Monday, 3 February 2014

Babysitter Baru

Assalamualaikum..
Harini, 3 Feb 2014, hari pertama Maritza dihantar ke rumah Iza, bbysitter baru Maritza.
ape perasaan aku?
Alhamdulillah rase tenang...berbeza sungguh dengan perasaan masa hantar kat nursery aritu.
tapi belum sepenuhnya lega.. masih ada takut-takut jugak.. semoga Maritza ok-ok je kat sane..

Pagi tadi, Maritza bangun lambat. dia terjaga pun sebab aku nak tukarkan pampers dia..
then angkat masuk kereta. dalam kereta, dia diam je..
bila keluar dari pagar kawasan perumahan aku, dia pandang aku..mungkin dia pelik kenapa aku tak hantar dia kat kak izan...
aku pandang dia, dia senyum...agaknye ibu nak bawak jalan-jalan kot...mungkin Maritza fikir macam tu.
sambil aku drive, sambil aku pegang tangan dia. dia nampak happy.

Setibanya di depan rumah, Iza menyambut Maritza..ape lagi, terus meraung la dia..hmm..terkejut tibe-tibe ibu pas dia kat org lain.. sebelum ni dok singgah-singgah kt rumah iza, tapi ada ibu..lepas tu ibu duduk-duduk.. takde pulak mama iza pegang-pegang dia. hari ni dah la kene tinggal sorg-sorg. lepas tu mama iza pulak yang dukung dia plak tu..

Aku ingat nak stay sekejap tunggu Maritza biar ok. tapi sebab ada mak ayah Iza, segan pulak rasenya.. terus masuk kereta dan bergerak dari situ...

Macam-macam jugak aku fikirkan..tapi redha je la.. kalau aku tunggu pun same jugak rasenya tadi..
so dalam kul 8.30 aku text iza tanya keadaan Maritza.
dia cakap maritza ok je, tengah main dengan anak dia.. kira ok la tu kan...
InsyaAllah semuanya akan ok.. yang penting perasaan & naluri aku merasakan maritza ok kat sane...
InsyaAllah.


Wednesday, 29 January 2014

Memupuk anak minat membaca

Assalamualaikum..
tiba-tiba hari ni rasa berkobar-kobar nak anak pandai membaca..
hmm..
macam mana nak anak pandai membaca ni?

first skali rasanya kene betulkan diri sendiri dulu..
ibu dan bapa kene selalu baca. pegang buku. barula anak rase nak ikut. kene kerap tunjukkan buku-buku pada anak.. biar dia kenal buku.

then dah ada koleksi buku banyak-banyak, jangan takut untuk disepahkan.
biarkan anak-anak sepahkan buku tu. bila da sepah, biarkan dia pilih sendiri buku mana yang dia nak baca.
jangan risau kalau dia cuma baca atau pegang sekejap-sekejap buku tu. biarkan..
kat situ kita dah mula memupuk minat membaca dia.

lepas dia dah minat, jangan biarkan dia baca buku tu sorang-sorang. dah la dia belum pandai membaca. kene pulak buat aktiviti tu sorang-sorang. guide la dia. bacakan buku tu untuk dia. atau pun baca bersama-sama dengan dia. tunjuk ayat yang kita baca tu dengan jari. biarkan mata dia ikut jari kita.

dah baca tu jangan la baca macam baca berita..buat nada-nada menarik sikit. kalau terkejut, buat nada terkejut. kalau sedih, kalau hepi..buat expression tu semua. kalau ada dialog, tukar-tukarkan suara tu, mesti dia jadi berminat.

lepas tu, jadikan rutin..at least 1 sesi setiap hari..contohnya kalau orang bekerja macam aku, mungkin ada masa dalam pukul 8.30malam. jadikan rutin membaca bersama anak.

hmm..tu pendapat akula.. aku tak tau cara ni berkesan ke tak. sebab aku baru terfikir harini..hehee

tapi sebelum-sebelum ni memang aku ada banyak buku untuk Maritza, cumenya..keje aku asik nak ngemas buku-buku dia. tak suke tengok bersepah-sepah..so mulai malam ni dah tak payah asik nak susun buku tu. biarkan je... dan dulu-dulu maritza memang sukakan buku.asal nampak buku, dia amik dan bawa kepada aku untuk aku baca kan...tapi dah lama aku tak spend masa untuk baca buku, dia pun dah macam tak berapa minat kt buku...kene betulkan balik ni..
kene curi masa untuk bacakan buku..walau berulang kali buku yang sama..lagi bagus. biar sampai dia hafal..hehe

Maritza, jom bace buku!

Tuesday, 28 January 2014

Ciri-ciri seorang pengasuh

Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim....

Hari ni topik berkisar tentang ciri-ciri seorang pengasuh. kenapa kene buat entry macam ni?
sebab jumaat lepas, k.izan telah meletakkan jawatan sebagai seorang pengasuh dengan sebulan notis. Dia nak fokus dalam bidang yang baru diceburinya..
dalam pada gembira melihat perubahan k.izan yang bersemangat untuk berbisnes, terasa sedih jugak..mana la nak cari pengasuh baru ni.. alahai..

sejak jumaat, ada jugak aku cari-cari (kat internet je la) pengasuh baru..
hari sabtu tu aku pergi la tengok pengasuh-pengasuh ni...

Kak ina: rumah nampak bersih, anak 2 orang, yang kecik dah 6tahun, setakat ni dia dah ada 2 orang budak, kedua-duanya lelaki. sorang umur 10bulan. sorang 1y1m..baru nak belajar berjalan..
syarat-syarat yang dia letakkan, dia nak aku sediakan makanan untuk maritza. kurang berpengalaman untuk handle EBM.  suami berkerja isnin-sabtu. bayaran RM300
Nampak macam ok..cumanya rumah k.ina ni macam jauh kedalam sangat. payah jugak aku pagi-pagi nak ke kerja, kene patah balik lepas hantar maritza..hmmm

Ana: rumah pun nampak bersih, ada seorg anak berumur 8bulan. setakat ni dah menjaga 3 org budak. masuk ank dia dah 4 la kan. bayaran RM250. semua ok..tak ada syarat-syarat. tapi sayangnya dia warga indonesia..huhu..kalau boleh aku nak orang kite jugala yg jaga anak aku..8jam lebih sehari aku tinggalkan anak aku..silap-silap slang bertukar pulak nanti..huhu tak sanggup

K.yati: Seorang nenek yang menjaga cucunya. tinggal agak jauh ke dalam. dari suara dengarnya seperti orang baik-baik. cuma aku tak sempat nak melawat. hari yg dijanjikan telefon dia tak dapat pulak. line tak ok kot..
takpe la. mungkin bukan jodoh nak jumpa ngn k.yati ni kot..redha je la..

Iza: Orangnya masih muda, anak 3, yg kecil baru berumur 10bulan..ketiga-tiganya anak perempuan.
rumahnya simple. tiada sofa, meja makan (cuma meja jepun) dan nampak sepah sedikit dengan mainan anak. tiada syarat-syarat yg dikenakan. cuma mahukan deposit dua bulan.sebab takut ditipu..rumah pun dekat nak compare dengan calon-calon yang lain. pengalaman kerja di nursery dan jugak pernah mengasuh anak orang. Rasenya mungkin setakat ni aku rase Iza adalah calon yg paling ok buat masa ni. cuma aku takut kan bila maritza bergaduh dengan anaknya je nanti..harap-harap ok la diorg. semoga Iza dapat membimbing maritza menjadi anak yg baik tingkah lakunya..amin

Taska? memang bukan pilihan aku buat masa ni. Maritza masih kecil. aku belum bersedia untuk letak dia kat taska..tengok la kalau dah dua tahun lebih..mungkin aku akan cuba ke taska jugak.
buat masa ni aku lebih prefer babysitter.

update: baru semalam (27Jan14) k.izan bagitau dia sebenarnya mengandung..patutla kerap tak sihat..takpe la.mungkin ade hikmah kan. k.izan tak dapat jaga maritza lagi..

korang rasela..antara calon-calon ni mane yang sesuai?

Monday, 20 January 2014

KKIA Presint 3

Assalamualaikum..
pagi ni aku mendail no telefon KKIA Presint 3 sebab nak kene postpone check up Maritza.
disebabkan aku tak simpan no klinik ni terpaksa la aku menggoogle. Alhamdulillah jumpe..ni nombornye 03-88880241. disebabkan nak cari nombor klinik ni, maka aku pun membaca keseluruhan entry seorang blogger ni..kemain marah dia kat klinik ni. pastu diikuti dengan komen-komen yang panas-panas dari reader-reader. ish ish ish..marah bebenor ni..

Mengikut pengalaman aku check up kat sana, memang la lambat..sebab orang ramai. kita pun boleh nampak ramai ibu-ibu yang menunggu giliran. siap ada yang kene tunggu kat luar klinik lagi. misi-misi pun aku tengok semua buat keje. takde yg melepak-lepak. jadi memang betulla kalau lambat sikit...pastu pulak, kalau misi da bagi appointment kul 9 ke 10 ke, datang la waktu yang da diberi tu. kalau tak, memang letih kita menunggu. sebab dia akan utamakan orang-orang mengikut range waktu pelawat/pesakit.

Mengikut pengalaman aku arini pulak..alhamdulillah..
mula menggoogle kul 11.30am, abis baca entry, terus dail no klinik, dapat bercakap dengan JM Shakila tak sampai 2 deringan..
dimulakan dengan " Selamat pagi, KKIA Presint 3"
aku pun memulakan bicara. "Assalamualaikum misi...saya nak postpone appointment saya 30hb ni bole? sebab esoknya CNY. saya tak dapat cuti.semuaorg nak cuti.."
misi : " appointment untuk apa ya puan?, bila tarikh sesuai utk appointment puan"
aku: "appointment check up anak setahun 3bulan..kalau bagi saya tarikh untuk minggu yang seterusnya boleh?"
misi: " boleh puan, saya setkan 11hb Feb, pukul 9am ye.. puan letak dekat buku 'tukar temujanji pada tarikh 11/2 @9am, direct call JM Shakila..boleh saya tau nama anak puan...bla bla bla"
aku: " Maritza binti..... bla bla bla.."
misi: " ok, terima kasih, selamat pagi"

Alhamdulillah... smooth dan ok je kan..
aku rasa kesimpulannya, mungkin kadang-kadang kita tak bernasib baik..atau kadang-kadang mungkin cara kita kurang menghormati cara orang lain bekerja..maka jadilah salah faham..apa-apa pun kritikan memang bagus untuk improvement.

sekian sahaja...assalamualaikum.

Wednesday, 8 January 2014

Basikal untuk kanak-kanak

Assalamualaikum..
wahhh..tajuk.kanak-kanak pulak ye..
mentang-mentang last entry cakap Maritza dah besar, terus post pasal kanak-kanak menyusul ye...hehe

haritu masa jalan-jalan kat Nilai, jumpa basikal camni.. harga RM120. Rasa macam nak beli je..
bagi maritza naik pun dia da seronok sangat-sangat.
since sekarang ni babysitter akan bawak maritza sekali ke sekolah (untuk hantar anak bongsu dia), rase macam nak bagi basikal ni. so alang-alang k.izan nak bawak maritza ke sekolah, boleh la anggap macam bersiar-siar sekejap. bole ke camtu?
tapi tengah ari pulak, tengah panas ranang tu. pastu nak kene lintas jalan pulak.. aihhh..camne ek..
ruang nak simpan basikal ni pun agak terhad kat rumah k.izan nanti..

hmmm..harus difikirkan.
tapi nampak menarik kan ade basikal ni..
kalau weekend nak bawak jalan ke dataran putrajaya pun mesti maritza suka.
asik main bubble je pun boring jugak kan...hee

okla, nanti ibu fikirkan...
okbye

Sunday, 5 January 2014

Diari Ibu: Setahun 2 bulan

Bismillahirahmanirrahim..

Kenangan menarik keluar berdua dengan Maritza..kami ke Nilai.
pukul 9pagi breakfast dengan ayah, then 9.30 aku ke nilai dengan maritza..
mulanya dia behave je duduk dalam carseat dia, tibe-tibe bila mata dia dah silau kene panahan matahari, dia dah mula cranky. tak nak duduk dalam carseat.. menangis merayu-rayu..alahai..kesiannye dia.
aku amik dia dan mula susukan..tengah-tengah susu, mata dia dah mula layu-layu. eh, tak boleh jadi ni. kang lame plak aku terparking kat tepi jalan ni..

aku bagi signal, masuk semula highway..drive sambil menyusukan anak..haha...
berdoa je semoga kami selamat. biasa la dengan tangan dia yang tak reti dok diam tu. kejenye nak mencapai stereng je..
tak dapat capai dengan tangan, dia nak tendang dengan kaki dia plak.. adeh. melasak plak dia dalam kete comel ibu ni.

elok-elok je kuar dari tol nilai, dia da kenyang. so sementara berhenti kat lampu merah, aku letak balik maritza kat carseat.. sambung perjalanan ke nilai 3. yey..
dia sangat behave sepanjang 4jam kat nilai..haha..bagus! next time bole teman ibu window shopping lagi ye.
semalam aku tak beli ape-ape pun..walaupun geram kat pinggan mangkuk claytan yg discount 50%. kat kain langsir yg dijual harga lelong. tapi aku masih cuba berfikir secara waras lagi..hehe
(waras la sangat, sampai tido malam pun asik berpikir.."alangkah bagus kalau aku beli je set pinggan tu", " ish, beli langsir baru mesti cantik.ade suasana baru" haha!) gile tak lena tido aku. huhu

ok, sebenarnya nak cite perkembangan maritza yg dah berumur setahun 2bulan ni..melalut lak cite pasal nilai.haih!

semenjak semalam aku da merasakan maritza dah besar..dah bukan baby kecik lagi..
kenapa?
sebab dia dah mula faham apa yang kita cakap dengan dia..seronoknye...pasni da bole jadi BFF ibu ye.
sebelum-sebelum ni dia da faham kalau aku sediakan makanan..mesti dia mula menadah tangan nak baca doa..kemudian cakap "duduk" kat diri sendiri..haha..jelas sebutan dia, cuma kadang-kadang dia mcam confuse. bila-bila dia nak cakap "duduk" dia cakap je. tapi sekarang dia mcam dah faham.perkataan duduk digunakan masa bila.

contoh lain, bila aku cakap " maritza, jom mandi" dia akan cakap "jom" lepas tu terus ke bilik air...buka baju, then masuk bilik air. dia dah pandai..lepas mandi dia mesti tunggu aku lilitkn badan dia dengan towel, lepas tu dia landing sendiri atas tilam..haha. semalam ayah mandikan dia..ayah suruh angkat kaki, dia angkat kaki. serius dia dah faham instruction tu..haha.Alhamdulillah.

kalau dia buang air besar pun, dia akan cakap dengan kita.."yak"..good girl. tak payah ibu nak check-check pampers awak lagi maritza.. :)

paling geram.kalau lepas dia menyusu, dia akan cakap "dah", then siap tolong tutupkan baju ibu lagi.hehe..kadang rase nak gelak pun ade. pernah sekali tu, sebab susu dah penuh, aku paksa dia minum ..dia baru stimulate belum minum pun lagi, then dia cakap "dah" sambil tutupkan baju..cis...menitik-nitik susu terbuang camtu aje..heh. kalau dia nak susu pun dia akan cakap "nom" (minum)..setakat ni, byk jugak perkataan-perkataan yg dia dah bole sebut..
"ayah"
"dah"
"nak"
"dap" = sedap
"nom" = minum
"jom"
"amak" = alamak
"auw"
"nyum-nyum" = makan
"duduk"
"za" = maritza :)
'yeow" = kucing
"bird"
"tu" , "ni" = itu, ini
tak banyak sangat, tapi cukup mengembirakan aku..cumanye bile aku ajar cakap "ibu" keluarnye "ayah" jugak.saje dia nak dera aku..takpe-takpe..fine!
time nak susu tau plak nangis-nangis cakap "Aaaaabbbbuuuu" hah!tau pun.

stakat ni aku rase tu je la perkataan yang keluar dari mulut dia dan dia betul-betul faham penggunaan perkataan-perkataan tu.
yang lain-lain ade jugak sikit-sikit. tapi tu lebih kepada main hentam je nak cakap..sebab ajuk ibu ngn ayah cakap.

next time kalau ada update terbaru, aku post lagi..

okbye..assalamualaikum




Tuesday, 17 December 2013

Percubaan untuk Nursery


Bismillahirrahmanirahim.....
Assalamualaikum...

Pertama-tama sekali syukur sebab Maritza sudah pun berusia setahun pada 31 October yang lalu..
celebrate besday? kami tak buat pun, mulanya macam plan nak buat juga, tapi last minute semua yang nak jadi jemputan macam tak available, jadi terus tak buat. takpe lah tunggu dia umur dua tahun la, masa tu dah besar, pandai appreciate dan pandai makan kek.hehe

ok, berbalik pada tajuk harini,
semalam 16 dec 2013 adalah tarikh pertama aku menghantar anak aku ke taska..
kenapa aku hantar?
sebabnya aku kasihankan pengasuh maritza, kak izan...
dia baik, dia jaga maritza macam anak sendiri. anak-anak kak izan semua sayangkan maritza..
aku sangat-sangat selesa anak aku ditinggalkan dengan famili kak izan..
tapi sejak akhir-akhir ni kak izan kerap tak sihat..sakit kepala, sakit urat, sakit belakang..mungkin terlalu letih menjaga budak-budak yang sedang membesar ni..
tambahan lagi maritza tiba-tiba sangat sensitif dan takut sampai menangis-nangis bila jumpa suami kak izan, abang ajaq. sampai buat kak izan stress nak handle benda ni..
takkan aku nak suruh abg ajaq jangan cuti, takkan aku nak suruh abang ajaq jangan duduk rumah...
so kesimpulannya aku kene cari jalan lain..

Jalan pertama yang aku ambil daftarkan maritza ke playgroup..GBOB untuk build keyakinan diri maritza sebelum kami hantar dia ke nursery.
kat sana maritza nampak enjoy semua aktiviti. mungkin sebab aku join sekali aktiviti tu, jadi dia rasa secure.

tibanya hari aku hantar maritza ke nursery ditaman perumahan aku, taska mesra k****.. (tak leh reveal lg nama taska)

pagi-pagi masa hantar, penjaga tu nak sambut maritza, tapi aku cakap,"takpe, biar saya letak dia kat dalam..".aku kenal anak aku, kang dia jerit kang tak pasal terkejut penjaga tu..hehe
aku letak dia elok-elok..dia macam pelik sikit..bila aku bergerak nak letak beg dia da mula menangis..
then seorang penjaga mula dukung maritza. lagi la dia meronta-ronta.
aku ke dapur untuk simpan susu.. terkejut tengok peti ais..alahai, mana aku nak simpan susu ni.
petinya crowded. pastu dah takde divider. kak liza (pengasuh) tu suruh aku letak tempat sejuk beku.."eh?? mana bole, susu ni dah dicairkan. tak boleh letak kat tempat beku kak..", ikut kan apa yang diorang cakap sebelum ni, ada diantara anak-anak kat sini yang minum susu ibu. tapi tak sure la macam mana diorg handle susu tu.. kalau dengan kak izan, memang awal-awal aku dah explain, kak izan pun memang ada pengalaman handle susu. so aku dah tak risau dah.
then mata terpandang pulak pada lauk beku yang baru dikeluarkan dari fridge. dalam hati aku terfikir, agaknya lauk bila la ni ye..mungkin balance lauk hari jumaat lepas kot..hmmm

kemudian aku ke depan semula, aku cekalkan hati, cium maritza kemudian terus ke kereta. dalam kereta aku berdoa panjang semoga maritza selesa, gembira dan ok kat taska tu.
sampai ofis, aku cuba tenangkan hati, sibukkan diri. buat macam-macam kerja to kills the time. tapi memang berat hati.
pukul 8.45 pagi, aku call taska tanya perkembangan maritza. kak liza (pengasuh) bagitau maritza ok. mula-mula nangis, sekarang ok. main dengan kawan-kawan..cuma masa minum susu dia macam sedih balik..
ok, aku rase tenang sikit... then plan memang nak terjah la waktu rehat nanti..

time rehat, aku siap-siap tapau makanan untuk maritza then terus keluar, pecut ke taska.
sampai-sampai je aku terus menjengah ke pintu taska mencari maritza..tapi tak ada. aku tanya dengan pengasuh lagi sorg tu mana maritza, dia cakap kat atas. "eh, kenapa kat atas, kata aritu maritza kene duduk kat bawah" hmm...dia senyap je takde jawapan.
aku minta izin nak tengok maritza kat atas. kak liza cakap dia kene inform kak syida dulu (owner) sbb kak syida yg jaga maritza kat atas.
ok aku sabar tunggu.
then dia turun bawah dia cakap, maritza tengah tido. parents tak boleh naik.

apekah? aku nak tengok anak aku pun tak boleh ke? ish.. aku berkeras jugak nak masuk dan tengok maritza. sekali lagi kak liza naik atas minta izin kak syida. kemudian baru diorg benarkan aku masuk. aku masuk, berlari naik atas......

sedih...itula perkataan pertama bila aku tengok maritza...
dia letak maritza dalam baby coat. pegang dan nyonyot botol susu yang dah kosong..
maritza tak tidur! mata terkebil-kebil tapi tak berani menguit sikit pun.
dia tau aku datang, dia dengar suara aku, tapi dia tak berani untuk menoleh pada aku.. kenapa? aku confuse kat situ.
kenapa maritza secara drastik jadi camtu? tak berani menoleh. tak berani menguit, atau pun membuang botol kosong tu?... macam-macam dalam fikiran.

aku kirimkan nasi maritza, lepas tu aku balik ofis. aku cuba habiskan masa lagi. aku tak mampu nak fokus pada kerja.

jam 5 petang aku balik terus ke taska..
lagi sekali sedih hati aku tengok maritza terbaring sorang-sorang. sedangkan budak-budak lain tengah seronok bermain. kesian anak aku..

Tah dia kene marah ke tak tau la, tapi biasanya dia aktif ke sane sini, tak pernah dalam hidup dia terbaring macam tu takde sebab.
Bile aku sampai, kak syida tu terus rampas mainan dari tangan maritza, then dukung dia..maritza nmpak pasrah je.
Pastu bile dia nmpk aku, dia terus tersedu-sedu macam org mula nak nangis. Mesti dia marah aku kan, knape hantar dia kat situ sorg2..
Luruh ati aku tgk dia camtu.

Pastu, bile org tu pas kt aku, Maritza peluk aku kuat-kuat. Sampaikan time aku nak letakkan dia dalam car seat pun dia taknk lepaskan aku.
Pastu, bile dah gerak kereta, aku perasan beg dia kempis je, rupa-rupanye towel dengan toiletries dia takde dalam beg. So aku patah balik.. sampai je kat depan taska tu, dia nangis balik, dia igt aku nk anta dia kat sane kot..
Balik tu dia menyusu lama..sambil menyusu sambil tepuk-tepuk aku. agaknya lepaskan marah kot sebab aku hantar dia kat sana...

lepas menyusu, aku ajak suami aku makan kat luar, bawak maritza jalan-jalan untuk tebus balik rase sedih dia tu. aku peluk, aku cium maritza semahu hati aku..tak sanggup tengok dia susah hati macam tu lagi.

maritza jangan marah ibu ye..ibu cube buat yang terbaik untuk kite semua.. ibu nak maritza membesar tanpa susuhkan orang.. tapi ibu pun tak sampai hati tengok maritza kat taska tu..
mungkin satu hari nanti, bila maritza dah besar, dah pandai bercakap. kita cuba lagi kat taska yang lain ye sayang..

hari ni aku kembali hantar maritza pada kak izan...
walaupun kak izan sakit-sakit, tapi kak izan masih yang terbaik untuk maritza..
mungkin aku kene invest sikit untuk kesihatan kak izan? supaya dia sihat untuk menjaga anak aku..
tebayang betapa setiap kali bila aku nak amik maritza kat rumah kak izan, mesti time tu maritza atas dukungan kak izan... anak-anak kak izan yg menyayangi maritza..

mungkin sebenarnya memang macam tu style taska, cuma aku yang over reaction ke..tak sure.
mungkin jugak aku sebenarnya belum bersedia..wallahualam..

tapi harapan aku sekiranya memang benar jodoh maritza dengan kak izan tak panjang, aku mengharapkan aku dapat bertemu dengan pengasuh sebaik kak izan..
yang menjaga maritza ibarat anak sendiri.. dapat mendidik maritza seperti anak sendiri...