Tuesday, 14 March 2017

Young Living EO

Asssalamualaikum...
korang penah dengar pasar young living EO ni? aku pun baru beli bulan 2 haritu.. kawan aku buat kutu. main 3 orang je..ok la kan..nak bayar segedebuk memang tak la...mahal weh RM284 dapat diffuser, EO lavender dengan lemon 5ml.
So far, aku pakai ni, aku rase puas ati la. penah ade satu malam tu, maritza dengan musfira liat betul nak tido. aku dah tido depa tak tido-tido. sekali musfira terbatuk-batuk and muntah atas katil. sebabnya dok tergelak-gelak menjerit-jerit berdua dengan maritza. aku kene bangun bersihkan tempat tido, encik yayang kene bersihkan musfira..rasanya hati kami ni same panas, sebab dah tido kene bangun balik nak bersihkan muntah dia..suruh tido taknak tido..nak main je keje dia.
lepas dah bersihkan semua tu, aku diffuse lavender, sebab sakit hati kan..nak bagi calm sikit la kononnya..sekali hati memang agak tenang, dan budak-budak pun diam terus tido..hehe..berkesan jugak la lavender ni ngan diorang..
yang lemon pulak, haritu kan maritza masuk spital, dia tak demam pun.tapi musfira selsema. balik tu, aku diffuse lemon...bilik bau segar, selsema pun cepat je baik...alhamdulillah..
setakat ni aku takde la mengumpul sangat EO ni lagi..tapi yang terbaru, aku beli RC.sebab hidung aku selalu tersumbat..macam resdung ke ape ke tak tau la. aritu dah rase nak g refer pakar dah.. tapi ni rase mcam nak ok dahj pun..postpone dulu la mintak refer pakar tu..hehe..
alhamdulillah..
ni aku post ni, bukan sebab aku agent ke ape ke eh..aku just berkongsi pengalaman setakat ni..kot la esok-esok aku lupe, leh aku tengok balik post sendiri..haha
k..bai

Friday, 10 March 2017

Daftar Sekolah Darjah 1 Sesi 2019

Assalammualaikum...
mak -mak ayah-ayah dah daftar anak-anak ke untuk darjah satu..haha...aku dah..excited!
tahun depan pun boleh lagi, tapi saje nak cepat-cepat. tak mau last minit.
1haribulan ari tu dah bukak pendafaran online. aku kt hospital, ada appoiment haritu, tapi aku pesan siap-siap kat encik yayang, tolong registerkan untuk maritza... sambil-sambil tunggu nombor naik, aku wasap lagi encik yayang remind dia..hahhaa..sori abg.
so lepas dah register, esoknya aku sambung masukkan maklumat kesihatan, maklumat penjaga, maklumat pemohon sumela..
kami mohon masuk sekolah yang dekat dengan office kami..walaupun agak jauh dari rumah, tapi tahla,dah terbiasa anak-anak dekat ngn kami kot.
so lepas dah buat pengesahan, dalam masa 2 minggu kene daftar kat sekolah pulak..
semalam baru encik yayang berkesempatan gi daftar kat sekolah tu. dia bagi 1 envelope untuk tulis nama dan alamat sendiri. tujuan dia untuk poskan keputusan permohonan. lepas tu boleh datang untuk ujian kelayakan dalam bulan 5 atau 6 tahun depan
mencabar budak sekrang nak masuk sekolah ye..
kene anta tuisyen tak? hehehhee

lepas dah daftar, aku terpikir plak, nak transit, nak sekolah agama kat mane? huhu..macam takde je sekolah agama kat area tempat keje kami ni..kalau anta balik area babysitter sane, ade la..
 so camne, lepas balik sekolah anta umah bs lama untuk transit, pastu pegi sekolah agama...camtu ke?

hmm.... kalau kat area umah aku tu, sekolah kebanggsaan dengan sekolah agama pun dekat ngn umah..cuma nak transit tu jela..kene pikir... tapi jauh pulak dari kami..ape-ape nak balik tu makan masa jugak...

bincang-bincang dengan kawan-kawan...terus terpikir balik, eh..aku kan nak survey Al-Amin dulu..lupe plak..so sekarang macam tengah nak consider Al-amin la balik..senang..belajar sekali harung kat satu sekolah..BM BI Math, Science, Akhlak, Fiqah, Arab sume kat situ.. masuk kul 8pg abis kelas 3.30 petang..

tak pun dekat rumah aku tu ade Sekolah Agama Integrasi...so kene study balik la mane nak anta anak ni..daftar SK penting gak..kalau rase tak nak gi private school, at least kite dah mendaftar untuk anak..kan..

Saturday, 25 February 2017

Hobi Baru, Aquaponics

Assalammualaikum....
aktivity baru sekeluarga... menunggu hasil yang seterusnya..
sawi, pakchoi, salad dah kene tuai..ni menunggu timun dan tomato pulak :)



Friday, 24 February 2017

Kelas Renang, Impetigo dan ditahan ward

Assalamualaikum...
Dah masuk tahun baru dah pun ye..baru teringat nak update. tu pun banyak cerita dah lupa...
huhu...
dari tahun lepas lagi, aku memang plan nak masukkan maritza kelas berenang atau pun tea kwan do. so aku tanya maritza, dan dia pilih untuk belajar berenang.

sebelum aku nak masukkan kelas tu, memang aku tanya macam-macam pada ticer dia tentang coach dia. sebab risau la kan. kot jadi apa-apa..naya je anak aku..Alhamdulillah diajar oleh expert swimmer la. memang certified trainer.
kelas pertama dia bermula pada Januari, 31hb aritu.
lepas kelas pertama, maritza cakap dia taknak join dah..dia kata dia sejuk la, dia penat la.. aku macam pelik jugak. sebab maritza ni memang suka main kolam. kalau dah dapat mandi kolam, payah nak kuar. lupa sejuk, lupa lapar. tapi ni ticer dia bagitau maritza belajar swimming kejap je, sebab dia kata dia sejuk...hmmmm..sesuatu sangat.
So, malam tu maritza cakap lagi dengan aku, dia taknak kelas swimming. dia nak masuk tea kwan do.
aku buat tak dengar je. sebab dah bayar ok.tak kan nak burn je..
kelas pertama dia

Dari maritza taknak taknak gi kelas swimming tu, rupanya ada cerita...
ceritanya begini, Jumaat tu, 3hb aku nampak macam ada blister kat bawah dagu dia. so aku diamkan je..
hari isnin, aku tengok blister tu macam membesar sikit. so petang tu, lepas balik keje, aku bawak maritza jumpa doctor kat klinik. doctor kata maritza kene impetigo. so dia bagi ubat sapu..
hari selasa maritza ada kelas swimming lagi.
hari rabu, 8hb aku tengok blister tu macam dah bertambah..so aku risau sikit la, takut kene hfmd, tapi doctor tak alert ke kan..jadi aku bawak lagi sekali pegi klinik untuk dapatkan referral letter ke paed.
tapi malangnya doctor tak bagi sebab benda kecik je, doctor bagi antibiotik.
selang seminggu makan antibiotik, pagi selasa 14hb aku tengok maritza macam tak ok. merah-merah leher dia. so balik keje, petang tu aku ade kelas, tapi aku curi masa jap bawa dia pegi klinik dan mintak jugak referral letter, sebab impetigo dia tak baik-baik. nampak makin teruk. doctor pun pelik, kenapa tak baik-baik. budak lain 3 hari makan antibiotik terus baik.
appointment dengan pakar dermatologi hari rabu petang, 15hb.
jumpe je doctor, doctor terus decide nak tahan maritza sebab keadaan kulit dia nampak teruk. tapi disebabkan kene tahan dekat hospital yang agak jauh dengan rumah kami, maka kami minta excuse kat doctor untuk balik dulu, packing barang dan akan datang balik lepas bilik ready.
malam tu maritza dah mula menggaru. muka merah tak bermaya. ketiak sakit, pedih gatal.
pukul 9, hospital call untuk check in. lepas masuk bilik, maritza taknak tido. dia taknak kene dukung. katanya ketiak sakit. lepas paksa-paksa dia lelap jugak.
pukul 4 pagi, dia taknak baring. nak tido duduk je, sebab belakang badan pedih. aku pelik jugak.kenapa la dia ni. so aku suruh dia meniarap. baru je meniarap sekejap. dia bangun balik. dia kata dada pun sakit. sudahnya dia tido duduk je bersandar dekat aku.
pagi tu, encik yayang cuba baringkan dia jugak.lena tido sampai pukul 9.30 pagi.
lepas bangun dia tak nak mandi, tapi aku ajak jugak mandi. mandilah dia dengan menangis nangis menahan sakit.. tapi aku mandikan sikit jela. aku pun tak kejam. tau anak sakit. tapi kene mandi untuk bagi dia segar sikit.
lepas mandi, nurse datang sapukan ubat. doc datang buat ujian darah.
petang tu result keluar, doctor cakap darah dia bersih. so jangkitan diparas kulit sahaja.. so lega sikit. doctor suspek dari environment saja..
so kami berkongsi cerita dengan doctor tentang aktiviti terbaru maritza.. dan respon doktor, mungkin kulit maritza sensitif, jadi dia react pada klorin kolam tu.. dan kolam tu pulak, adalah private pool. lps kelas renang tu, ticer dia mandikan gitu-gitu je, tak bersabun, so klorin tu effect seluruh kulit dia..
kesian tau. malam kedua, dia mula sakit kat punggung pulak, taknak baring. nak tido berdiri. tak kesian ke..aduhai..sudahnya aku ajar dia tidur bersujud je. dapat la dia sambung tido malam kedua tu.
malam ketiga, kulit bahagian leher, ketiak mula mengelupas. jadi tempat ni kurang sakit dah.. tempat lain pulak sakit..hari ke empat berkampung kat hospital, akhirnya doktor bagi kami balik.
dah balik pun dia tak ok lagi..kene mc. sebab nak makan ubat, nak sapu ubat, moisturizer sume nak kena sapu. kalau pi sekolah, sape pulak nak buat sume ni kan?
so aku dengan encik yayang gilir-gilir cuti jaga maritza masa kat hospital dengan dekat rumah.
semalam, first day hantar dia dekat sekolah..tu pun actually tak ok lagi kulit dia. masih dalam proses penagelupasan. tapi dah kurang gatal-gatal. so boleh la. MC pun dah abis..huhuhu
disebabkan jadi macam ni, kami sepakat tak hantar dah maritza ke kelas renang tu. burn pun burn la..kesihatan anak lagi mahal wooo
mungkin kami masukkan kelas tea kwan do tu ke nanti..tengoklah macam mana...
Malam pertama...

Malam ke 3 kot..dah kuat ceria sikit

Menunggu Doktor cakap boleh discharge

Thursday, 22 December 2016

Masalah gigi kanak-kanak

Assalamualaikum...
harini aku nak bercerita tentang kerisauan aku. musim-musim sibuk ni, aku memang tak menyempat nak menggoogle banyak sangat. jadi aku rasa aku nak bawak kes ni pada yang bertauliah jela, iaitu doktor..

haa..maritza ni, dari dia start minum susu formula, sampai lah umur 4 tahun, memang dia akan tido dengan susu botol. tak kira la tido siang ke tido malam ke, memang dia kene ada susu baru boleh tido. dah terbiasa waktu breastfeed dulu kot. ngempeng sampai tido.. kalau takde susu, terkebil-kebil susah sangat nak tido.

sejak akhir-akhir ni aku perasan gigi geraham dia berlubang, jadi aku taknak la bagi susu lagi masa nak tido, tapi sebab dah biasa, dia macam cranky la bila tak dapat susu. stress gak aku nak melayan nangis merayu-rayu dia tu. kadang sampai bergaduh aku ngn dia. aku taknak la dia rasa macam aku mendera dia, tak bagi susu. tapi keadaan gigi dia tu buat aku risau.
gigi geraham ni akan patah ke ek? ke kekal? aku tak tau ni.

semalam borak-borak dengan opismate cerita pasal anak-anak diorang dah tumbuh gigi kekal, ada yang senget, ada yang gigi kekal dah tumbuh, tapi gigi susu tak patah lagi. ada yang gigi tumbuh jongang pulak..yang ni mak dia nak apply untuk braces, tapi doktor tak suggest pulak. so disebabkan topik gigi anak-anak, aku pun teringat la maritza. gigi dia dah mula berlubang.

balik tu, tak sabar-sabar aku nak tengok macam mana lubang tu, sebab kawan aku cakap, anak kawan dia siap nangis-nangis sakit gigi sebab berlubang. umur baru 6 tahun..huhu seriau aku..

belum dan maritza naik kereta, aku dah suruh dia nganga mulut, aku nak tengok gigi dia. terkejut aku, dah ade 4 lubang..huhuhu..kenapa cepat sangat berjangkit lubang ni..aduh la..memang aku kene bawak jumpa doktor je jwabnye ni. tapi aku risau dia fobia je, sebab kalau nak tampal, kan doktor tu kene bersihkan dulu gigi tu, dan aku takut dia rasa sakit then fobia..huhu

patut aku bawak klinik gomen ke private ek? gomen murah la kan..private mahal sikit, tapi mungkin cara dia tak membuatkan maritza fobia..
then, alang-alang aku dah cek gigi maritza, aku nak bwak musfira untuk checkup sekali..walaupun gigi mek tu masih sihat. tapi risau gak, sebab dia pun style ngempeng jugak..pastu gosok gigi nak gosok sendiri,,tak bersih pulak tu...aduh anak

Wednesday, 21 December 2016

Study Week Sem 1

Assalammualaikum..
minggu ni dah mula start study week. so aku yg bekerja ni kene la manfaat kan mase yg ade secoit kat rumah untuk stadi. kebetulan pulak minggu ni encik yayang ada kat rumah, boleh la dia amik alih jaga anak-anak, jaga rumah segala benda tu kan, bagi can kat isteri stadi sikit. sebabnya, nak stadi kat opis ni macam tak sesuai pulak kan, even aku try nak bukak buku time rehat pun tak berapa nak selesa.. tak de port sesuai..nak-nak lagi kawan opis sume tak tau pun aku further stadi, kecuali group aku termasuk bos aku.. total dalam 7 orang je yang tau..
so kene la sorok-sorok sikit.

So malam isnin aritu, memang aku tak buat apa pun. ingat nak stadi pukul 3 pagi.. tapi kedasar laut aku bermimpi..
jadi hari selasa, aku cakap kat anak-anak, bagi can kejap ibu nak stadi ye.. diorang pun ok..ayah layan, so takde la nak mengacau ibu. dapatla dalam 2 jam jugak aku stadi.
pukul 9.30, aku bagi susu kat budak-budak berdua tu, then dah abis susu, encik yayang bawak diorg ke toilet membuang sebelum tido then gosok gigi.
lepas tu, encik yayang ajak anak-anak masuk bilik, dia dah bacakan bedtime story kat budak-budak berdua ni,  so aku aspect leh la tido dulu diorang ni. ibu nak pulun siapkan satu exercise ni.

sekali, dalam senyap sunyi malam, dalam pukul 10.15 gitu, aku dengar bunyi orang berjalan dari tingkat atas, turun ke bawah.."sapela pulak tak tido lagi ni?" tengok-tengok si manja aku, Musfira turun bawah, datang ke arah meja tempat aku belajar. dia duduk depan aku dok main kalkulator.
aku biarkan aje...sanggup aku mengira guna handphone aku je.hehe

agak-agak dia dah bosan, dia turun dari kerusi datang kat aku, mintak aku dukung dia, peluk dia..aku pun dok mengelak je la "jap ea dik..jap jap" gitu jela. dia siap tarik-tarik dah tangan aku, mintak aku bangun dari kerusi, nak suruh masuk bilik. dia ni memang tak boleh tido kalau tak beralaskan tangan aku. manja sesangat.camne la nak ubah tabiat dia ni ek..
selagi aku tak baring sebelah dia, memang tak tido lah dia.

kesian pulak aku tengok, jam pun dah pukul 11.15 gitu, aku pun mengalah la..walaupan ada satu lagi step nak siapkan exercise tu, tapi aku tinggal jugak..
naik katil, ngempeng sekejap, tak sampai 5 minit, terus dia tertido..kesian mengantuk dah, tapi tak boleh nak tido ibu takde ye..hmmm
manje benorrr

peneman ibu stadi..tapi tak bertahan lama..sebab mata dia dah berat sangat, then paksa ibu naik tido jugak! :)