Thursday, 9 October 2014

Checkup 38 Minggu

Assalamualaikum...
hai...lama tak update..jangan risau. aku belom bersalin. tanda-tanda pun belum ade. yang ada hanyalah minor simptom aje..
setakat perut mengeras, kaki pinggang lenguh, kawasan v pedih-pedih. semua tu adala..biasalah kan. mengandung kali kedua. cepat la sikit rasa tu. laluan da ade..hehe
selasa lepas aku checkup perut untuk minggu ke 38.
berat: naik 0.2kg..bagusnyeee..padahal makan tak ingat masa raya haji..hehe
urine: alhamdulillah, normal.
Hb: tak buat..bestnye
jantung baby: 131
kedudukan baby..nurse kata sangat ketat kat laluan dia..so anytime..tapi aku harap janganlah minggu ni..paling awal, biarlah minggu depan..banyak benda lagi nak kene settle ni.. sabar dulu ye baby ibu.
so lepas dah cek tak sampai setengah jam, nurse set date untuk next week...alahai..cian kite kan nurse.kene jumpe tapi dah tak tau nak borak apa..hehhee

sabtu lepas aku pegi pusat bersalin risiko rendah tu tau..saje nak survey jalan dengan survey kelayakan diri ini...alhamdulillah, aku layak. jadi lepas ni aku tak risau sangat lah kalau aku tersakit yang amat, tak boleh tahan ke..aku drop je kat pusat bersalin risiko rendah tu...lepas tu baru balik umah mak aku..
ni pun encik suami aku takde ni, outstation pulak dia time-time aku menunggu ari ni..
takpe la, kalau turun tanda je, aku drive je la ke presint 8 tu..tak jauh mana pun..cuma kalau dah ngeras tu seriau jugak aku nak main clutch la, brek la...adeh-adeh...

okla takde ape nak update sangat. sekarang tengah misi nak pulun buat keje abis-abisan supaya orang senang nak follow up keje aku...

bye.

Sunday, 5 October 2014

Hadiah harijadi Maritza

Assalamualaikum...
harijadi maritza hujung bulan ni. tapi aku dah pikir dah lama sangat nak bagi benda ni pada maritza.. tentunya sesuatu yang sangat special, sangat berguna untuk maritza..juga boleh jadi sebagai permulaan kepada sambungan pahala aku di'sana' nanti...
apa yang aku nak bagi?
aku bagi set telekung untuk anak sulung aku ni... aku beli online je..ni contoh gambarnya

comel tak? hehehe..insyaAllah minggu depan dapat..so kene simpan dulu, nanti masa birthday dia baru bagi..
sebenarnya aku plan nak jahit sendiri..hukhuk...aku dah beli mesin jahit dah pun..tapi tah la, aku tengok macam susah je..hehe..so takpela..nanti-nanti aku belajar jahit benda lain lah untuk bagi anak anak aku..hehe
kang kalau aku jahit, sekali buruk..cian plak dia nak bagi adiah besday tak cantik..huhu..
takpelah, nanti ibu try jahit benda senang-senang dulu ye anak-anak ibu..

pada aku pemilihan hadiah hari jadi ni memang sesuatu yang susah..sebabnya aku kalau boleh nak benda yang boleh mendatangkan faedah pada dia. dan paling penting benda tu special dan memang akan digunakan dalam jangka masa panjang, selain memberi manfaat di kemudian hari pada dia..

contoh macam tahun lepas, aku hadiahkan tabung atm ni
murah je..tapi sampai sekarang maritza masih gunakan tau..lepas raya haritu, kami keluarkan duit dia, ada RM40 tau, dah siap masukkan dalam tabung aji dia pun..ni dah start menabung balik..walaupun dia takdela menabung setiap hari, tapi kalau kita bagi syiling kat dia, dia dah tahu mana nak letak duit syiling tu. syukur lah, walau dia belum faham kebaikan menabung, tapi dia dah ada habit menabung...

pemilihan hadiah hari jadi ni tak semestinya kena mahal kan..yang penting ikutlah kemampuan ibu bapa tu sendiri. pada aku harga bukan ukuran, tapi kesan tu yang memainkan peranan..
insyaAllah, kita diberi pilihan untuk membentuk anak-anak kita..maka pilihlah yang terbaik untuk mereka...

bye! :)

Saturday, 4 October 2014

Planning bulan Oktober...!

Assalamualaikum...
Dah masuk bulan oktober ni macam-macam nak kene pikir.. nak bersalin lah,nak prepare untuk berpantang lah, nak sambut besday maritza lah, nak plan aqiqah adiknya lah, nak cari nursery lah, nak packing barang nak pindah pindah rumah lah, nak siapkan kerja-kerja 13 item tu lah, banyaknya planning. tapi tak pe, buat slow-slow insyaAllah semuanya berjalan lancar...
setakat ni plan nak bersalin, dah ok kot..cuma tu lah nak test survey jalan ke pusat besalin berisiko rendah tu. nak get readylah kalau-kalau terasa nak bersalin sangat dan tak sempat ke ampang.
preparation nak sambut besday maritza pun takat ni, dah bincang-bincang dengan famili, pukul brapa nak start, apa menu, goodies bag dah prepare, tinggal ayah nak design corak-corak je untuk tampal kat goodies bag tu nanti.. hadiah untuk maritza pun aku dah order..online je, macam tahun lepas..(nanti aku cerita ye, apa hadiahnye..heheh)
plan aqiqah untuk adik pun, alhamdulillah..nampaknya on track.padahal budaknya belum kuar pun lagi..murah rezeki betul sikecik ni tau. hari raya aritu dah dapat duit raya..ni ibu ayah dia dah siap prepare dah nak buat aqiqah dia...semalam dah jumpa dengan tokey katering dengan khemah, dah diskus harga dan booking date. lepas tu jumpe tokey kambing pulak. plannye nak buat kambing golek. goodies bag untuk orang marhaban pun dah prepare.. baju pun dah ade..hehe..insyaAllah 80% dah siap..harapnya Allah permudahkan lah urusan aku hari majlis nanti.
nak cari nursery masih lagi tahap survey-survey..compare baik buruk..harap-harap dapat jumpa yang berkenan dihati. nak packing barang berpindah, patutnya dah start sikit-sikit. tapi sebab aku dengar bank slow progress, lawyer pun slow, repair defect list dah panjang, hati aku macam slow jugak nak start packing-packing ni...tunggu la bila mood tu datang, aku ajak suami aku carik kotak dulu. lepas tu kalau dah mula nanti payah aku nak stop..hehehehe
keje-keje ni memang aku try followup abis-abis. kalau boleh masa aku cuti pantang nanti, projek semua berjalan je, takde orang monitor pun takpe..sebab semuanya dah well planned. harapan aku macam tu lah. taknak tinggalkan kerja yang orang tak tau nak mulakan dari mana.
setakat ni aku dah buat list pending keje aku.. hari- hari aku update, dan share link dengan teammate aku, supaya orang yang kene follow up tak lost.

Friday, 3 October 2014

Nursery: dekat rumah atau dekat ofis?

Assalamualaikum...
dekat-dekat nak bersalin ni aku pun dah makin pening nak cari tempat nak letak anak-anak tahun depan...
InsyaAllah tahun depan aku akan berpindah rumah (jauh dalam 40km dari ofis), maka aku pun dah start pening. nak letak anak-anak dekat nursery yang dekat dengan rumah ke yang dekat dengan ofis ek... adui

kalau dekat dengan rumah
pro:
1. senang kalau aku nak trained. hantar anak-anak kat nursery, aku balik rumah dulu, nanti kejap-kejap boleh datang tengok
2. kalau katakan aku halfday, tapi ada benda nak settlekan, tak perlu amik anak-anak dulu, tunggu  keje dah siap baru amik. kalau letak dekat dengan ofis, nanti kene jugak amik dulu, takkan nak patah balik sebab amik anak-anak kan
3. mengurangkan risiko bahaya pada anak-anak, sebab perjalanan pendek je,
cons:
1. anak-anak jauh berbatu-batu dari aku dan suami
2. berpisah lama dengan anak-anak..katakan lah hantar anak pukul 7 amik pun pukul 7. 12 jam tu lame weh
3.anak-anak jauh, kalau jadi apa-apa kalut aku nak balik..huhhuu..(mintak dijauhkan)

kalau dekat ofis
pro:
1. anak-anak dekat dengan aku
2. berpisah kejap je, hantar pun dah dekat pukul 8, pukul 6 dah boleh amik
3. banyak masa dengan anak-anak..boleh spend time dari dalam kereta sampai rumah

cons:
1. susah sikit nak kalau aku sakit, mc ke contohnya..suami nak kene bawak anak-anak jauh-jauh untuk ke nursery..hati aku pun tak tenang
2. katakan aku nak settlekan apa-apa urusan dengan husband, kami nak kene hantar anak jauh ke cyber dulu, baru boleh bergerak ke mana-mana..macam buang masa sikit
3. kos nursery kat cyber ni boleh tahan mahalnye.. yang murah pun aku survey, baby RM400, maritza RM320

jadi apa pilihan terbaik untuk aku...tolongggggg! aku buntu!

Thursday, 2 October 2014

Mengidam

Assalamualaikum...
Mengidam? aku rasa aku takde mengidam kot. cuma kadang-kadang terasa nak makan..
terasa nak makan aiskrem magnum, terasa nak makan bun dari bakery, terasa nak makan kfc (ni banyak kali terasa), terasa nak makan ABC, terasa nak makan satay..
hehehe

tapi paling obvious bila dah hujung-hujung pregnant ni la..terasa nak makan tu meluap-luap..haha..agaknye sebab pikir nanti berpantang lama tak boleh makan..lepas tu macam abc ngn airkrem tu, lama woo kene pantang ais. kalau stakat satay ke kfc ke, abis pantang bole la makan kan..

setiap yang aku terasa nak makan tu, memang bagi cabaran kat suami aku nak mencari.
contohnya aiskrem magnum..aku nak yang almond.. tapi suami aku terbeli yang gold..huhu..aku makan la jugak, tapi tetap nak almond jugak..esoknya suami aku kene beli lagi..tapi dia beli yang mini je pulak..aku suke je..takde la makan sampai rasa muak kan..pastu esok leh repeat lagi sebab ada banyakkk..hehehe

lepastu satay, punya la aku nak makan ajak la suami gi satay kajang..tapi suami aku nak bg aku rasa satay willy, so kami pun ke medan selera kat sungai ramal tu, dah parking, tengok-tengok satay willy tutup..sebab ada kes kencing tikus...uwaaa...minggu depannya suami aku bawak aku gi makan satay kajang je..tupun tak de feeling nak makan sangat, sebab maritza tak sihat..kami nak g wat ct scan kat dia time tu.

kfc..kfc yang senang dapat tu pun jadi susah dapat tau.haha
aku ajak suami aku makan kfc kat tmn tasik prima..tapi suami aku ajak gi alamanda..sambil-sambil tu boleh jalan-jalan dia cakap..aku pun ok, follow aje. sekali sampai sane, que panjang..takpe la.mujur aku dah tapau dunkin donut..aku dengan maritza makan donut dulu..sekali bile suami aku sampai je kat meja, aku tengok..aik sikitnye..ade beger seketul, ada nasi sebekas. air dua..rupe-rupenya makanan dah abis..lorrr...nak ayam. esoknye kene repeat kat kfc tasik prima tu..hehehhe...

yang terbaru abc.. suami ajak aku jenjalan tengok rumah. aku bagi syarat kat dia, lepas tengok rumah kene blanje aku makan abc.. nampak macam simple je kan..tapi dah lama aku nak makan tau abc ni tak dapat-dapat. sebabnya sejak dari mula pregnant aku selsema... ujung-ujung ni baru aku bebas dari selsema..tapi ujung-ujung dah nak kene minum air gula la, lepas tu aku batuk kronik..ujung minggu lepas baru aku rasa time yang sesuai untuk aku minum abc.. tu pun mencariknye...yaAllah..payahnye..last-last dapat kat kedai mamak dekat shaftsbury cyber.. makan berebut-rebut dengan maritza..hahhaa

dalam pada tak mengidam tu, sebenarnya banyak sangat keinginan nak makan aku ni..haha..tapi syukurlah bukan lah yang pelik-pelik dan yang susah untuk dapat..susah-susah pun yang aku nak ni masih lagi tahap boleh carik..terima kasih encik suami yang sudi melayan keinginan makan saye ni..heee

Wednesday, 1 October 2014

Oktober

Assalamualaikum bulan oktober...
wah..bulan melahirkan anak dan bulan kelahiran anak...
melahirkan anak dalam perut ni..insyaAllah 22hb nanti..dan bulan kelahiran anak pertama yang manje tu, 31 oktober..
nanti tahun depan celebrate besday same-same ye anak-anak ibu...
i love both of u sayang-sayang ibu...

Checkup 37Minggu

Assalamualaikum...
semalam aku pergi checkup perut yang ke 37 minggu. alhamdulillah, proses sangat mudah..hehe
pagi-pagi aku minum segelas susu kambing wildan, lepas tu makan kueh toew goreng...buat keje sampai pukul 10pagi.
lepas tu baru berdesup ke kkia. dalam pukul 10.22pagi aku sampai kk, amik nombor 5019 (aik..kalau datang kul 8 pun nombor camni gak, kul 10 pun camni gak?) hahahaha.
baru duduk, tak sampai 5 minit dah kene panggil. arini buat urine je, tak perlu cek darah...bagus.lagi cepat. lepas anta sample urine aku duduk-duduk kejap. lepas tu kene panggil dah masuk bilik 5.
cek berat...gluppp..naik 1.3kg seminggu. hahhaha..tula, penangan makannnnn jeeee asikkkk..kan dah naik berkilo-kilo.hehe
tekanan darah ok, degupan jantung baby pun ok..semua ok, alhamdulillah kecuali berat tu lah kan.

lepas nurse cek, dia bagitau aku, kalau dah sampai due date aku tak bersalin lagi, tak perlu admit. macam maritza dulu. kali ni aku kene jumpa doktor waktu appointment, then doktor akan bagi date untuk aku admit. mungkin kene induce ke ape ke..terpulang pada keadaan baby waktu 40minggu tu nanti.
tapi based on last scan, semua masih ok. jadi ibu tak perlu risau ye..tunggu je tanda-tanda melahirkan.

lepas tu, sebab takde benda nak borak, aku tanya detail lagi pasal keadah merancang keluarga..
aku macam prefer iucd tu. so aku tanya la, kalau aku nak pasang kat kk lain boleh ke? sebab cuti pantang aku balik kampung. aku prefer pasang waktu minggu ke6 bersalin. dia cakap tak semua kk ada iucd. dan doktor terlatih untuk pasang iucd. jadi nurse suggest aku pasang kt kk ni jugak..
then bukak buku purple pulak..adeh, kene bukak buku lain plak. iye, buku ni untuk diorang register dengan kemeterian kesihatan then kita punya follow up check up.
mula-mula lepas pasang, kita kene datang selepas seminggu, then sebulan, lepas tu 6bulan..camtu la kot.sampai la 3 tahun, then baru bukak iucd tu..ok lah, nanti aku pikir lagi lah cammane..macam malas nak kene ke kk lg..hehe...tapi kalau pasang kat private pun sama je..kene ada followup checkup. lagi la follow up check up kene bayar lak tu. ni free je..tak nak ke? hehhee

ok lah, takde ape nak update sangat untuk checkup ke 37 minggu  ni, lepas checkup, borak-borak pukul 11 dah siap.. lepas tu boleh gi bank kejap, king bakery jap.kul 12 dah sampai opis balik...
alhamdulillah dipermudahkan.

sekian sahaja catatan minggu ke 37... bye