku tanya...
" kita bawaklah g hospital skali"
"tapi kalau bawak, nanti abang tak boleh masuk labour room"
diam...dua-dua buntu...
"harap-harap malam ni ok, kalau sakit pun sambung esok, so kita boleh gi hospital pagi esok..kan" aku berdoa...
lepas tu aku decide baring dalam bilik..baring-baring sampai pukul 11 lebih, tiba-tiba ehhh...contraction hilang.
hilang terus!
wah..anak mendengar kata..terima kasih anak ibu :)
so malam tadi aku tido lena..suami jaga maritza, aku tido peluk bantal..bestnye.
pagi ni bila bangun tido pun rasa tak ada contraction..wah...biar betul. confuse aku..contraction hilang terus?..hmm..so sebab tak sakit, kita g keje lagi..
pukul 10 suami amik aku, pergi checkup...tunggu sampai pukul 12, nurse panggil masuk..
timbang berat: 58.3kg
HB aku tak tengok plak berapa tadi, tp nurse tulis dengan pen hitam..maksudnya ok la kan
tekanan semua ok...
bila tang komen, merah! sebab aku cerita pasal mild contraction aku..
terus diorang kelam kabut
"kenapa puan tak pergi hospital"
"anak kedua tak sama dengan anak pertama puan...nanti takut terberanak kat rumah"
"saya dulu mild jugak, alih-alih dah 4cm tau puan"
macam-macam la lagi.. lepas tu suruh aku baring...
baby dah memang engage, jantung 132, then dia check contraction aku..dekat 15minit kot cek contraction...
"takde pulak contraction ye puan"
haaa....kan aku da bagitau, arini memang aku takde contraction langsung..kalau g hospital mesti dah kene halau balik dah..huhuhu..
so, nurse refer aku pada doktor... jumpa doktor, doktor scan...anak dah 3.4kg..huhu...dah sama berat dengan maritza masa maritza lahir..wah besaqnye anak ibu...jangan besar sangat sayang ye...takut ibu.
doktor nasihatkan 28hb serah diri kat hospital kalau-kalau tak bersalin lagi..
dan doktor anggarkan kalau bersalin 28hb tu berat baby boleh cecah 3.6kg
amboiii...besarnye..huhu..seriau
balik, husband jemput, gi makan same-same..terus aku cakap, taknak dah makan manis-manis..nanti anak besarrrr...uwaaaa
padahal pagi td seketul fererro dah selamat aku telan...
doakan lah urusan aku nak bersalin dipermudahkan ye kawan-kawan.
aku harap tak malam ni, esok keluar la anak aku...
anak ibu...pls keluar awal sikit ye sayang. semua dah settle, arini ari last ibu bekerja...jom kite jumpe malam ni nak?
hehehe...
sekian..

Friday, 17 October 2014
Anak pembawa rezeki
Assalamualaikum..
tajuk harini bukan la baru aku nak sedar yang anak ni pembawa rezeki. tapi lebih kepada nak ingatkan rezeki apa yang budak-budak berdua ni dah bawak pada kami...
alhmdulillah, syukur sangat.
masa maritza dulu, aku bunting pelamin, lepas kawin je terus pregnant. dan company aku ada increment bulan 4, masa bulan 4 tu aku dapat increment 20% dari gaji aku..ye mamang gaji aku sebelum ni kecik je, jadi bila increment, takdela nampak banyak sangat, tapi alhamdulillah..sangat-sangat membantu. dan dengan gaji yang meningkat tu jugak, aku tingkatkan elaun bulanan mak ayah aku..alhamdulillah..
dan lepas gaji aku naik, suami aku pulak dapat surat adjustment gaji dia jugak...alhamdulillah...lebih kurang 15% jugak naik..alhamdulillah kan...betul-betul pembawa rezeki duit maritza ni tau..
so boleh la kami membeli barang-barang rumah, penuhkan rumah kami tu...sekarang alhamdulillah dah lengkap rumah tu. takde apa nak kene tambah lagi..cuma sikit-sikit tu biasa la napsu kami je nak menambah-nambah..hehe
masa pregnantkan sikecik dalam perut ni pulak, kami dapat rezeki rumah..bukan sebiji. tapi 2biji rumah kami dapat..alhamdulillah...
sebelum ni punyalah kami mencari-cari rumah..seluruh pelusuk selangor dan perak kami carik tau.
sampaikan dah nak beli rumah kat perak. tiba-tiba tak jadi..tak ingat kenapa. lepas tu dah bayar deposit beli umah apartment kawasan kami ni,. pun tiba-tiba tak jadi.
then kami apply rumah mampu milik..lama betul dari bulan 2 kot apply..diam je..
masa pregnant 2 ke 3 bulan, kami nampak iklan dalam mudah kawasan baru bukak kat salak,
so terus pegi sana, tengok rumah, terus booking. bayar RM5k, lepastu proceed buat dokumen semua, bayar balance 5%, sebab dapat 5% rebat. apply loan..tung tang tung tang..sekarang tengah tunggu kunci.
dalam masa yang sama last month aku dapat email mengatakan permohonan aku untuk rumah mampu milik kat cyberjaya berjaya... aku dah pening dah, sebab rumah tu syarat-syarat dia mesti pembeli pertama.means yang tak de rumah lagila..so mula-mula kami suami isteri decide macam nak lepaskan je rumah tu..huhu...sedihkan.
sekali minggu lepas, nama suami pulak layak untuk rumah tu...kami terus berdesup nak cabut undi. pastu berita malang lagi, rumah yang harganya RM200k dah abis, tinggal RM280k je.
kami berkeras nak umah 200k je, kalau takde, kami nak tarik diri je..sebab tau, komitmen kami tahap mana kan...
so dia cek-cek ada 1 unit lagi, terus bayar deposit RM3k. then minggu ni sibuk apply loan untuk rumah cyber..
alhamdulillah, rezeki anak-anak..sorang naikkan gaji ibu ayah, sorang lagi sediakan rumah untuk ibu ayah.. syukur yaAllah..

Thursday, 16 October 2014
Bila nak start cuti?
Assalamualaikum....
haa...sebagai orang yang menunggu hari nak bersalin, mesti pening kan..bila la patut aku start cuti ni ek?
orang keliling dah asik tanya, "bile nak cuti?"
serius tak de plan. aku kalau boleh nak tunggu sampai bersalin je..
bawak semua cuti ke depan..hehe
kalau ikutkan plan aku, aku start cuti 22Oct2014, so dua bulan cuti, naik keje 22Dec2014, tapi sebab aku ada cuti lagi..gunakan cuti-cuti tu sampai la ke tahun depan 5Jan2015 baru aku menjejakkan kaki semula ke opis ni.lepas dah gune cuti sampai tahun depan aku cuma ada balance 8hari je cuti untuk dicarry forward.
cuti carry forward penting ye..tambah-tambah lagi aku dah beranak dua..
nak kene standby je cuti untuk benda-benda berkaitan anak. hantar anak cucuk ke, anak meragam kat nursery ke, anak tak sihat ke..time ape-ape la yang perlu nak kene ada extra leave ni..taknak lah amik unpaid leave kan...
so, berbalik pada tajuk. kalau nak amik cuti minggu ni pun dah boleh actually. cuma aku dapat rasakan..mesti boring dok rumah, tak buat apa-apa. nak masak malas dah nak beli barang-barang dapur. nak clearkan lagi ada lah..haha
nak kemas rumah, buat keje lebih-lebih pastu aku sakit badan..lagi la tak syok nak sakit-sakit badan kan..
nak buat ape?..lepak je dengan maritza? cian budak tu. ilang arah nanti..silap-silap aku asik ngajak dia tido je..haha..
so back to the original plan..tunggu je la masanya untuk bersalin, baru cuti..hehe

Wednesday, 15 October 2014
Checkup 39minggu
Assalamualaikum....
ai..alahai..malas nye aku nak mengupdate checkup ujung-ujung ni kawan-kawan oi..
sebabnye dah tak banyak beza pun dengan last week.
letih nak menghitung ari ni..hehe
keje masih keje macam biasa..tanda-tanda belum ada..barang dah ready sokmo..
semalam checkup berat aku dah 58.2kg..amboi-amboi kemain naik lagi ye. makan memang tak ingat dunia. semua nak makan...macam lah pantang tu lama sangat, semua aku nak makan.
kelmarin aku demam, berjangkit dari maritza, so bile jumpe nurse, dia refer aku ke doktor. bahaya demam ujung-ujung kehamilan ni ye. takut suhu naik mendadak, baby dalam perut pun boleh demam sekali, then dia akan lemah, tak buat contraction..so lepas jumpa doktor, doktor bagi aku rehat a.k.a mc..
balik check up, tido ajelah aku...hehhe..
rase dah lama dah tido, tapi malam tetap ngntuk jugak...letih bebenor agaknye badan aku ni..
semalam masa tunggu giliran aku, tiba-tiba ada sorang kakak ni, bawak anak dia..pastu jap-jap dia panggil anak dia..mula-mula aku dengar macam marissa. so aku abaikan je la..lama-lama aku dengar dia panggil maritza...what? sama nama dengan maritza? macam tak percaya.
tapi tu lah, kita ingatkan dah unik dah. mesti takde orang yang sama..alih-alih same gak kan...
ke akak tu pembaca blog aku?
hehhee..
hhmmm..apa lagi nak update ye?
oh ye, kawan-kawan yang sepatutnya due awal dari aku semua dah selamat bersalin.
maknanya sekarang memang turn aku la pulak.
nak doakan cepat bersalin ke tak ek? kikikiki...
sebabnya rasa macam nak bersalin awal..weekend ni ke, tapi minggu depan nak kene amik hadiah plak..sebab aku ada menang contest spot the different kat opis aku ni..hehhee
boleh tak, nak postpone beranak sebab nak hadiah? kekkee
lain? hmmm..nak kene study balik perlu tak kita mandi wiladah lepas bersalin tu.. sebab rasa mcam pernah baca, tak perlu mandi wiladah pun takpe..nanti mandi untuk nifas je..
tapi tak pe, masih ada masa..so cari dulu info.
mood aku sekarang mood nak handover keje je..dah tak larat dah nak berkejar sane sini buat keje. nak rehat....tak sabar nyeeee...
eh, apasal aku buat entry laju-laju ni?
sebab dah ujung-ujung ni serius malas dah nak update.. tapi cuma nak kene bagitau je, yang aku belum bersalin lagi..so esok-esok kalau aku lupe, leh la aku refer balik blog aku ni..
hhehee...ok, kalau dah bersalin , insyaAllah aku update ye.
kalau tak, macam takde cite dah untuk checkup ke 40minggu..huhuhu..
sekian...bye, assalamualaikum..

Subscribe to:
Posts (Atom)