Friday, 12 October 2018

Selera anak-anak

Assalammualaikum..
Lame dah sebenarnye buat benda ni dgn anak-anak..saje bagi diorg seronok makan..hahha
sate spageti ke? sebelum masak, sesuai la panggil sate, lepas masak tak de rupe sate dah. kihkih
*warna cerah faktor lampu tu*


Thursday, 11 October 2018

Almari Baju Anak-Anak

Assalammualaikum...
hai hai.. sorry lama tak mengupdate blog. kehidupan fulltime bekerja tanpa belajar lagi sibuk rupenye, beberapa bulan yang lepas.. tapi actually kehidupan sebagai ibu masih lagi berjalan lancar. banyak jugak aktiviti dengan budak-budak berdua tu. salah satunya kita dok mengemas lemari baju diorang tu. biasa la budak-budak kan, mana boleh kekal lama almari berkemas. kejap je.. bila dia pilih baju, mulala baju bersepah. pening gak aku dengan encik yayang pikir, camne la nak bagi baju diorang ni kekal kemas. bukanlah  nak kemas bebenor pun, tapi at least takde la serabut mata memandang. selain dari kemas, memudahkan untuk diorang ambil baju diorang sendiri jugak. takde la asyik-asyik panggil ibu/ayah amikkan baju. asyik-asyik tak jumpa baju. asyik-asyik pakai baju yang sama.. jadi tak silap aku masa puasa ke masa raya haritu, kami nekad selesaikan masalah lemari baju anak-anak ni.
Apa yang kami buat? jeng jeng jeng.... nak ikut konsep konmari macam tak sesuai. sebab lemari baju budak-budak ni tak berlaci. plus, aku pun tak rajin sangat nak menengok video konmari tu lama-lama. makanya terhasil lah konmarimari cara aku sendiri..
korang jangan pening ek tengok lemari sebelum kemas tu.hehehe
sebelum kemas..tengok yg berterabur tu...pening mak oi..

After...kemas la sikit kan..hihi

Almari kemas, anak-anak pun senang nak amik baju diorang. caranya kami hanya gunakan rak kasut dalam almari tu, then susun ikut kategori baju.. untuk underwaer, tudung, stokin, kita guna rak lain.kalau tak serabut gak anak-anak nak mencari baju sendiri...kan? kan?
Tapi...walaupun dah buat kaedah macam ni, aku still gak monitor and kena selalu gak apply 5s konsep. baju-baju lama, baju-baju kecik, baju-baju yang macam anak tak pakai-pakai tu, kite sisihkan aja.. kurangkan bilangan baju, lagi senang anak-anak nak maintain kekemasan baju diorang..
sekian cerita lemari baju anak-anak.hehhee

Saturday, 21 April 2018

Meniru aksi Stylist

Assalamualaikum..
sejak seminggu sebelum sukan haritu, maritza asyik bising-bising nak potong rambut. dia dah rimas kot rambut panjang sangat..
aku sebenarnya sayang la rambut budak-budak ni. aku suka diorang berambut panjang. tapi tula, encik yayang pun suka lagi kalau budak-budak ni berambut pendek. nampak kemas kot..tapi tak dapat la nak bervariasi ikat rambut lagi.huhu
so lepas dari sukan sekolah tu, kami pun ke kedai untuk potong rambut anak-anak...
masa maritza potong rambut, musfira tengok je. masa musfira potong rambut, maritza pulak tengok.
last-last..balik rumah, malam tu.. diorang pulak jadi tukang gunting rambut.hahahah..tapi masa maritza jadi stylist aku tak sempat nak snap gambar. kikikiki

Seronok sangat dia, akhirnya ibu kene dengar cakap dia

Nak uruskan rambut dia memang satu cabaran,sebab kepala dia tak reti duduk diam

Musfira tenung je kakak dia..masa ni aku tak paham lagi kenapa dia fokus sangat

Masa potong rambut dia, dia pun dok tengok je cermin tu

kedai ni sediakan tab, pastu dia bukak cerita kartun.

balik rumah....haa dia pulak jadi tukang gunting rambut.hahahha

patut la dok fokus je, rupanyya dia tiru sebijik gaya stylist tu.hahaha

akhirnya barula aku paham..dia fokus kenapa.dalam kepala dah ada plan nak beraktiviti.haha

Friday, 20 April 2018

Hari Sukan Sekolah

Assalamualaikum..
wah bulan ni banyak update ye dari blog aku..hehe. di kesempatan yang ada ni, kite gunakan sepenuhnya..
tapi arini macam tak banyak nak carita..nak letak gambar je banyak sikit bersempena dengan sukan sekolah maritza 15hb lepas.. dia masuk acara perbarisan, wakil daripada 125 orang pelajar pra. dan dia jugak masuk acara sukaneka. rumah kuning. dapat pingat emas ye. semangat sangat dia dapat gold medal. keje dia dok pakai tu je. sampaikan dah malam nak teman ayah gi cuci kereta pun dia sarung jugak medal dia tu. balik rumah, dia gantung elok-elok dalam almari baju dia..hhehehe
sampai awal, duduk berehat dulu..berkumpul ramai-ramai

Acara perbarisan. wakil pra

fokus sangat berkawad.haha

ibu panggil nama baru nak pandang

cuaca dah mula panas

kene berbaris nak tunggu perasmian majlis

rumah merah dengan rumah biru.rumah hijau ngn kuning aku lupe nak snap.haha

kite teman kakak dulu k. next 2 weeks, kakak pulak teman adik k

maritza dengan aksi terbang dia

fokus maritza, fokus!

dah ada bau gold medal dah ni

dah panas, nak balik. tapi kene tunggu giliran

akhirnya cikgu sebut pun nama saya...hehhe

dengan bangganya...pingat emas dalam genggaman

nak kuar malam tu pun nak sarung gak pingat dia..alahai
















Thursday, 19 April 2018

Sewa Costum

Assalamualaikum...
Selingan lagi..minggu lepas maritza demam. kami bawak ke klinik..sekali nampak pulak pamplet ni.. so bole la simpan sini..kot-kot ada aktiviti nak bercostum ke budak-budak ni nanti kan..tak pun ibu ade dinner nak kene melaram ke?
kikiki..berangan je..haha

Wednesday, 18 April 2018

Hari Murah Rereki

Assalammualaikum..
cerita ni dah lama dah berlaku.. bulan lepas. tapi alang-alang nak bercerita..kita recall segala cerita lama..kikiki
bulan lepas kan ada tayangan Didi kat panggung-panggung wayang semua.. family friendly lagi. tapi kami tak pergi tengok pun cerita tu. rasa macam kalau setakat dengar lagu, kat youtube tu pun boleh dengar..hehe.tapi tak tau la kalau tengok wayang feel dia lain ke kan..
Actually bukan lah nak tengok sangat, tapi sebab aku ada 3 tiket free tgv. 2 akan expired hujung bulan 3, satu lagi expired bulan 6. so dari biar kan expired gitu saje, ada baiknya kami tengok. panggung wayang pun tak sampai 15 minit je dari rumah.
Amik tiket kul 11 pagi, kul 10.45 keluar rumah. pagi sempat jogging, main badminton, keluar makan, basuh kasut sekolah, then baru bersiap gi wayang.haha.eksyen tak? kikiki
kami tengok cerita peter rabbit..best jugak cerita tu. ibu ayah anak-anak semua bleh layan.
then rezeki lagi dapat pop corn ngn soft drink free. so bagi anak-anak jela. diorang suke sangat pop corn tu.
lepas dah keluar panggung, ada pulak Didi's activity untuk kanak-kanak. kami bagi jela maritza dengan musfira main..free je pun. aktiviti pun not bad. susun blok, kenatics sand tu, then coloring..
nampak diorang enjoy main dari satu mainan ke satu mainan. dari orang ramai, sampai tinggal diorang berdua je.hihihi.
lepas main, kami pegi makan. dalam shopping tu jugak. best tempat tu, makanan dia portion besar, aiskrim free, indoor games pun free. rezeki kan..masa main tu maritza dapat pulak patung free..wah...syok bangat ni. kalau la hari-hari camni kan best! hehe

bestt..ramai budak-budak

Eh, mana semua orang ni??

Cantik tak kite kaler?

Comel tak saya kaler?

Tuesday, 17 April 2018

Selingan je

Assalamualaikum..
hai hai..hari-hari update cerita anak-anak je. harini kita share cerita ibu dia pulak..
hahhaha.. takde apa sangat, cume nak share aritu buat ayam grill ni haa...bestla..teringat ni rase terliur balik. nak buat lagi la esok-esok.



First trial, tak de aluminium foil, tp dah geram nak buat, so layankan aja...sedap..garing

Hasil berbudi pada tanah...banyak dapat. ada daun limau, daun kari, serai dan daun pandan