Wednesday, 13 August 2014

Duit Raya anak

Assalamualaikum...
hai...nak tanya.. apa korang buat dengan duit raya anak?
belikan mainan untuk diorang? belikan baju? belikan barang kemas? simpan?

haa..aku nak share apa yang aku buat dengan duit raya maritza. tahun ni tahun kedua maritza merasa untuk menyambut raya.. sama seperti tahun lepas, tahun ni pun aku masukkan dalam tabung haji maritza.. termasuk duit tabung dia. aku masukkan sekali dalam akaun. lebih selamat.

macam aku masa kecik-kecik dulu, mak aku pun simpankan duit kitorang dalam bsn. sampai umur aku dah 6 tahun kot masa tu, mak aku keluarkan dan belikan kami masing-masing rantai emas guna duit raya tu.. orang dulu-dulu bagi duit raya tak macam orang sekarang. so kene la simpan lama sikit.
tapi orang sekarang plak bagi dah banyak, tapi emas pulak yang mahal sangat.huhuhu..

okla, berbalik pada duit raya maritza, aku rasa buat masa ni, sementara dia kecik ni, aku simpan la dulu keseluruhan duit dia. nanti dia dah besar sikit, dah tahu mengunakan duit, aku rasa aku akan bagi pilihan kat dia, gunakan sikit untuk dia berbelanja, dan selebihnya simpan jugak dalam tabung haji dia..
aku nak dia belajar menyimpan duit. belajar berjimat cermat..
kalau agak-agak nak tukarkan barang kemas dia ke...sebab rantai dia sekarang ni adalah rantai aku yang aku beli guna duit raya aku tu..dah berpuluh tahun dah. gelang dia pun jenis yang biasa-biasa je..kalau ada rezeki lebih, bolehla guna duit raya tu untuk beli baru.
tak pun duit tu simpan je, sampai dia dah abis sekolah nanti, mana tau nak guna masa dia nak sambung belajar ke..

beli mainan...buat masa ni aku tak terfikir lagi nak gunakan duit tu untuk beli mainan..mainan rasanya kejap sangat dia main. lagipun banyak dah mainan kot..hehhe..
lebih baik gunakan untuk jangka masa panjang...yang lebih memberi faedah pada anak-anak...

ok, sekian sahaja perkongsian aku...bye

Tuesday, 12 August 2014

Update Checkup 30minggu

Assalamualaikum dan hai....
arini seperti aku bagitau, aku ada maternity checkup minggu ke 30. wah..berat aku naik 1.6kg..hahha..tu berat sebelum makan tu. lepas makan mau naik 2.6kg..hehe..
so berat terkini 53.2kg. harap-harap pasni jangan la naik byk sangat ye.huhu
urine normal, result mgtt belum dapat. hb pulak low, 10.8..so kene la aku berhati-hati, kurangkan balik nesface ke milo ke.
disebabkan hb low ke ataupun sebab dah 30minggu ke, maka mulai dari hari ini aku kene checkup selang 2 minggu..haih, letih tu. abis la cuti mak nak oii.
ukuran perut 29cm, degupan jantung baby 136 dan dah kene mula kira carta gerakkan baby..
aku lupe pulak nak bawak buku tu masuk opis tadi...
takpe la start esok je la.
then, aku pun kene cucuk vaksin kancing gigi. dos tambahan..ni dok lenguh-lenguh lagi tangan ni. tak hilang lagi. mujur arini bawak kete suami, power steering.. kurang sikit tenaga nak kene guna untuk memusing steering. pagi tadi, pulas-pulas streering kete, rase berat sangat. rupanya tayar pancit..hmm..balik nanti je la kite ke kedai tayar ye..
harini jugak aku kene amik set ubat 4serangkai tu balik. sebab nurse cakap obimin tak cukup kuat iron dia. so aku kene amik vit c, asid folic, bcomplex dengan 2 biji iron every day..huhuhu...
okla, rasanya tu je update 30minggu aku. insyaAllah aku akan update setiap kali check up lepas ni...
bye..

Monday, 11 August 2014

Pengalaman ct scan untuk Maritza

Assalamualaikum...
weekend lepas, aku dan suami buat spring cleaning kat rumah kami. padahal sabtu sebelum raya macam dah buat spring cleaning dah. tapi rumah tu cepat betul berhabuk. maka kami bergabung tenaga membersihkan rumah...maritza pun tak terkecuali, nak jugak mencurahkan bakti :)
lepas aku dah sapu rumah, suami aku pulak amik tender mop rumah. kebiasaannya kalau suami mop rumah, aku dengan maritza akan duduk diam-diam. aku jaga dia dari berjalan-jalan kat lantai yang licin tu. tapi aritu aku sama busy ngn suami aku, maka kami terlepas pandang pada maritza yang excited nak membantu ayah dia mop rumah.
dia pun jalan laju-laju nak ke tempat ayah dia..tiba-tiba.....DUMMMM..maritza jatuh terlentang, kepala terhantuk pada frame pintu bilik. apa lagi, terus meraung la dia. aku pun menerpa ambil dia, dukung dan pujuk-pujuk...
akhirnya dia diam. dah diam tu, aku letak dia, aku sambung buat keje aku..suami aku sambung keje dia, maritza pun sambung jugak aktiviti dia...sampai la dia rasa mengantuk, dia request susu pada ayah dia, masuk bilik dan terus tido..
lama jugak dia tido, adalah dalam 2jam.. lepas dia bangun, dia senyum senyum kat aku, lepas tu nampak macam mamai. so aku biar je dia sambung tido lagi. aku teruskan lagi sesi mengemas.
tiba-tiba selang 15minit macam tu, dia bangun dan nangis-nangis. aku pujuk dia, aku dukung dia bawak ke ruang tamu, bagi dia tengok tv. tp dia dah takde mood. aku tanya apa pun dia tak jawab. dia bertukar menjadi sangat pasif.
then aku tinggalkan je dia kat atas sofa, terbaring dengan suami aku..tiba-tiba suami bagitau maritza muntah..haa? aku dah panic. terus ajak suami aku siap-siap, nak bawak maritza pergi hospital. plannya nak gi open house member dan makcik aku, so terus la bawak maritza ke KPJ kajang, otw nak ke rumah kawan aku nanti..
dalam pada kami siap-siap tu, maritza muntah lagi. 3x dia muntah. keadaan makin pasif. taknak minum, taknak makan, taknak cakap.
aku memang dah cuak la.
sampai kpj, kami ke emergency then terus register maritza..fillup form, then kene panggil dengan doktor. doktor suggest buat ct scan, tapi kene bagi maritza tido dulu. dia bg ubat tido pada maritza. lepas makan ubat tu dia muntah lagi. tapi dia boleh tido la.
lepas dah tido, nurse bawak dia ke bilik utk scan tu.. dalam perjalanan ok je...
sampai ke kt machine tu, ayah dia angkat dia, dia bangun. taknak baring dalam tu... aduh..kami pujuk-pujuk dia, dia taknak. nak bangun jugak..
ok fine, kita try bagi lagi 2.5ml ubat tido..kot la ubat tadi dah keluar ngan muntah dia.
lepas makan ubat, aku tido kan dia..ok lena lagi. lagi sekali bawak ke bilik tu..ayah angkat..slow-slow, dia masih tido..letak kat atas platform tu, tegakkan sikit kepala..lagi sekali, dia bangun..huhuhuh...
waktu tu jam dah pukul 7, kami anak beranak belum makan lagi. so husband suggest kitorang gi makan dulu, balik makan, solat semua siap-siap then baru scan. ok, kami pun pergi makan. maritza memang mengantuk sangat masa kat kedai makan tu, sikit pun dia tak makan. mujur dalam kereta suami aku bagi dia makan roti dengan minum air kotak sementara nak tunggu aku solat magrib.
lepas makan, kami cuba lagi scan..still sama. letak je kat machine tu dia bangun. macam tau-tau je..sampai dah pukul 10. then nurse bincang dengan doktor, then diorang come out dengan 3 option:
1) admit dulu malam ni, buat scan esok
2) balik dulu, kami observe maritza, kalau ada tanda-tanda pelik, datang segera..tapi suami bagitau, memang maritza dah lain dari kebiasaan..so option balik dah tak valid.
3) drip ubat tido yang lebih kuat.
bincang-bincang suami isteri kami prefer option ke3, tapi kami nak cuba dulu lagi sekali untuk scan tanpa drip. kalau dia bangun jugak, then memang kita terus drip..
dan memang dia bangun..huhuhu....letih, sakit badan, frust, kesian semua ada waktu..
waktu nurse nak cucuk tangan maritza untuk buat inline, aku peluk dia kuat-kuat, aku selawat kat telinga dia...macam aku dapat rasakan kesakitan dia...huhuhu
lepas buat inline, kami baringkan dia dalam machine tu, then mula drip sedikit demi sedikit ubat tido. 0.1ml... dia masih tak tido-tido, sampai kan terpaksa tambah dose ubat. macam-macam kerenah dia nak lawan mata. tunjuk lampu la. nak main sembur-sembur la, suruh orang bukak jarum kat tangan dia la..hai la anak..sampai nurse pun surrender, buat je scanning tu masa dia mamai..tak tido.
lepas scan, aku dukung dia peluk dia..dia pun tido..sementara nak tunggu doktor panggil and review result scan tadi.
Alhamdulillah, pukul 12 doktor panggil dan bagitahu keadaan maritza ok..tiada keretakan, tiada pendarahan..semua ok. mungkin sebab ada gegaran, maka dia pening dan muntah-muntah...Alhamdulillah...syukur Ya Allah. lepas tu kami, tunggu ubat muntah dan ubat demam, then balik langat.
malam tu pun dia tak berapa nak tido. aku tak pasti la kenapa ubat tu buat anak aku lagi susah nak lena pulak..haha. badan maritza pun makin panas..demam.
aku pun tak boleh nak tido.sakit badan-badan sebab mendodoikan dia selama 8jam..serius sakit.

hari ahad, kami cari tukang urut. urut aku yang sakit seluruh badan, dan urut maritza..kot kot la ada sakit urat mana-mana ke yang menyebabkan dia demam..
nanti la, kalau rajin aku update cerita urut-urut kami pula ye...
ok semua, mohon doakan kesihatan berterusan untuk maritza...amin..
bye



Minggu ke 30

Assalamualaikum..
esok, bersamaan 12haribulan aku mengandung genap 30 minggu..lagi 10 minggu je lagi kan..hehe..
esok jugak aku ada check up perut dan bolehla tahu result mgtt aku tu.
masa pregnentkan maritza aku tak kene plak check up masa minggu 30. tapi kali ni kene pulak. ke nurse tu salah bagi tarikh ek?
takpe la..pegi jela...dalam debor..hahha
mengandung kali ni, aku rase perut aku besar betul. baru nak 30 minggu, tapi besar dia dah macam 36minggu.hehe
last checkup haritu masa week 28. berat dah 51.6kg.. esok tak tau la berapa kg. sebabnya aku dah la makan tak ingat lepas-lepas mgtt haritu. balik dari mgtt, makan kat q-thai ngan encik suami, lepas tu, abiskan kek besday encik suami aku, lepas tu, kuih raya berketul-ketul. pastu open house sane sini. lemang nasi himpit mee semua aku makan..hehhee
harap-harap berat maintain (hahahhahhaha)
masa checkup 28minggu haritu aku kene scan skali, doktor cakap baby dah 1.3kg..alhamdulillah.nampaknya membesar mengikut minggu yang sepatutnya..
bila nak scan gender...alamak, memang dia buat surprise la. tak nampak..doktor pun confuse. kejap laki, kejap pompuan...heheh...sampaikan suami aku geram rasa nak buat 4d terus..haha..
kali ni aku tak kisah jugak girl ke boy (tapi aku prefer girl lagi la) haha
sebab nanti maritza ade kawan nak main, nak tido, nak pakai baju yang sama..dan yang paling penting aku dah ade nama yang comel untuk baby girl..untuk baby boy, belum decide lagi namanya..sob sob
sejak-sejak nak masuk 30minggu ni, aku rasa eloklah aku mula membasuh barang-barang keperluan baby kan..mana yang tak cukup tu, aku dah boleh mula membeli apa-apa yang patut kan?
contohnya macam botol-botol storage baby, pampers baby, sarung tangan sarung kaki ke, baju nak tambah sikit-sikit ke, ape-ape la barang baby kan..bedak, minyak, lotion, study produk berpantang.
haa..banyak keje tu.
badan ni pun dah macam tak larat je. keje pun letih.. baring pun tak kene..memang aku dapat rasekan besar betul perut aku ni..
ai la anak, dah berapa kilo kamu minggu ni? jangan la besar sgt ye..cian ibu..hehe
besarla bila da lahir nanti.. :)

hmm..ok la, takde ape nak cite sangat pun..insyaAllah, lusa lepas checkup aku update condition ibu with 30 weeks pregnancy ye..

bye..assalamualaikum

Friday, 8 August 2014

Teknik Mermet (perah susu dengan tangan)

Assalammualaikum...
pagi tadi tepat jam 8.20 aku buat ujian MGTT yang kedua kalinya dalam hidup aku. ape tu mgtt? alah..minum air gula tu..hehe.
masa maritza dulu aku buat masa bulan puasa, dan resultnye positif GDM. kali ni pulak aku buat time raya...huhuhu...harapan aku harap-harap negatif la haih..

sementara nak tunggu amik darah lepas 2jam minum air gula tu, kami dihidangkan dengan ceramah penyusuan ibu, bersempena dengan bulan penyusuan Ibu sedunia (1-7Ogos).
So, doktor yang datang pun bercerita la kebaikan susu ibu, berapa lama tempoh penyusuan, cara perahan susu ibu, cara simpan susu, cara basuh botol susu, cara menyusu...semua la..
Alhamdulillah aku masih ingat lagi semua tu :)
maklum la baru je beberapa bulan aku stop menyusukan maritza kan..

tapi dalam banyak-banyak topik dia tadi, aku betul-betul berminat dengan topik perahan susu tadi.
sebelum ni pun aku perah susu jugak, tapi guna breastpump. tapi tadi doktor tu cerita teknik memerah susu menggunakan tangan iaitu Mermet.
aku nampak banyak kelebihan dia..diantaranya yang doktor tu sebutkan tadi:
1) kebiasaannya hasil lagi banyak dari pump
2) Mermet dijamin bersih, sebab guna tangan sendiri kan (means tak lalu corong-corong pam tu)
3) jimat masa jugak ( sebab basuh tangan, lepas tu mermet. tak payah nak pasang-pasang pam, then cuci pam pulak)
4) tak sakit, sebab kita buat sendiri, kita tau macam mana nak elakkan sakit tu
5) bila-bila masa (takde elektrik ke, terlupa bawak pam ke..mermet aje)

tu antara yang aku ingat la.. tapi sebab mermet ni kan buat guna tangan, mungkin akan lenguh la kot tangan tu. tapi kalau betul teknik, aku rasa insyaAllah ok.

macam mana cara nak mermet tu?
1) basuh tangan
2) sediakan bekas
3) mula buat urutan pada breast, kalau jumpa ada benjolan susu tu, urut lebih sikit, bagi pecah ketulan susu tu
4) mula buat tangan bentuk C (ibu jari diatas aerola, 4 jari di bawah setentang dengan jari ibu tadi)
5) tekan jari ke dada dahulu, kemudian baru memerah.
make sure kita tak memerah pada nipple, sebab cara tu salah. cara tu boleh menyebabkan nipple crack. susu yang keluar pun sedikit.

kali ni rasa nak cuba la..masa maritza dulu tak pernah cuba pun. nak try compare hasil mermet dangan hasil breastpump..
macam doktor tu tadi cite, dia pun semangat beli breastpump, tapi tak guna-guna sampaila suami dia da sound baru la dia guna, tapi ending untuk setiap session, dia tetap akan mermet. dia rasa kalau mermet, breast akan betul-betul kosong.

aku rasa cara ni lagi mudah dan lagi cepat. mana la tau kan, kot-kot aku nak balik kampung suami nanti, tak payah la aku bawak balik pam. lagipun kan barang dah bertambah..ni la masanya untuk aku mengurangkan barang-barang yang suami aku perlu angkut. kesian dia..penat.

ok, korang..itu saje cerita hari ini..korang doakan aku negatif gdm ye...mekasih semua..bye

Monday, 4 August 2014

Raya 2014 dan persediaan berpantang

Assalamualaikum...
alhamdulillah, selamat sudah seminggu kita berhari raya. alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan pulang ke kampung masing-masing.
raya kali ni raya sebelah aku dulu, baru balik ke kampung suami..
maritza nampaknya happy sangat-sangat. maklum la..dah besar. dah pandai nak main dengan cousin-cousin dia..
raya kali ni aku diserang angin yang agak teruk malam raya pertama. tak tau apa silapnya.. rasenya mungkin sambal kacang kot. ada kacang yang tak masak betul. aku penah kene serangan angin macam ni masa potluck kat opis. gara-gara sambal kacang jugak. jadinya kacang memang la tersangat bahaya kepada orang yang mudah diserang angin.
ok, dalam pada nak menyambut raya haritu, aku sembat la buat preparation untuk berpantang...hehe..takde la banyak sangat. tapi boleh la..
sehari sebelum raya suami ajak aku jalan-jalan kat sungai...dah sampai sungai aku amik kesempatan kutip dua biji batu sungai..nak buat bertungku.
kali ni nekad nak tungku betul-betul sikit. taknak skip-skip.. kesan tak bertungku..tula yang aku cite kat atas tu. badan senang masuk angin. salah makan sikit, masuk angin. jadi kali ni tungku la sebaik mungkin..selebihnya tawakal pada Allah.
hari raya pertama pulak, lepas bersalam-salam seisi keluarga, aku pergi ziarah makcik aku kat subang... time nak balik, ternampak pokok kaduk...banyaknye...hijaunye..meriahnye..
aku mintak sikit.. bagi suami aku tanam kat rumah. boleh la guna masa bertungku nanti. daun sireh pun aku nampak dah hidup dah kat belakang rumah mak aku. sekarang  aku nak cari pokok mengkudu pulak..
hehe..segala macam daun aku nak balut batu tu nanti..kalau boleh..
hehee
ikut petua kawan aku macam lagi banyak daun dia, daun mengkudu, sireh, limau, pandan ape tah lagi aku tak ingat, nanti aku try tnya dia balik dan listkan kat sini ea..bole jadi panduan kita bersama...
ok, setakat ni aje...selamat berhari raya dan selamat berkerja semula....sob sob

Monday, 28 July 2014

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum...
walau kita tak kenal, harap dapat maafkan segala salah silap dari segi info, susunan ayat..kalau ada terriak, terover...harap dapat dimaafkan...
selamat menyambut hari raya aidilfitri....  pastikan kenderaan selamat untuk dinaiki..pastikan kesihatan dan keselamatan diutamakan...
jamu selera berpada-pada (tu macam ucapan untuk diri sendiri je sebab raya ke3 nanti checkup 28minggu..hehe)

semoga selamat semuanya..amin....

Salam Aidilfitri 2014 dari mama siti sekeluarga....

bye