Friday, 4 July 2014

MyDear sale

Assalamualaikum...
sekarang tengah mydear sale sampai 9hb nanti.. aritu aku dah pegi sane. berdua dengan maritza..balik balik dari keje, amik maritza, terus gi mydear sale tu..
target macam nak tengok babycot la konon.. tapi cot yang paling murah pun RM247..tu cot sahaja. belum masuk tilam dia..dan saiz cot tu pun kecik je..tak confident aku nak letakkan maritza tido malam dalam tu. buatnya dia berdiri..huhu...seriau!
then kawan-kawan aku pun ada pesan tolong tengok-tengokkan barang untuk baby-baby diorang.
ada yang minta tengokkan playpen. ada yg minta tengokkan side by side stroller..
Aku tengok-tengok playpen yang murah pun dapat diskaun RM10 je..macam tak berbaloi je..kata warehouse sale..buat la betul-betul murah. ni setakat kurang RM10 baik tunggu sogo member sale.hehe
stroller pun same. dia tak keluarkan pun stok stroller side by side. stroller depan belakang je ade.
di sebabkan stroller yang kawan aku pesan tu takde, maka aku pun tak tengok la benda-benda lain...malas haih. dengan anak yang excited nak berlari sana sini, dengan perut. baik la aku datang lain kali dengan suami aku kalau ade plan nak ronda abis satu gedung dia tu..huhu
target esok nak pegi tengok babycot kat kedai preloved dulu..mana la tau dapat cot yang murah dan cantik kan..
macam high chair maritza.aku beli kat kedai preloved je. murah, RM20. masih cantik dan berguna sampai sekarang..kira ok la kan..
godek-godek takde plak gambar yang semenggah..ni gambar mase dia kecik-kecik lagi.. :)
sekian, :)

Persediaan untuk tidak diepisiotomi

Assalamualaikum....
Hai, rajin tak aku update blog? hehhe..semangat dibulan puasa ni...kekeke

Ok, untuk bersalin kali kedua ni aku mengharapkan aku tidak diepisiotomi..ape bendealah episiotomi ni? episiotomi ni ialah digunting perineum kita masa nak melahirkan anak tu. kenapa aku nak elakkan?
sebabnya aku ada pengalaman ngeri dengan episiotomi ni..masa melahirkan maritza..ok, memang tak sakit pun waktu digunting tu..waktu jahit pun sakit sikit jela..jahitan pun takat tiga jahitan je..
tapi nak menjaga jahitan tu masalah buat aku.
aku memang agak lasak..tapi masa jahitan aku terbukak tu, aku tak buat benda lasak pun. aku cuma bangun dari kerusi rotan yang membulat kebawah sambil mendukung maritza..alih-alih..prrraapppp! aku dengar bunyi benang aku terputus..ngeri wooo...
esoknya luka episiotomi aku bengkak..dan aku sakit. even nak duduk pun tak boleh tau masa tu,
aku kene duduk pakai pelampung...nak baring pun sakit, jalan sakit..dah tempoh untuk baik sangat la lama. dah 2 bulan pun aku masih rasa ngilu-ngilu..terutama kalau time berjalan laju-laju..
orang kata, kalau jahitan terbuka kita kena pegi hospital balik, untuk dijahit balik..tapi aku memang tak sanggup la nak kene jahit idup-idup..
jadinya, aku dok la sapu minyak gamat. nak minum pati ikan haruan tu, aku tak boleh nak telan plak..tu yang jadinya lambat baik tu..seriau kan..? jadi kali ni, aku berharap tidak digunting...huhuhu..
boleh ke? boleh! kawan opis aku ade yang tak kene gunting. sebab jarak kehamilan selang setahun je..huhu..
InsyaAllah aku pun boleh! yakin! sebab jarak kelahiran aku 2 tahun je...hehe..
lagi? ape yang boleh membantu? minum VCO dan buat urutan perineum. insyaAllah lepas raya ni aku nak mula amalkan.
lagi? latihat kagel...ni mmg pentingla kan..dah boleh start ni.buat je bila-bila free..(harap-harap aku pun rajin buat benda ni..selalu lupe..haih!)
lagi? senaman yang macam merangkak tu..aku lupe..heheh..nanti la aku google balik ek.
lagi? setakat ni, tu je yang aku tau. kalau aku ade info tambahan aku update later ek...selebihnye tawakal, dan jangan angkut punggung masa dalam LR nanti..sekian saje....

Khabar baik dari babysitter lama

Assalamualaikum..
pagi pagi ni rasa rindu pulak dekat maritza..hehe..
pagi tadi dia lembik-lembik lagi dah kene angkat. mata pun tak larat nak bukak.. geram betul. tapi nak naik motor ngan ayah jugak..

semalam dapat khabar berita yang agak baik dari kak izan..babysitter lama maritza..
dia cakap macam nak jadi babysitter balik next year...InsyaAllah.
rasa seronok pulak..
bukan nak kata babysitter sekarang, Iza tu tak bagus. tapi dah pernah anta maritza masa baby kat kak izan kan..jadi macam lebih confident kak izan jaga adik maritza nanti..
tapi tu la, kak izan pun kata apa-apa dia akan update bulan 12 ni, lepas dia pun habis pantang...:)

so, keputusannya masih belum ada...

Thursday, 3 July 2014

Berguna ke baby cot?

Assalamualaikum...
sejak-sejak perut dah besar ni, aku mula memikirkan susunan tido untuk aku anak beranak nanti..
yela, nanti dah berempat, takkan nak bersesak-sesak atas tilam bersaiz 'permaisuri' tu kan..hehe..
jadinya, plan aku macam nak beli baby cot. nak ajar maritza tido dalam tu sementara adiknya belum lahir ni..
sekarang, maritza dah boleh fully minum susu botol..cuma time nak tido je dia nak ngempeng, buat lali-lali mata, lepas dah tido, dia ok je minum susu botol. jadi aku macam plan nak ajar dia tido asing la..tido dalam cot. kalau aku bg katil, kang dia jatuh plak..maklum la..budak kecik lagi kan..tido pun bole tahan lasak...sedar-sedar dah kat atas kepala la..kat kaki la..jadinya aku taknak amik risiko dia terjatuh katil..lagi pulak saiz bilik aku ni kecik je, memang tak muat la nak sumbat lagi satu katil bujang tu..
lagi pun aku plan nak bawak babycot tu balik kampung masa aku bersalin nanti.. siang-siang aku nak letak baby dalam tu. malam, maritza pulak tido dalam tu, ok tak?
sebab aku tengok maritza ni memang suke main ngn baby..tak sabar nak jadi kakak. dia nak cuit la, nak ayun buai baby la..memang seriau aku kalau letak anak kecik golek-golek kat bawah camtu je. takut kene kerumun ngan anak-anak sedara aku lagi..budak-budak tu pun geram kat baby. macam masa berpantang time maritza dulu, puas aku cakap ngn diorang, tak yah pegang-pegang...tengok aje..tapi ade je jugak tangan nak mencuit la, mencubit la..dan meng macam-macam lagi..
so kalau letak dalam cot, mungkin boleh membantu aku atasi masalah ni kot..hmmm
sedang dipikir-pikirkan rasionalnya aku beli dan pakai baby cot ni..
mula-mula aku plan macam nak pakai playpan je, sebab bila dah tak guna, kita boleh lipat simpan playpan tu.takde la makan ruang kan.. tapi aku pikir balik, playpan ni tak boleh adjust level dia, sebab siang aku nak letak baby, bole la aku letak level yang tinggi tu. nanti malam kalau maritza nak tido, boleh la aku turunkan level dia tu.takde la dia panjat-panjat..ye tak? lepastu kalau playpan ni, handle dia tak boleh bukak, kotla aku nak attached dengan katil aku nanti-nanti kan...
hmmm...
sape ade idea yang boleh membantu aku? jom share.. :)

Wednesday, 2 July 2014

Sudah 6bulan Mengandung!

Assalamualaikum.....
wah...lamanya tak update blog akibat kebizian di kedua-dua tempat keje dan rumah...
kat ofis, tengah ada projek besar-besaran..insyaAllah dah nak siap harini keje hookup menghookup aku. lepas ni boleh fokus kat dokumentation je...
kat rumah pulak, memang la bz..anak kecik yang dah nak kene jadi budak besar tu tengah ligat membesar, maka kene bagi lebih tumpuan kat dia..
kalau kita dok ralit buat keje lain, tak hiraukan dia, alamatnya dia mula la buat macam-macam hal..
kadang yang buat kita geram, kadang buat kita nak ketawa, kadang nak marah..semua ada la...
apa-apa pun kene bersabar je la..orang cakap budak nak dapat adik memang camtu kan...

Ha...berbalik pada tajuk, rupa-rupanya aku dah mengandung 24minggu....kejap je kan..hehhe...
Alhamdulillah dipermudahkan urusan.
update kesihatan setakat ni Alhamdulillah...semuanya masih normal.
normal tak normal, buku dah ada sticker hijau gak...sob sob sob.
sebabnya, history gdm, mengandung kurang dari 2 tahun dan tak ada last period date...huhu..
takpela dah nak kene tampal sticker hijau, ape boleh buat ek...hehe

ok, perbezaan mengandung kali ni dengan masa mengandungkan Maritza dulu...
masa maritza dulu, walau dah 6,7,8,9 bulan aku rasa aku masih bertenanga..tapi yang ni aku macam cepat letih sikit..kalau kene jalan satu FAB ni pun aku dah rasa letih...sob sob..dah tua kot.
masa maritza dulu, kalau 6 bulan camni, perut masih kecik lagi..tak nampak lg.8 bulan baru nmpak..tapi kali ni dah besar macam 8bulan dah..hahaha
masa maritza dulu, aku takde selsema-selsema ni..tapi kali ni, pantang sejuk sikit, terus selsema la, hidung tersumbat la..agak sensitif sistem pernafasan aku kali ni.
kalau masa maritza dulu, aku agak penyabar...sekarang ni aku macam pemarah pulak. asal silap sikit aku nak marah..Astagfirullah...kadang-kadang lepas marah tu, baru tersedar. Ya Allah, kenapa ngn aku ni..huhuhu..cepat betul naik darah..jangan kene darah tinggi plak sudah.

setakat 6bulan mengandung ni, apa yang aku dah sediakan untuk si adik?
belum ada lagi...insyaAllah recycle barang-barang maritza...hehe.. tapi masa warehouse sale OKBB aritu sempat la aku belikan baju 3 pasang, dengan tuala 2 helai..satu wane biru, satu wane pink...arrr...anak aku jantinanya ape?  hehhee..jeng jeng jeng

stakat ni aku belum scan lagi...patutnya minggu ke 28 schedule untuk scan baby, tapi dah minggu ke 28 tu aku tengah beraya (baru raya ke3), jadi nurse cadangkan aku gi KK kat kampung je..secara kesimpulannya mestila tak kne refer doktor kan..jadinye takde la aktiviti scan-scan perut..sob sob
tapi takpe la..sebab kali ni aku macam nak tunggu hari kelahiran baby baru aku nak tau gender dia..bole tak? hehe..baru la bersemangat masa push-push nanti..hehe

hmmm..ape lagi nak update ye? kene update laju-laju ni..ha! puasa!
ye, aku puasa..Alhamdulillah harini dah hari ke4, masih berpuasa...insyaAllah aku akan berpuasa penuh 30hari..doakan aku ye.

okla,,tu je kot nak update..smoga berjumpa lagi..hehe..bye..assalamualaikum!

Wednesday, 9 April 2014

Stock susu terakhir

Assalamualaikum...
harini hari last maritza minum susu aku (kat rumah babysitter).. stock susu terakhir bertarikh 18/2/14..
sedihnya pagi tadi..tengok bahagian freezer tempat aku letak stok susu dah kosong..
lepas ni maritza akan fully minum susu formula kat rumah mama iza...

Alhamdulillah aku dapat memberi susu ibu pada maritza sampai umurnya setahun lima bulan sembilan hari..tapi insyaAllah akan diteruskan menyusu malam sampai satu waktu yang akan ditentukan kemudian..


Anak meragam bila ibu mengandung lagi

Assalamualaikum...

betul ke teori tu ek? anak mula buat perangai bila ibunya mengandung lagi. ada orang kata, dia boleh rasa mak dia nak dapat anak baru, so dia nak manja puas-puas dengan mak ayahnya sebelum kasih sayang dibahagi-bahagi.
alahai...kesiannye camtu.

aku tak tau nak cakap teori ni betul ke tak, tapi Maritza pun macam ada tunjuk sikit perubahan sikap.
tapi aku tak pasti la perubahan ni sebab dia memang nakkan perhatian ataupun dia dapat merasakan orang baru dalam perut aku.

contohnya macam semalam.. dia taknak tido, gila-gila dia lawan mata. mulanya aku dah nampak dia mamai-mamai. sekali dia lawan mata, jadi cergas balik. sampai aku rasa stress. aku ajak dia main kat luar. aku bancuhkan susu. sebab susu aku dah abis kot..lama gile dia ngempeng.sampai sakit pinggang aku mengiring lama. lepas da puas main, dia asik nak duduk atas riba aku. so aku bajet mesti dia nak tido dah ni. aku bawak masuk bilik. sampai dalam bilik, dia main lagi. tak nak tido..huhuhu....rasa nak nangis dah.
dah la malam sebelumnya aku tak boleh tido sampai kul 3 pagi.. malam tadi maritza taknak tido pulak..
disebabkan tak boleh nak control lagi perasaan ni, aku pun marah dia. tapi dia ni jenis tak boleh marah. lagi kita marah, lagi dia buat.
so kene cakap baik-baik balik.pujuk dia baik-baik..last skali dalam pukul 12 lebih aku rasa, dia tidur jugak..Alhamdulillah.

perkara kedua yang aku rasakan perubahan dia, setiap kali menyusu, mesti dia nak pukul perut aku.
kuat pulak tu, terkejut adik dalam perut...huhu. (iyela sangat terkejut.perut pun baru 11minggu..heheh)
kalau aku larang, memang lagi laju dia melepuk perut aku.

lagi, banyak benda yang kecik-kecik la. contohnya nak main kat tong sampah la, nak main kat beranda rumah la. nak main kat bawah sinki la, nak sepahkan baju dalam drawer dia la..agak banyak yang menguji kesabaran aku. tapi aku tak pasti, ni sebab dia nak buat ragam ke, atau pun sebab dia nak membesar so dia mula nak explore macam-macam benda..
aku cuba fikir benda yang baik-baik je..dan selagi boleh aku memang akan cuba bersabar sesabar yang boleh. aku anggap je dia rindu kat aku, seharian tak jumpa. so dia buat macam-macam perangai untuk dapatkan perhatian. supaya aku manja-manjakan dia..mungkin macam tu lah kot..wallahualam...